SOALANNYA :
ADE MAKICIK TEPI JALAN JUAL SATAY...PADA BULAN SEBELUM 17 JULAI 2010
HARGA SATAYNYA = RM 0.20 each
then after 18 julai harga 1 sataynya = RM 0.25. Seorang pembeli setia ingin membeli sataynya bertanya pd makcik itu..
pembeli : makcik knape harga satay makcik dh anek 5 sen....?
makcik : eh yeke....bukan ke minyak pun dh naek 5 sen jgk....makcik pun naek la jgk
pembeli : tapi semalam, menteri kata wpun minyak naik, gula naik, gas naik tetapi harga barang tak naik.
makcik : ?????????
so persoalannya : knape kah makcik itu xikut cakap menteri.....?
.........
31 July 2010
30 July 2010
sekolah mengandung plak.....
Tidak lama lagi ada sekolah baru akan diwujudkan di Melaka. Sekolah ini bukan sebarang sekolah. sekolah yang cukup istimewa hasil idea kreatif Ketua Menteri Melaka. Sekolah Murid Mengandung.
Tidak pasti di mana lokasinya
Selain itu sekolah ini juga memerlukan sebuah kawasan yang luas. Tetapi untuk mendapat jumlah murid untuk dimuatkan ke dalam sekolah berkenaan bukannya satu masalah.
jadi soalannya ialah......:
siapakah bakal pengetua sekolah itu....???
...........

Perangkap laju

Di Malaysia, operasi perangkap laju adalah salah satu operasi yang sering dilakukan sebagai satu langkah pencegahan untuk menghalang pengguna jalan raya daripada memandu melebihi had laju.
Mereka yang bersalah memandu melebihi had laju biasanya akan ditahan di dalam sekatan jalan raya yang dibuat tidak jauh daripada lokasi perangkap laju, ataupun menerima saman secara pos ("saman ekor").
Perlaksanaan "saman ekor" pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi apabila terdapat beberapa pemandu yang tidak bersalah tiba-tiba menerima saman trafik; ada kalanya dengan kelajuan dikesan yang tidak masuk akal (contohnya apabila sebuah Perodua Kancil disaman pada kelajuan 200km/j).
29 July 2010
TEKA TEKI 07
28 July 2010
SBP
Tujuan asal penubuhan Sekolah Asrama Penuh adalah untuk menempatkan murid-murid yang miskin tetapi cemerlang dalam pelajaran.
Jika murid-murid miskin ini tidak dibantu dan diletakkan di Sekolah Asrama Penuh, mereka mungkin akan tercicir dari sekolah kerana terpaksa bekerja untuk membantu keluarga mereka.
Di peringkat awalnya hanya ada beberapa buah Sekolah Asrama Penuh sahaja ketika itu, seperti Sekolah Alam Shah dan Sekolah Kolam Ayer (Seri Puteri) di Kuala Lumpur.
Selain mereka tinggal di asrama, diberi buku dan makan percuma, mereka juga diberi wang saku oleh kerajaan.
Publisiti yang begitu meluas oleh media terhadap kejayaan akademik sekolah-sekolah asrama penuh ini bila setiap kali keputusan SPM keluar menjadi orang ramai teruja untuk memasuki sekolah ini.
Akhirnya sekolah ini telah bertukar menjadi sekolah elit bagi menempatkan murid-murid yang lulus cemerlang dalam peperiksaan UPSR tanpa mengira golongan miskin atau pun kaya.
Orang ramai berasa bangga kalau anak-anak mereka dapat masuk ke sekolah-sekolah asrama penuh ini. Walaupun di masa sekarang tidak semua diberikan percuma, tetapi ibubapa masih berlumba-lumba mahu menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Asrama Penuh. Malah kos bersekolah di Sekolah Asrama Penuh jauh lebih tinggi berbanding jika bersekolah di sekolah biasa berhampiran rumah mereka, dan ini sedikit pun tidak menghalang ibubapa untuk terus menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Asrama Penuh.
Keghairahan orang ramai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Asrama Penuh memberi kesan yang buruk kepada sistem pendidikan kita.
Kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk mendirikan asrama dan tempat tinggal, suatu perbelanjaan yang tidak perlu.
Dalam keghairahan mengejar gred A, pusat-pusat tuisyen tumbuh dengan banyaknya dan membuat keuntungan yang lumayan, hasilnya murid-murid kita hanya pandai menghafal langkah-langkah penyelesaian setiap soalan peperiksaan tetapi tidak menggunakan fikiran untuk menyelesaikannya.
Akhirnya murid-murid kita ramai jadi robot yang hanya mampu ikut arahan tetapi tidak boleh berfikir. Oleh itu peperiksaan UPSR tidak lagi dapat mengasingkan murid-murid yang benar-benar pintar, yang boleh berfikir dengan murid-murid yang hanya boleh menghafal.
Anak-anak yang baru berumur 13 tahun ini juga adalah terlalu awal dipisahkan hidup dari keluarga mereka, ini juga boleh memberi kesan psikologi dan tabiat kurang baik kepada sikap pergaulan mereka kepada kehidupan kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Oleh itu perlukah Sekolah Asrama Penuh?
Oleh kerana persepsi masyarakat mengatakan Sekolah Asrama Penuh dapat menjamin anak-anak mereka boleh lulus cemerlang dalam SPM. Oleh itu ia boleh menjadi perangsang kepada anak-anak untuk memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR.
Mungkin ada yang berfikir, untuk apa dapat 5A dalam peperiksaan UPSR kalau tidak dapat apa-apa faedah. Dapat masuk Sekolah Asrama Penuh itu seperti dapat satu hadiah besar kepada mereka yang dapat 5A.
Tanpa adanya Sekolah Asrama Penuh akan melunturkan semangat ibubapa untuk memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran.
Sekolah Asrama Penuh juga baik untuk disiplin anak-anak mereka. Kalau di sekolah biasa, anak-anak mudah terdedah dengan anasir-anasir samseng dan berkawan dengan murid-murid yang ada masalah disiplin.
Saya amat setuju jika UPSR digunakan untuk tujuan masuk ke Sekolah Asrama Penuh dihapuskan. Sekolah Asrama Penuh mesti dihapuskan.
Sebaliknya , adalah lebih baik Sekolah Asrama Penuh digunakan untuk mengumpulkan murid-murid yang ada masalah disiplin berat. Mereka perlu diasingkan supaya tidak mengganggu murid-murid lain yang mahu belajar di sekolah biasa.
Biarkanlah murid-murid yang dapat 5A dalam UPSR terus belajar disekolah biasa tanpa diganggu oleh murid-murid samseng yang telah diasingkan itu.
Adalah lebih baik murid-murid yang dapat 5A ini berada di sekolah biasa kerana ia akan dapat membantu sekolah untuk lebih berjaya dalam bidang akademik.
SEKIAN

no more next time....
kakitangan perkhidmatan awam , mereka masing-masing secara prinsipnya dibayar gaji yang nyata hasil kutipan cukai daripada rakyat, bukannya parti-parti pemerintah mahupun opisisi.
Kalau dahulu seseorang guru siswazah perlu dipencenkan untuk sertai politik supaya boleh jadi menteri yg cerdik-cerdik la sikit,
tapi sekarang siswazah sangat banyak.....terlalu banyak dah org cerdik... klu rmai yg nk jadi menteri pun susah juga.....

How ABS works
Under heavy braking, vehicle wheels may lock-up. The anti-lock braking system (ABS) monitors wheel speeds and releases pressure on individual wheel brake lines, rapidly pulsing individual brakes to prevent lock-up.
During heavy braking, preventing wheel lock-up helps the driver maintain steering control.
Modern ABS has an individual brake line for each of the four wheels, enabling different braking pressure on different road surfaces.
For example, less braking pressure is needed to lock a wheel on ice than a wheel which is on bare asphalt. If the left wheels are on asphalt and the right wheels are on ice, during an emergency stop, ABS detects the right wheels about to lock and reduces braking force on the right wheels, helping to avoid lock-up and loss of vehicle control.

27 July 2010
25 July 2010
pintu problem...?
Kebarangkalian pintu tak rapat :
1) Getah cermin:
- Masa drive... Time bunyi tu, buka tingkap. Kalau bunyi hilang, maknanya getah cermin dah kureng.
- Taknak tukar? Letak silicon getah untuk tingkap. Ada jual kat kedai accessories or hardware.
- Nak tukar? Harga tengok kereta la. Nak murah? Cari kat kedai potong.
2) Pintu dah "jatuh"
- Tengok dari luar, pintu depan dan belakang. Lurus tak? Tengok dekat pintu punya lining. Kalau tak lurus, buka pintu seluas mungkin. Then goyangkan atas bawah. Kalau ada free play, maknanya door hinges dah kureng. Pergi tukar. Cari kat kedai potong. Kalau kawan2, sepasang boleh dapat dalam RM10. Bukan kawan2 RM50 lebih pun boleh kena.

Gitu la rupa door hinges.
- Door hinges dah cek? Cek locking mechanism lak. Align ke tak align? Kalau tak align, buka tempat lock dekat body kereta tu. Korang perlukan hammer serta Phillip screw driver yang agak kuat dan besar. Pastikan juga tangan korang kuat. Bagi yang perempuan, better minta tolong lelaki. Mula2 longgarkan skru locking mechanism tu. Then adjust angle, atas bawah. Tutup pintu dan tengok balik. Adjust sampai lurus.

Contoh cara adjust locking mechanism
3) Getah Pintu
- Buka pintu dan tengok condition getah pintu samada terkoyak, terlipat, klip patah dan so on.
- Ada koyak? Nak tampal payah la pulak. Beli lain je la.
- Terlipat? Unlipat je getah tu balik.
- Klip patah? Selalu belah depan yang patah ni. Yang belakang jarang. Since belah depan dulu yang face the wind. Buang klip patah tu. Pow klip yang belakang punya. Beli kat kedai accessories pun boleh. Tak sampai seringgit untuk satu klip.
- Kalau dah nazak sangat, pergi la beli. Kereta boleh beli takkan getah pintu tak boleh kan? Harga berbeza mengikut model kereta. Aku punya dalam RM1200-RM1500 untuk semua pintu dan body kereta sekali. Nak murah? Kedai potong bersepah dalam Malaysia ni. Rajin2 la melawat kedai2 tersebut ok?
Diharap tips2 di atas dapat membantu sesiapa yang mengalami masalah pintu tak rapat ni.

22 July 2010
vios

soalan pertama...
tahukah anda, di fillipina dan indonesia serta beberapa negara lain menggunakan TOYOTA VIOS sebagai taxi mereka??
jawapan pertama...
yup..kalo anda tak tawu, mungkin anda kurang melayan sinetron, drama atau soap opera dari negara2 ASEAN
soalan kedua...
tahukah anda, di indonesia dan phillipine, ada model vios dengan enjin 1.3L dan 1.5L sedangkan di malaysia hanya 1.5L..
jawapan kedua...
mungkin TOYOTA tak keluarkan vios 1.3L kat malaysia kerana tak mau orang tukar2 sparepart enjin VIOS dengan MYVI..seperti yang diketahui ramai, TOYOTA-DAIHATSU ada share yang besar dalam PERODUA..so, kalo TOYOTA ade keluarkan VIOS dalam variance 1.3L, kalo engine breakdown, sah2 orang tukar pakai sparepart PERODUA yang semestinya lagi murah(kerana untuk menyokong orang membeli kereta tempatan)..
soalan ketiga..dan jawapan yang dihimpun sekaligus
tahukan anda, kalo anda meng-wikipedia TOYOTA VIOS..dan bila anda scroll ke bawah, ada perkataan DUGONG pada model VIOS baru..yup, memang VIOS baru agak dugong kalo takde spoiler..the best part, kat perkataan DUGONG tu ada hyperlink dan bila di-klik, die akan pergi ke wikipedia DUGONG..haha..
kebanyakan pengeluar2 kereta sekarang, for example HONDA..setiap model yang pakai engine 2.4L macam HONDA STREAM dan HONDA ACCORD berkongsi engine yang sama atas pelbagai sebab seperti ease maintenance, boley kongsi sparepart, senang nak buat troubleshooting, berkongsi mould(acuan) yang sama dan lain-lain..

yup..jangan lupa, harga kereta foreign mahal di negara kita sebab ada polisi dan akta untuk mem-protect kereta nasional
5 years expections

5 year expections
no1..cukup la jangan bagi minyak naik harga..sebab bila minyak naik harga, barang2 harian akan naek harga..tambang pengangkutan especially bas pon akan naek harga..TAPI gaji tak naek2..so, masalah inflasi akan meningkat menyamai 3rd world country..
no2..improve sistem pengangkutan awam..kerajaan dok rekemen orang naek public transportation tapi public transportation kadang2 lagi mahal + lagi banyak masa terbuang..
no3..kerajaan perlu mengurangkan 'pelindung' yang kerajaan beri kepada pengeluar kereta nasional terutamanya Proton..Dan xlupa jgk IPP....
no4..daripada kerajaan dok sebok nak allowed just third party insurance utk kete umo 10++ tahun, baek kerajaan wajib kan kete malaysia ada EBD, ABS, air-bag, Disc Brake dan safety features yang lain2..
no5..cukup la satu kampus UiTM dah ada kat semua negeri..yes, UiTM ditubuhkan untuk bagi peluang orang melayu further study, tapi biar la ekslusif... terlalu byk menjadi hampir xbernilai.....
16 July 2010
pembalasan bakal sampai.....

TENGOK ESOK INI AKAN BERLAKU:
1 - gula tidak baik untuk kesehatan
2 - minyak tidak baik untuk kesehatan
3 - gas tidak baik untuk kesehatan
PERBANDINGAN
1 - haarga minyak lebih mahal di sweden
2 - harga gas ;ebih mahal di norway
3 - harga gula lebih mahal di canada
SUBSIDI
1 - kerajaan masih memberi subsidi
2 - kerajaan jaga harga jangan naik
3 - kerajaan pastikan semua harga betul
MAKA AKAN DI PENTASKAN DRAMA SWASTA KELAK
1 - drama pekedai runcit di tangkap kerana jual mahal
2 - drama menteri pasar ayam
3 - drama menteri duduk minum teh kureen gula kah kah kah
13 July 2010
11 July 2010
05 July 2010
Perlembagaan dan pemisahan kuasa
Perlembagaan Persekutuan Malaysia (“Perlembagaan”) adalah dokumen yang paling penting di dalam negara kita kerana ia menentukan landasan negara kita.
• Ia mewujudkan sistem demokrasi kita
• Ia menghadkan kuasa kerajaan
• Ia menyatakan hak-hak kita
Perlembagaan adalah undang-undang utama negara kita. Ini bermakna ia menentukan siapa yang boleh menggubal undang-undang, dan menghadkan undang-undang yang boleh digubal.
Mengapakah anda harus tahu apa yang terkandung di dalam Perlembagaan?
Ia adalah kerana Perlembagaan menentukan cara hidup kita dan bagaimana kita diperintah. Contohnya:
• Perlembagaan menyatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia
• Perlembagaan menyatakan bahawa kita boleh memilih pemimpin-pemimpin kita
• Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai Parlimen yang menggubal undang-undang
• Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai mahkamah dan para hakim
• Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai kerajaan persekutuan dan tiga belas kerajaan negeri
• Perlembagaan menyatakan bahawa hak asasi kita dijamin.
Apakah yang terkandung di dalam Perlembagaan?
Perlembagaan mengandungi 16 Bahagian.
Bahagian I: Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang Persekutuan
Negara kita adalah sebuah persekutuan yang dianggotai tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan.
Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni.
Perlembagaan adalah undang-undang utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang tidak mengikut Perlembagaan adalah tidak sah.
Bahagian II: Kebebasan Asasi
Bahagian ini menyatakan kebebasan-kebebasan asasi yang kita miliki:
• hak untuk hidup dan kebebasan
• kebebasan daripada kehambaan dan menjadi buruh paksaan
• kesamarataan di sisi undang-undang
• kebebasan bergerak
kebebasan bercakap, berhimpun dan bersekutu
• kebebasan agama
• hak untuk berpendidikan
• hak untuk memiliki harta
Bahagian III: Kewarganegaraan
Seseorang itu menjadi warganegara Malaysia dengan cara:
• dilahirkan di sini
• berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia atau mempunyai seorang ibu atau bapa warganegara Malaysia
• tinggal secara sah di dalam negara ini untuk suatu masa yang ditetapkan
Bahagian III juga menyatakan bagaimana kita boleh menamatkan dan dilucutkan kewarganegeraan.
Bahagian IV: Persekutuan
Bahagian ini mewujudkan sistem kerajaan kita. Ketua Utama persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agongyang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk lima tahun. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh kesemua Raja-Raja negeri-negeri dan juga Yang Dipertua bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja.Bahagian IV juga mewujudkan Kabinet dan pejabat Perdana Menteri.Ia juga mewujudkan Parlimen yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agongdan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Bahagian V: Negeri-Negeri
Setiap negeri mempunyai perlembagaannya sendiri dan badan perundangan yang dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu. Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri mempunyai hak dan keistimewaan mereka.
Bahagian VI: Hubungan di antara Persekutuan dan Negeri-Negeri
Bahagian ini menyatakan pembahagian kuasa di antara persekutuan dan negeri-negeri. Terdapat perkara di mana Parlimen persekutuan boleh menggubal undang-undang, terdapat perkara di mana Dewan Undangan Negeri boleh menggubal undang-undang dan terdapat juga perkara tertentu di mana kedua-duanya boleh menggubal undang-undang.
Bahagian VII: Peruntukan Kewangan
Bahagian VII menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan cukai atau membelanjakan wang kecuali melalui kuasa undang-undang.
Bahagian VIII: Pilihanraya
Bahagian VIII menyatakan hak-hak kita sebagai warganegara untuk mengundi pemimpin-pemimpin kita.
Badan yang ditugaskan untuk menjalankan kesemua pilihanraya dan menyediakan daftar pemilih dikenali sebagai “Suruhanjaya Pilihanraya”. Suruhanjaya Pilihanraya ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agongdan sewajarnya menikmati keyakinan umum.
Bahagian IX: Badan Kehakiman
Bahagian IX mewujudkan sistem kehakiman di Malaysia dan menyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh ditentukan oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia.Bahagian IX juga menyatakan bagaimana hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan akan dilantik.
Bahagian X: Perkhidmatan-perkhidmatan Awam
Bahagian ini mengenalpasti perkhidmatan awam di Malaysia, termasuklah:
• pasukan polis
• angkatan tentera
• perkhidmatan pelajaran
Ia juga merangkumi anggota perkhidmatan awam seperti yang berkhidmat untuk kementerian serta kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri-negeri.
Perlantikan, kenaikan pangkat dan penamatan khidmat anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh “Suruhanjaya-suruhanjaya” dan anggota Suruhanjaya-suruhanjaya ini secara umumnya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.
Bahagian X juga mewujudkan pejabat Peguam Negara.
Bahagian XI: Kuasa Khas
Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, dan Perbuatan dan Jenayah yang Memudaratkan Orang Awam dan Kuasa Darurat
Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang boleh membelakangi hak-hak lain di dalam Perlembagaan semasa darurat atau atas sebab-sebab keselamatan awam.
Bahagian XIII: Am dan Pelbagai
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.
Yang di-Pertuan Agongbertanggungjawab untuk:
• memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak.
• memelihara kepentingan sah komuniti-komuniti lain.
Bahagian ini juga menyatakan bagaimana pindaan boleh dilakukan ke atas Perlembagaan.
Bahagian XIIA: Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak
Terdapat peruntukan khas untuk Sabah dan Sarawak, contohnya, perizaban tanah pribumi bagi masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak.
Bahagian XIII: Peruntukan Sementara dan Peralihan
Bahagian ini menerangkan bagaimana undang-undang yang digubal sebelum kemerdekaan masih berkuatkuasa sehingglah Parlimen menggubal undang-undang baru untuk menggantikan mereka.
Bahagian XIV: Kecualian bagi Kedaultan, dsb &
Bahagian XV: Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agongdan Raja-Raja.
Kedaulatan, kuasa, perogatif dan bidang kuasa Raja-Raja dipelihara di dalam Bahagian XIV. Di bawah Bahagian XV, prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agongatau Raja-Raja harus dibawa di hadapan “Mahkamah Khas”.
Bagaimanakah Perlembagaan memberi kesan kepada kita?
Sepuluh contoh-contoh
1. Pada Pilihanraya Umum 2008, anda membuang undi untuk memilih ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri anda. Perkara 119(1) Perlembagaan menyatakan bahawa anda boleh mengundi sekiranya (a) anda seorang warganegara Malaysia (b) anda telah mencapai umur 21 tahun dan (c) anda telah mendaftar dengan daftar pemilih. Anda tidak boleh mengundi, contohnya, sekiranya anda sedang menjalani hukuman penjara atau ditahan sebagai seorang yang tidak waras.
2. Anda tinggal di Pulau Pinang dan bercadang untuk melawat saudara anda di Negeri Sembilan. Anda boleh memandu ke Negeri Sembilan dengan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (melalui Kedah, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan) tanpa memerlukan passport atau apa-apa bentuk dokumen pemberian kuasa. Anda boleh melakukan ini semua kerana Perkara 9(2) Perlembagaan menyatakan bahawa secara amnya, setiap warganegara boleh bergerak dengan bebas dan boleh tinggal di mana-mana tempat di Malaysia. Namun begitu, terdapat pengecualian tertentu berkenaan dengan Sabah dan Sarawak.
3. Anda dan suami anda adalah warganegara Malaysia tetapi anda telah melahirkan anak anda di Indonesia. Mengikut Perkara 14 Perlembagaan, anak anda adalah warganegara Malaysia kerana bapanya adalah warganegara Malaysia.
4. Anda tinggal di Kuching. Bagi anda, Kuching adalah bandar yang terunggul di Malaysia. Bagi anda, ia merupakan tempat yang paling baik untuk didiami, mempunyai warga yang paling ramah dan sungai yang paling bersih di Malaysia. Anda berpendapat bahawa Kuching seharusnya dijadikan ibu negara Malaysia. Malangnya, Perlembagaan menyatakan bahawa Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia “sehinggalah Parlimen menentukan sebaliknya”. Jika anda mahukan Kuching sebagai ibu negara Malaysia, anda terpaksa melobi Parlimen untuk membuat pindaan.
5. Anda menganut agama Buddha, jiran anda seorang Muslim, kawan baik anda adalah seorang Sikh dan rakan sekerja anda seorang Kristian. Di bawah Perkara 11 Perlembagaan, kita semua mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama kita sendiri.
6. Kerajaan merancang untuk membina sebuah lebuhraya baru di kawasan perumahan anda dan telah menyerahkan notis untuk mengambil tanah anda untuk tujuan tersebut. Perkara 13(1) Perlembagaan menyatakan bahawa tidak ada seorangpun yang boleh dilucutkan hartanya “kecuali mengikut undang-undang”. Oleh itu, kerajaan boleh mengambil tanah anda tetapi ia harus melakukannya mengikut proses undang-undang. Ini termasuklah memberi anda notis dan pampasan yang mencukupi.
7. Pahang baru sahaja memenangi Piala Malaysia. Untuk meraikan kemenangan itu, kerajaan negeri Pahang mengumumkan cuti bagi negeri Pahang. Anda tinggal di Perlis tetapi adalah seorang peminat pasukan bola Pahang. Anda juga ingin bercuti, tetapi anda tidak boleh memaksa kerajaan negeri Perlis untuk mengumumkan cuti kerana setiap kerajaan negeri mempunyai hak untuk mengumumkan cuti bagi negerinya sendiri.
[Tetapi anda boleh pindah ke Pahang! Sila lihat perenggan 2 di atas.]
8. Anda membayar cukai setiap tahun. Untuk menggunakan wang yang anda bayar, kerajaan persekutuan harus membentangkan bajet di Parlimen untuk menerangkan bagaimana ia akan menggunakan wang tersebut. Sebelum kerajaan persekutuan boleh menggunakan wang tersebut, Parlimen harus meluluskan bajet tersebut. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan cara kerajaan persekutuan akan membelanjakan wang, anda boleh menyuruh ahli Parlimen anda untuk mencadangkan pindaan kepada bajet di Parlimen.
9. Anda telah ditahan polis dan dibawa ke balai polis. Anda memaklumkan kepada polis bahawa anda mahukan khidmat seorang peguam untuk mewakili anda. Pihak polis harus membenarkan anda menghubungi peguam anda kerana Perkara 5(3) Perlembagaan menyatakan bahawa anda mempunyai hak untuk diwakili oleh seorang peguam.
10. Anda mempunyai hak untuk belajar, bertutur dan menggunakan bahasa lain walaupun Perkara 152(1) Perlembagaan menyatakan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.
Soalan-soalan Lazim mengenai Perlembagaan
1. Haruskah saya mematuhi Perlembagaan?
Ya, semua orang harus mematuhi Perlembagaan, termasuklah diri anda, ahli Parlimen anda, para hakim, pegawai-pegawai kerajaan, pasukan polis, syarikat-syarikat dan persatuan-persatuan.
Malahan, Perdana Menteri, Kabinet, ahli Parlimen, para hakim dan juga Yang di-Pertuan Agongmengambil ikrar bahawa mereka akan mematuhi Perlembagaan.
Anda sendiri berikrar untuk mematuhi Perlembagaan setiap kali anda melafazkan Rukun Negara.
2. Apa akan berlaku sekiranya seseorang itu tidak mematuhi Perlembagaan?
Perlembagaan secara amnya memberikan kuasa, meletakkan tanggungjawab dan menentukan peranan. Sekiranya seseorang atau sebuah institusi tidak bertindak mengikut kuasa atau peranan yang diberikan kepada mereka, maknanya tindakan mereka adalah bercanggah dengan Perlembagaan dan tidak sah.
3. Apa yang akan terjadi sekiranya terdapat perselisihan berkenaan dengan maksud peruntukan tertentu di dalam Perlembagaan? Siapa yang akan memutuskannya?
Mahkamah mempunyai kuasa untuk memutuskan segala perkara berkenaan dengan tafsiran Perlembagaan. Apabila Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan tentang maksud sesuatu peruntukan, keputusan itu berkuatkuasa ke atas semua sehinggalah ia diputuskan semula oleh Mahkamah Persekutuan.
Tafsiran Perlembagaan oleh Mahkamah Persekutuan mungkin bertukar mengikut peredaran masa dan mengambil kira perubahan keadaan.
4. Bolehkah Perlembagaan dipinda?
Ya, ia boleh dipinda, malahan Perlembagaan kita telah dipinda beberapa kali.
Perkara 159 Perlembagaan menyatakan bahawa secara amnya, Perlembagaan boleh dipinda sekiranya rang undang-undang (yakni cadangan untuk pindaan) diluluskan oleh tidak kurang daripada dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
5. Parliman tampak seperti mempunyai kuasa yang banyak untuk membuat pindaan ke atas Perlembagaan. Apakah caranya untuk kita memastikan bahawa kuasa tersebut tidak disalahgunakan?
Pertama, ahli-ahli Parlimen dipilih oleh rakyat Malaysia seperti kita. Sekiranya cadangan pindaan itu tidak disokong oleh rakyat, maka ahli-ahli Parlimen tidak mungkin menyokong pindaan tersebut. Jika tidak, mereka mungkin tidak dipilih semula ke Parlimen pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Sekiranya anda tidak berpuas hati dangan apa-apa cadangan pindaan, anda boleh menyuarakan pendapat anda kepada ahli Parlimen anda atau mana-mana ahli Parlimen.
Kedua, semua ahli Parlimen mengangkat sumpah bahawa mereka akan “memulihara, melindungi dan mempertahankan” Perlembagaan. Ada pihak berhujah bahawa sumpah ini bermakna ahli Parlimen tidak seharusnya membuat pindaan ke atas bahagian-bahagian penting dan perlu di dalam Perlembagaan.
6. Di mana saya boleh mendapatkan sesalinan Perlembagaan?
Anda boleh membeli sesalinan di keda-kedai buku utama. Sesalinan juga boleh didapati di laman sesawang kami: www.myconstitution.com
pengenalan
Dalam Buku Panduan Rakyat : 1. Apa itu Perlembagaan Persekutuan?, kita telah mempelajari bahawa Perlembagaan membentuk sistem demokrasi kita, dan Perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi di Malaysia.
Di dalam buku kecil ini, kita akan belajar pula mengenai pelbagai institusi yang ditubuhkan oleh Perlembagaan. Apakah fungsi institusi-institusi ini dan mengapakah institusi-institusi ini amat penting?
Apakah Institusi-Institusi Perlembagaan?
Anda tinggal di Malaysia. Anda mahu mengamalkan agama anda, mengemukakan pendapat, bekerja, bermain, makan angin, memiliki harta, dan hidup dengan aman. Anda mahu jalanraya awam, air bersih, kuasa elektrik dan sistem pendidikan yang baik. Perkara-perkara ini boleh dilakukan melalui undang-undang.
Tetapi siapakah yang membuat undang-undang ini? Siapakah yang menguatkuasakannya? Jika anda dan saya tidak bersetuju dengan maksud sesuatu undang-undang, siapakah yang memutuskannya? Di bawah Perlembagaan, institusi-institusi yang berlainan ditubuhkan untuk memastikan perkara-perkara ini dilaksanakan.
Terdapat tiga Institusi-Institusi Perlembagaan yang utama:
• Badan Perundangan (“Parlimen”) menggubal undang-undang
• Badan Eksekutif (“Kerajaan”) memerintah negara menurut undang-undang
• Badan Kehakiman (“Mahkamah”) memutuskan apa yang dimaksudkan oleh undang-undang dan boleh memastikan rakyat dan Kerajaan mematuhi undang-undang tersebut
Parlimen
Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong (“YDPA”), Dewan Rakyat and Dewan Negara.
Parlimen merangka, meminda dan memansuhkan undang-undang yang dipanggil “Akta” atau statut. Perlembagaan menentukan apa yang boleh atau tidak boleh digubal oleh Parlimen dan menetapkan prosedur untuk membuat undang-undang.
Kerajaan
Kerajaan terdiri daripada YDPA, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan badan perkhidmatan awam. Kerajaan memerintah negara menurut Perlembagaan dan undang-undang yang digubal oleh Parlimen.
Mahkamah
Terdapat beberapa jenis Mahkamah di Malaysia seperti mahkamah sivil, mahkamah Syariah dan mahkamah anak negeri. Setiap mahkamah ini mempunyai kuasa dan fungsinya tersendiri.
Mahkamah memutuskan pertikaian undang-undang termasuk pertikaian sesama rakyat dan antara rakyat dengan Kerajaan.
Apakah Kedaulatan Undang-Undang?
Kedaulatan Undang-Undang merujuk kepada pelbagai gagasan yang unggul, antaranya adalah:
• Parlimen, Kerajaan, Mahkamah dan semua Institusi-Institusi Perlembagaan hanya boleh bertindak selaras dengan undang-undang
• Seseorang hanya boleh dihukum sekiranya Mahkamah mendapatinya bersalah kerana melanggar undang-undang
• Undang-undang mesti jelas dan senang dirujuk oleh semua rakyat
• Undang-undang mesti adil, saksama, dan perlu menghormati hak asasi manusia dan kebebasan Mahkamah
• Semua orang mesti mematuhi undang-undang
• Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang
Apakah Konsep Pemisahan Kuasa?
Anda mungkin bertanya mengapa Perlembagaan membentuk tiga institusi utama (Parlimen, Kerajaan dan Mahkamah) untuk memerintah negara, dan memberi setiap institusi tersebut fungsi dan kuasa yang berbeza. Mengapakah Perlembagaan tidak hanya membentuk satu institusi untuk memerintah negara?
Tujuannya dikenali sebagai Pemisahan Kuasa dan sistem semak dan imbang.
Kenapa kuasa perlu diasingkan? Bayangkan jika dibawah Perlembagaan hanya sebuah Institusi X sahaja dibentuk. Maka, Institusi X memiliki semua kuasa untuk memerintah negara. Institusi X ini akan memiliki kuasa untuk menggubal undang-undang, menguatkuasakan undang-undang dan memutuskan maksud undang-undang tersebut apabila berlakunya pertikaian.
Seterusnya, bayangkan jika Institusi X meluluskan undang-undang yang menyatakan bahawa mulai hari ini, semua hartanah adalah miliknya, dan tiada sesiapa berhak untuk memiliki hartanah. Hartanah anda kemudiannya dirampas oleh Institusi X. Anda percaya bahawa ini adalah salah kerana Perlembagaan menyatakan anda boleh memiliki hartanah. Kepada siapakah akan anda mengadu tentang undang-undang yang digubal oleh Institusi X, dan bagaimanakah anda akan mendapatkan kembali hartanah anda? Memandangkan hanya Institusi X yang memiliki semua kuasa untuk memerintah negara, anda hanya boleh mengadu kepada Institusi X sahaja. Jangan lupa, inilah institusi yang telah menggubal undang-undang tersebut dan inilah juga institusi yang merampas hartanah anda.
Bukankah lebih baik sekiranya terdapat institusi yang berasingan dan bebas untuk mendengar aduan anda dan memutuskan sama ada undang-undang dan tindakan merampas hartanah anda adalah betul atau tidak? Bukankah lebih besar kemungkinannya sebuah institusi yang berasingan dan bebas boleh membuat keputusan yang lebih adil?
Pemisahan Kuasa bermaksud bahawa kuasa untuk memerintah negara dibahagikan antara institusi-institusi yang berlainan dan bebas. Satu institusi menggubal undang-undang, satu institusi menguatkuasakan undang-undang, dan satu lagi institusi memutuskan apa yang dimaksudkan oleh undang-undang dan boleh memerintahkan rakyat untuk mematuhinya. Ini memastikan bahawa tiada sebuah institusi yang terlalu berkuasa atau memiliki kuasa tidak terbatas.
Ini juga membolehkan satu sistem semak dan imbang wujud. Ini bermakna setiap institusi akan bertindak untuk menyemak atau mengawas institusi-institusi yang lain. Ini memastikan institusi-institusi tersebut bertindak selaras dengan peranan-peranan perlembagaan mereka dan tidak menyalahgunakan kuasa.

Di peringkat persekutuan, selain daripada tiga institusi-institusi utama tersebut (Parlimen, Kerajaan dan Mahkamah), Perlembagaan juga menubuhkan institusi-institusi lain yang memainkan peranan yang khusus. Sebagai contoh:
• Majlis Tanah Negara
• Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
• Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
• Majlis Angkatan Tentera
• Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
• Ketua Audit Negara
• Yang di-Pertuan Agong
• Majlis Raja-Raja
• Suruhanjaya Pilihanraya
• Lembaga Pengampunan
• Peguam Negara
• Tribunal Tanah
• Majlis Kewangan Negara
• Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
• Suruhanjaya Pasukan Polis
Yang di-Pertuan Agong
Sembilan daripada negeri-negeri di Malaysia mempunyai Sultan dan setiap lima tahun, Sultan-Sultan memilih salah satu antara mereka sebagai YDPA. YDPA mempunyai fungsi dan kuasa Badan Eksekutif dan Badan Perundangan. Dalam melaksanakan kebanyakan kuasa-kuasanya, YDPA perlu bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri atau Kabinet. Ini menunjukkan kuasanya terhad dan dizahirkan daripada Perlembagaan. Inilah sebabnya YDPA dikenali sebagai Raja Berperlembagaan. Contohnya, YDPA hendaklah mengikut nasihat Perdana Menteri atau Kabinet dalam pelantikan Menteri-menteri Kabinet, Peguam Negara, dan Senator-senator kepada Dewan Negara.
Akan tetapi, bagi fungsi dan kuasa tertentu, YDPA mempunyai budibicara dan tidak perlu bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri atau Kabinet. Salah satu contoh adalah dalam pelantikan Perdana Menteri. Perdana Menteri mestilah seorang ahli Dewan Rakyat yang, pada pendapat YDPA, akan memperolehi kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
Peguam Negara
Peguam Negara (“PN”) merupakan penasihat undang-undang yang utama kepada Kerajaan dan YDPA. PN mempunyai kuasa dan budibicara untuk membawa, menjalankan atau memberhentikan sebarang perbicaraan dalam Mahkamah terhadap sesiapa untuk sesuatu kesalahan jenayah. PN dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri.
Suruhanjaya Pilihanraya
Suruhanjaya Pilihanraya (“SPR”) mengendalikan proses pilihanraya di Malaysia. Bagi membolehkan SPR, menjalankan tugasnya, Parlimen telah memberi SPR pelbagai fungsi dan kuasa. SPR terdiri daripada seorang pengerusi, timbalan pengerusi dan lima ahli yang lain. Kesemuanya dilantik oleh YDPA setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Dalam membuat pelantikan tersebut, pertimbangan utama yang perlu diambilkira oleh YDPA adalah sama ada SPR yang dilantik boleh memperoleh kepercayaan rakyat.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (“SPA”) bertanggungjawab dalam pelantikan, kenaikan pangkat, pertukaran dan tindakan disiplin terhadap ahli-ahli perkhidmatan awam am Persekutuan serta gunasama antara persekutuan-negeri. Namun demikian, perkhidmatan kehakiman dan perundangan, pasukan polis dan perkhidmatan pendidikan tertakluk kepada suruhanjaya masing-masing. YDPA melantik ahli-ahli SPA setelah mempertimbangkan nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang (“SPKP”) bertanggungjawab dalam pelantikan, kenaikan pangkat, pertukaran dan tindakan disiplin terhadap anggota-anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan. Kakitangan perkhidmatan ini termasuk majistret, hakim mahkamah sesyen, pendaftar mahkamah dan ahli-ahli kamar PN. SPKP terdiri daripada pengerusi SPA, PN dan sekurang-kurangnya seorang ahli lain yang dilantik oleh YDPA setelah berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.
Suruhanjaya Pasukan Polis
Suruhanjaya Pasukan Polis bertanggungjawab dalam pelantikan, kenaikan pangkat, pertukaran dan tindakan disiplin terhadap anggota-anggota pasukan polis. Pengerusi suruhanjaya ini adalah Menteri yang bertanggungjawab ke atas pasukan polis (yang pada masa ini adalah Menteri Dalam Negeri).
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan bertanggungjawab dalam pelantikan, kenaikan pangkat, pertukaran dan tindakan disiplin terhadap anggota-anggota perkhidmatan pendidikan. Anggota perkhidmatan ini termasuk guru-guru dalam semua sekolah kerajaan. Ahli-ahli Suruhanjaya ini dilantik oleh YDPA mengikut budibicaranya setelah mempertimbangkan nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Soalan-soalan Lazim
1. Apakah yang istimewa tentang Institusi-Institusi Perlembagaan?
Institusi-Institusi Perlembagaan istimewa kerana ditubuhkan dan diberikan fungsi dan kuasa oleh Perlembagaan. Sesebuah Institusi Perlembagaan hanya boleh dimansuhkan, atau sebarang kuasanya dilucutkan atau ditambahkan melalui pindaan kepada Perlembagaan. Secara amnya, ini memerlukan kelulusan oleh dua pertiga daripada ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Sesetengah pihak berpendapat bahawa Parlimen tidak boleh mengubah struktur asas Perlembagaan untuk memansuhkan Institusi-Institusi Perlembagaan, melucutkan hak-hak dan kebebasan atau mengganggu prinsip pemisahan kuasa kerana kesemuanya merupakan asas kepada Perlembagaan.
2. Adakah sesebuah Institusi Perlembagaan lebih penting daripada yang lain?
Tidak. Kesemua institusi adalah sama penting. Setiap institusi mempunyai fungsi dan peranan yang berlainan.
3. Pernahkah Parlimen meminda Perlembagaan untuk melucutkan kuasa Institusi-Institusi Perlembagaan? Apakah kesannya?
Ya. Contohnya, pada 1988, satu pindaan Perlembagaan telah dibuat oleh Parlimen untuk menghadkan kuasa Mahkamah-mahkamah.
Sebelum pindaan ini, kuasa Mahkamah tidak terbatas dan dizahirkan daripada Perlembagaan.
Akan tetapi, pindaan Perlembagaan 1988 cuba mengubah keadaan ini supaya Mahkamah akan hanya mempunyai kuasa yang diberikan oleh Parlimen. Justeru, Mahkamah hanya boleh menyemak undang-undang yang digubal Parlimen dan penggunaan kuasa Kerajaan sekiranya Parlimen membenarkan Mahkamah berbuat demikian.
Sekiranya posisi ini betul, Mahkamah tidak lagi berupaya berfungsi sebagai badan semakan yang berkesan ke atas Parlimen and Kerajaan. Ini bermakna tiada sistem semak dan imbang yang berkesan di antara Institusi-Institusi Perlembagaan utama.
Namun demikian, ramai yang berpendapat bahawa kuasa Mahkamah tidak boleh dilucutkan oleh Parlimen melalui pindaan kepada Perlembagaan kerana ia merupakan sebahagian daripada struktur asas Perlembagaan, dan oleh itu, pindaan 1988 tidak berkesan.
4. Bagaimanakah ketiga-tiga Institusi-Institusi Perlembagaan utama menyemak kuasa antara satu sama lain di bawah prinsip Pemisahan Kuasa?
Contoh 1: Bagaimanakah kuasa Kerajaan disemak oleh Parlimen?
Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh meminta Perdana Menteri atau Kabinet untuk menjelaskan sebarang perkara yang dilakukan atau tidak dilakukan oleh Kerajaan. Sekiranya Kabinet bertindak bertentangan dengan kehendak Dewan Rakyat, Dewan Rakyat boleh meluluskan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Dalam keadaan demikian, Perdana Menteri serta Kabinetnya perlu meletakkan jawatan. Di sini, Dewan Rakyat (iaitu Parlimen) memastikan bahawa Kerajaan bertindak demi kepentingan rakyat dan tidak menyalahgunakan kuasanya.
Contoh 2: Bagaimanakah kuasa Kerajaan disemak oleh Mahkamah?
Mahkamah boleh menyemak tindakan Kerajaan dan sekiranya tindakan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan atau undang-undang yang dibuat oleh Parlimen, maka Mahkamah boleh memperbetulkan tindakan tersebut. Ada yang berpendapat bahawa kuasa Mahkamah terhad dan oleh demikian, ia tidak boleh menyemak sesetengah tindakan yang diambil oleh Kerajaan. (Sila rujuk Soalan 3 di atas)
Contoh 3: Bagaimanakah kuasa Parlimen disemak?
Parlimen menggubal undang-undang tetapi Mahkamah mempunyai kuasa untuk menafsir undang-undang sekiranya terdapat ketidakpastian atau percanggahan undang-undang. Mahkamah juga boleh memutuskan bahawa sesuatu undang-undang bertentangan dengan Perlembagaan dan oleh itu, tidak perlu dipatuhi. Namun demikian, terdapat sesetengah perkara yang tidak boleh dipersoalkan oleh Mahkamah seperti prosiding-prosiding Parlimen
Contoh 4: Bagaimanakah kuasa Mahkamah disemak?
Sekiranya seorang Hakim didapati membuat salah laku, melanggar Kod Etika Hakim-hakim, atau tidak berupaya secara mental atau fizikal untuk terus menjalankan tugasnya, maka Perdana Menteri boleh menasihatkan YDPA untuk menubuhkan sebuah tribunal bagi memutuskan sama ada Hakim tersebut haruslah dipecat atau tidak. Tribunal ini dianggotai oleh hakim-hakim yang lain.
Dewan Rakyat atau Dewan Negara boleh membahaskan kelakuan seseorang Hakim tetapi hanya atas usul yang disokong oleh sekurang-kurangnya satu perempat daripada ahli-ahli Dewan tersebut.
Dalam kata lain, Parlimen dan Kerajaan boleh mencadangkan tindakan diambil ke atas seseorang Hakim yang menyalahgunakan kuasa, tetapi hanya hakim-hakim lain yang boleh memutuskan sama ada Hakim tersebut boleh dipecat.
Contoh 5: Mengapakah kebebasan Mahkamah penting?
Mahkamah memainkan peranan penting dalam memastikan undang-undang yang digubal oleh Parlimen tidak bercanggah dengan Perlembagaan, dan dalam menyekat sebarang penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan. Bagi membolehkan Mahkamah terus memainkan peranan ini, adalah penting bahawa Parlimen dan Kerajaan tidak berkuasa untuk bertindak sendiri dalam melucutkan jawatan Hakim-hakim. Jika tidak, Hakim-hakim akan bimbang dan khuatir terhadap kedudukan jawatan mereka sekiranya mereka membuat sesuatu keputusan yang tidak memihak kepada Parlimen atau Kerajaan.

Subscribe to:
Posts (Atom)