23 July 2011

Kebebasan dan Hak Asasi – Mitos Peradaban Barat

nilah salah satu daripada bukti hipokrasi dan double-standard Barat! Kononnya mereka menggelar diri mereka pejuang kebebasan dan hak asasi, namun ini cumalah dalam acuan mereka. Mana tidaknya, sekiranya umat Islam hendak “bebas” melaksanakan tuntutan Islam, pelbagai halangan diletakkan. Padahal dalam masa yang sama mereka membenarkan kewujudan parti-parti seks serta pantai bebas berbogel di Perancis atas alasan kebebasan peribadi. Sudah acap kali kita mendengar tekanan yang dihadapi oleh umat Islam di negara kuffar Barat, namun setiap kali itu jugalah kita melihat sikap tidak peduli dan membisu serta kaku pemimpin umat Islam dari mempertahankan kehormatan umat Islam. Kes-kes seperti penghinaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW, perlecehan terhadap masjid, mencabar syariah Islam dan sebagainya akan berlalu begitu sahaja tanpa ada pembelaan dan penyelesaian yang tuntas daripada para penguasa umat Islam.

Dalam pada umat Islam ditekan oleh para pemerintah kuffar, yang lebih jelek adalah para pemimpin kaum muslimin sendiri turut melakukan tekanan ke atas umat Islam. Di seluruh dunia Islam peradaban serta undang-undang kufur dicedok dan diterapkan. Para pemerintah umat Islam tanpa segan silu menghalang aktiviti dakwah dalam mengembalikan Islam ke dalam kehidupan serta menghalang seruan agar umat bersatu di bawah panji-panji Islam. Hakikatnya, kes yang berlaku di Perancis sekarang cumalah satu bab sahaja daripada pelbagai masalah yang melanda umat Islam. Semua ini adalah kesan daripada tidak diterapkannya Islam dalam kehidupan bernegara serta jauhnya umat dari pemikiran ideologi Islam. Akibatnya, maruah umat Islam menjadi murah dan nasib mereka bebas diperdagangkan oleh saudagar-saudagar imperialis Kapitalis. Para pemimpin kuffar hari ini begitu berani menyulitkan urusan umat Islam kerana mereka tahu bahawa umat Islam pada masa ini tiada pelindung dan tiada pembela. Yang ada cumalah boneka-boneka sekular yang akan menurut kehendak mereka dan bermatian-matian mempertahankan perlembagaan kufur di negeri masing-masing.

Ayuhlah wahai seluruh umat! Sama-samalah kita bergerak melakukan perubahan dengan mengembalikan kehidupan Islam dalam bernegara dan bermasyarakat. Semoga dengan ini kegemilangan serta kepimpinan dunia akan kembali ke tangan umat Islam!

Sistem Kapitalisme Akan Pasti Melahirkan Masyarakat Yang Rosak

Telah terbukti bagaimana sistem kapitalisme yang diterapkan oleh pemerintah sekular hari ini gagal untuk melahirkan golongan remaja yang tahu akan jati dirinya sebagai seorang manusia, apatah lagi sebagai seorang Muslim jika remaja terbabit adalah seorang Islam. Statistik dan perangkaan data jenayah golongan remaja yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tahun 2009 dan 2010 di atas telah cukup untuk menunjukkan betapa rapuh dan rosaknya institusi masyarakat hari ini terutamanya di kalangan golongan remaja. Keadaan ini berlaku kerana sistem yang diguna pakai oleh pemerintah yang ada pada hari ini adalah sistem yang rosak, yang terpancar daripada akidah sekularisme iaitu suatu fahaman ideologi yang memisahkan agama daripada kehidupan. Hasilnya, sistem sosial, polisi pendidikan dan sistem-sistem lain yang berjalan pada hari ini telah jauh tersasar daripada Islam. Inilah hakikat pahit yang terpaksa diakui oleh semua pihak. Ajaran Islam hanya terhad untuk persoalan ibadat dan ruhiyah (spiritual) semata-mata. Islam yang ditempelkan sebagai agama rasmi negara pada hakikatnya telah lama dimandulkan oleh sistem kapitalisme yang diterapkan sepenuhnya oleh pemerintah hari ini.

Al-quran hanya diperdengarkan untuk dipertandingkan dan bukannya untuk diterapkan oleh pemerintah. Maka tidak hairanlah penyakit masyarakat terutamanya di kalangan golongan remaja kini semakin parah dan terus membarah.

Apakah penasihat agama yang berada di sekeliling pemerintah sedang nyenyak diulit mimpi dan tertipu dengan kehidupan dan kemewahan dunia yang sementara ini sehinggakan mereka “terlupa dan tertidur” untuk mengingatkan dan menegur pemerintah agar kembali kepada Islam dengan menerapkan sistem Islam secara kaffah di dalam kehidupan bermasyarakat dan negara. Ingatlah, hanya Islamlah satu-satunya sistem dan cara hidup yang dijamin oleh Allah SWT akan membawa rahmat ke sekalian alam, sama ada kepada kehidupan individu, masyarakat mahupun negara. Firman Allah SWT,


Justeru, permasalahan remaja pada hari ini akan hanya dapat diatasi sekiranya syariah diterapkan sepenuhnya dan bukannya dengan program-program yang bersifat kosmetik palsu seperti program “Remaja Bersatu, Memerangi Jenayah” di atas.

21 July 2011

Job Interview Tips Practice

Job Interview Tips Practice

Practice answering interview questions and practice your responses to the typical job interview questions and answers most employers ask. Think of actual examples you can use to describe your skills. Providing evidence of your successes is a great way to promote your candidacy.

Prepare, Prepare a response so you are ready for the question "What do you know about our company. Know the interviewer's name and use it during the job interview. If you're not sure of the name, call and ask prior to the interview. Try to relate what you know about the company when answering questions.

Get Ready, Make sure your interview attire is neat, tidy and appropriate for the type of firm you are interviewing with. Bring a nice portfolio with copies of your resume. Include a pen and paper for note taking.

Be On Time, Be on time for the interview. On time means five to ten minutes early. If need be, take some time to drive to the office ahead of time so you know exactly where you are going and how long it will take to get there.

Stay Calm, During the job interview try to relax and stay as calm possible. Take a moment to regroup. Maintain eye contact with the interviewer. Listen to the entire question before you answer and pay attention - you will be embarrassed if you forget the question!

SAVE MALAYSIA - STOP LYNAS




"Di Australia, mereka, ditetapkan peraturan zon bafer seluas 30 km dari kilang rare earth (nadir bumi), namun di sini, jika apa-apa berlaku seluruh bandar Kuantan akan terlibat kerana kilang ini hanya 25 km sahaja dari bandar Kuantan."

Satu keluarga Cina di Kuantan diminta berpindah dari bandar itu oleh ibu mereka kerana takutkan apa yang berlaku di Bukit Merah, Ipoh berlaku lagi di Kuantan dengan pembinaan kilang 'Lamp' ini.


Ini kerana, kilang yang sama di Bukit Merah, Ipoh (bukan Bukit Merah, Taiping) telah diarahkan tutup oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 1992 ekoran tindakan penduduk tempatan membantahnya selepas dipercayai menyebabkan pelbagai kecacatan dan kematian kepada penduduk berhampiran kilang ini.


Antara kilang yang berkongsi pagar dengan Lamp (Lynas Advanced Material Plant ) adalah Polyplastics, BASF Petronas Chemicals dan juga Palmoil Industrial Cluster yang sedang dibina.
Di seberang jalan pula adalah pusat latihan Agensi Penguatkuasaan Meritim Malaysia (APMM)


Kilang ini adalah 100 peratus milik Lynas Australia dan dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (iaitu September). Tarikh asal dikatakan pada suku-pertama 2011 (Mac).

Selepas siap nanti, nadir bumi yang dilombong di Australia akan dibawa ke perlabuhan Kuantan dengan kapal. Dari kapal, ia akan dibawa dengan lori ke kilang ini untuk diproses sebelum dieksport semula.

Ada beberapa isu penting yang membimbangkan penduduk tempatan.

1) Bahan 'nadir bumi' ini berupa gentian yang sangat halus yang mengandungi bahan radio aktif. Ia sangat merbahaya kalau tertelan atau dihidu dan masuk ke dalam badan.

2) Semasa memproses nadir bumi ini, ia akan melibatkan penggunaan yang asid Hidroklorik dan asid Sulfurik yang banyak. Ia sangat bahaya kalau terlepas bebas ke udara.

3) Prosesnya juga melibatkan banyak air dan air yang telah digunakan akan dilepaskan ke Sungai Gebeng selepas dirawat. Namun setakat manakah rawatan itu berlaku dan apa berlaku jika rawatan ini tidak lengkap.

3) Bahan sisa kilang ini juga mengandungi radio aktif. Di mana ia akan dibuang dengan selamat.