16 March 2012
Harga kenderaan yang super mahal
Rakyat terpaksa berhadapan dengan harga kenderaan yang begitu mahal. Rakyat Malaysia sebenarnya terbeban dengan harga kenderaan yang begitu mahal berbanding dengan kualitinya. Kenderaan tempatan menawarkan harga yang begitu mahal kepada rakyat Malaysia sedangkan ianya boleh dijual dengan murah di Indonesia dan Filipina.
Rakyat Malaysia terpaksa berhutang selama sembilan tahun untuk memiliki kereta tersebut. Sebaik sahaja selesai melangsaikan hutang pada tahun kesembilan, kereta tersebut pun musnah.
Sedangkan di negara seperti Singapura (dahulu sebahagian daripada Malaysia), rakyat sudah hidup ditahap seperti rakyat negara Jepun dimana kenderaan hanya digunakan selama lima tahun dan kerajaan akan memberi subsidi kepada rakyat untuk menukar kenderaan.
Sesebuah kereta itu, akan mula perlu ditukar alat gantinya selepas usia lima tahun. Sebab itu kita dapat melihat kenderaan import “recond car” membanjiri Malaysia. Kenderaan recond adalah kenderaan yang telah digunakan di negara maju seperti Jepun dan United Kingdom yang dipakejkan semula sebelum dihantar ke Malaysia.
Sebenarnya, kenderaan recond ini adalah kenderaan terpakai. Akan tetapi apabila sampai ke Malaysia, ianya perlu didaftarkan sebagai kenderaan baru dan pemiliknya akan mempunyai perasaan memiliki kenderaan baru.
Dalam bahasa mudahnya, untuk merasa “mewah”, rakyat Malaysia sebenarnya menggunakan “bekas-bekas” dari Jepun dan United Kingdom.
p/s : Lihatlah berapa banyak keuntungan yang diperolehi oleh rakyat apabila kerajaan tidak menguasai majoriti dua pertiga di parlimen.....yg tidak pernah lgsg kita terfikir sblm nie..
14 March 2012
SHARING SAJA....
*Ini adalah pandangan yang diutarakan oleh seorang penulis blog di dalam blog miliknya.
Peminat bersorak girang melihat aksi awek bertudung di atas pentas.
Bersorak bukan kerana awek bertudung itu beraksi ghairah di atas pentas, tetapi bersorak girang melihatnya hebat menyanyi. Kelunakan suaranya membuatkan peminat terpana.
Kepala yang disarung tudung menyebabkan peminat lebih dekat kepadanya.
Kononnya awek yang bertudung adalah perempuan yang baik dan wajar untuk dicontohi. Inilah pemikiran sempit yang membelenggu umat Islam hari ini, akibat daripada penerapan hukum sekular.
Asalkan bertudung sahaja, mereka itu membawa imej Islam.
Masyarakat menjadikan artis sebagai contoh, bukan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sandaran undang-undang. Sekiranya artis itu bertudung, tudung seperti itulah yang akan dicontohi fesyennya, tanpa mengikut hukum syarak.
Lazimnya, tudung ketat dan tudung yang tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk kedua-dua ‘bukit’ wanita sering dijadikan tudung contoh.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [an-Nur:31]
Inilah peranan artis bertudung. Memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. Kononnya mereka bertudung, merekalah contoh ikutan yang wajar diikuti.
Walhal, mereka tidak menutup aurat seperti mana yang Allah telah tetapkan. Maka, peminat yang mengikut gaya fesyen artis ini turut sama masuk longkang bersama-sama artis pujaan mereka.
Mereka bukanlah membawa ajaran sesat mahupun menyesatkan aqidah umat Islam, tetapi peranan mereka amat besar sekali untuk menjadi ejen Barat untuk menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam. Perkara ini adalah hakikat yang harus ditelan walaupun pahit oleh peminat-peminat.
Artis yang terbabit juga harus menelan hakikat ini, kerana mereka secara tidak sedar dan tidak rasmi menjadi ejen-ejen Barat dalam memesongkan umat Islam daripada ajaran Islam!
Ini baru diperhatikan daripada aspek tudung.
Bagaimana pula dengan aksi-aksi mereka menonjolkan diri di khalayak umum meliuk-lentokkan tubuh mereka yang disarung dengan baju ketat serta mengenakan solekan yang berlebihan yang bisa menggetarkan jiwa lelaki normal? Hal aurat tidak lagi diambil peduli.
Peminat terus memuji artis-artis bertudung dengan pujian yang lebih kurang, “Saya suka awak bertudung. Kekalkan imej bertudung”.
Begitu mudah hati ummat dibutakan dengan bertudung. Seolah-olah bertudung itu merupakan lesen untuk menyanyi dan menonjolkan diri di khalayak ramai!
Inilah kesan daripada penerapan hukum sekular yang lahir daripada akal manusia semata-mata. Undang-undang dicipta berdasarkan majoriti 2/3 undi di dalam parlimen. Artis juga tidak terkecuali daripada terkena bahana-bahana sekularisme.
Buktinya, tudung yang dipakai oleh para artis walaupun tidak mengikut hukum syarak diislamkan. Mereka telah mengislamkan trend supaya tindakan mereka itu adalah mengikut hukum syarak.
Bertudung tapi menyanyi, berpakaian ketat pun, ‘tepati syarak’ juga, dan ummat tergila-gila untuk mencontohi fesyen tudung itu.
Sedarlah, Nabi Muhammad SAW itulah contoh ikutan terbaik, bukan para artis! Sedarlah, artis-artis itu sedang menyesatkan kita dalam diam. Mahukah kita masuk longkang bersama-sama artis itu?
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. [al-Ahzab (33):21]
Subscribe to:
Posts (Atom)

