21 March 2010

bila sudah rasmi...br la percaya ok......sudah terlambat....apa boleh buat

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai tidak mendengar khabar angin tentang kenaikan harga minyak dan harga barang keperluan selagi tidak ada pengumuman dari kerajaan 1Malaysia. Menurut beliau lagi selagi tak ada pengumuman rasmi itu spekulasi namanya.

Memang le harga minyak tak naik lagi, tetapi dengan krisis, kegawatan dan kemelut ekonomi yang sedang dihadapai oleh kerajaan 1Malaysia sekarang dan ditambah dengan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia yang kini semakin menghampiri paras US 100 setong mampukah kerajaan 1Malaysia bertahan?

Nak tunggu pengumuman rasmi kerajaan 1Malaysia baru nak suruh rakyat percaya tentang kenaikan harga barang? Adakah hari ini para peniaga dan pemborong meminta izin atau menulis surat rasmi untuk menaikkan harga barang? Begitu juga berapa ramai peniaga di pasar yang meminta izin dari kerajaan 1Malaysia untuk menaikkan harga bahan makanan basah seperti ikan dan sayur-sayuran?

20 March 2010

ok


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

PBT di KL tiada kuasa bertindak

DBKL tiada kuasa bertindak

KUALA LUMPUR - Percaya atau tidak, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bukan sahaja tidak memiliki kuasa untuk menutup premis menjual gajet seks dan ubatan berkaitan malah ia turut dikecualikan daripada dikenakan lesen sejak penghujung tahun lalu.

Ini kerana di bawah Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian Wilayah Persekutuan 1986, kondom beraneka bentuk dan rasa, pelincir, alat merangsang seks, pakaian dalam dan sebagainya dianggap sama seperti cenderamata biasa misalnya cawan, tali leher, pen dan jam tangan.

Justeru Pengurus Komunikasi Korporat DBKL, Anwar Mohd. Zain berkata, aktiviti menjual 'cenderamata' sedemikian dianggap tidak mendatangkan kacau-ganggu atau aktiviti yang tidak berisiko.

Sumber: Kosmo Online 13/03/2010


Masalah Kecil Pun Tidak Dapat Diatasi Oleh Sistem Kapitalis, Apatah Lagi Yang Lebih Besar


Beginilah keadaannya tatkala peraturan yang digunapakai di dalam kehidupan lahir daripada akal-akal manusia, sehingga perundangan yang diterapkan bersifat lemah dan terbatas. Situasi di atas merupakan sebahagian kecil dari permasalahan yang dihadapi dalam usaha pembanterasan tempat-tempat maksiat yang wujud di dalam negara yang menerapkan Sistem Kapitalis. Di sini ada 3 perkara yang perlu diperhatikan:

Pertama, Sistem Kapitalis sangat lemah dalam menjaga akidah dan syariat Islam.

Kedua, Sistem Kapitalis bukan sahaja tidak mampu untuk menutup kedai-kedai seks yang menjadi mangkin terhadap gejala seks bebas, bahkan Sistem Kapitalis juga tidak mampu dan tidak pernah berusaha untuk menutup kilang arak, tempat perjudian yang secara langsung mendapat lesen daripada kerajaan. Ini belum tempat-tempat pelacuran yang tumbuh bagaikan cendawan, sebagaimana yang telah didedahkan oleh akhbar-akhbar tempatan sebelum ini.

Ketiga, Sistem Kapitalis bukan sahaja akan menjahanamkan umat Islam, bahkan akan merosakkan umat manusia sejagat. Ini kerana, Sistem Kapitalis adalah sistem yang sangat lemah dalam segenap aspek dan bukan berasal daripada al-Khaliq yang Maha Mengetahui.

[HTM]

Patriotisme Adalah Penyakit Yang Perlu Dijauhi



“Barangsiapa yang menyeru kepada ashobiyah (nasionalisme/tribalisme) atau yang berperang deminya, atau mati kerananya, maka ia tidak termasuk golongan kami.” [Abu Dawud]

16 March 2010

Tanda-tanda besar


Sudah di ingatkan berkali2 kpd pihak manusia bumi.....bahawa akan ada tanda2 besar sperti ni.....maka terlambat lah kalian

* Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
* Lahirnya Dajjal.
* Keluar asap tebal.
* Turunnya Nabi Isa a.s.
* Kemunculan Imam Mahdi.
* Matahari terbit dari ufuk barat.
* Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
* Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
* Runtuhnya Ka'abah
* Terdengar tiupan sangkakala pertama.
* Ada azan tak di jawab
* 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab
(di timur sudah (acheh), di barat sudah(haiti&chile), di arab shj yg blom....mungkin blaku di arab saudi menyebabkan runtuhnya ka'abah itu...)

opisometer


ble genap 99999.9 kelak.......terpakse la aku servis or recyle besar2an kt jentera berjasa sebijik nie......jarak yg dilaluinya hampir myamai lbih drpd 90 kali merempit dari perlis ke johor baharu.....

15 March 2010

TEKA TEKI 06

okey soalannye...

Ada Nasi Putih, Nasi Campur, Nasi Ayam, Nasi Lemak, Nasi Goreng, Nasi Basi,Nasi Sejuk dan banyak lagi nasi yang kita ketahui... . Apakah nasi yang kita tak boleh beli mahu pun terdapat di mana-mana kedai tetapi boleh didapati secara PERCUMA dan kita tak boleh makan akannya....??

Tol - Sampai bila rakyat akan terus diperbodohkan?

Tol adalah satu bentuk cukai yang dikutip oleh kerajaan terhadap pengguna jalanraya. Cukai ini adalah jelas lagi nyata merupakan suatu yang haram di dalam Islam. Justeru, apa yang sewajibnya dilakukan oleh kerajaan adalah untuk menghapuskan tol, bukannya memodenkan “cara” pembayaran tol. Hanya dengan menghapuskan tol sahajalah (menerapkan sistem Islam), barulah penderitaan rakyat akan selesai, barulah masalah kesesakan akan selesai, dan yang paling penting, barulah menghapuskan dosa para pemimpin itu sendiri.

Wahai pemimipin umat Islam! Sedarilah bahawa jalanraya adalah milik umum (milkiyyah ‘ammah) dan haram hukumnya pemerintah berniaga dengan rakyat sama seperti minyak, gas, air, api dan lain-lainnya, semuanya adalah harta milik umum. Perlu kita sedari bahawa kewujudan tol itu adalah kesan dari penerapan sistem ekonomi kapitalisme yang diterapkan saat ini dimana akhirnya kerajaan yang ada akan terus berniaga dengan rakyat untuk membolot keuntungan. Oleh itu, selagi sistem Kapitalis yang diamalkan, maka siapa sahaja pemimpin yang naik, penderitaan rakyat akan tetap berterusan. Dengan itu, marilah kita sama-sama mencampakkan sistem ekonomi yang bobrok ini dengan kita mengembalikan semula sistem Khilafah yang sudah pasti akan menerapkan Islam secara kaffah dan akan mengembalikan segala hak rakyat.

Sumber:HTM

ANTI-SEKULAR

Jangan politikkan agama! Agama tidak boleh dicampurkan dengan politik! Islam itu suci, politik itu kotor! Jangan cakap politik di dalam masjid atau surau! Inilah sebahagian daripada perkataan yang sering kita dengar dari mulut pemimpin yang jahil terhadap Islam. Inilah kesannya apabila pemimpin sekular yang memerintah, racun sekularisme iaitu suatu kefahaman yang memisahkan agama dari kehidupan terus menjadi pegangan. Pemikiran yang sebeginilah yang diinginkan dan yang disukai oleh kuffar Barat.

Wahai mereka yang masih lagi dilingkungi oleh pemikiran sekular! Apakah anda tidak memahami bahawa Islam itu adalah suatu ajaran yang menyentuh seluruh kehidupan manusia sama ada persoalan politik, pemerintahan, ekonomi, sosial, pendidikan dan lain-lainnya? Apakah anda tidak pernah membaca dan mendengar hadis nabi yang melafazkan perkataan “siyasah” yang bermaksud politik?

KADAR PENGUASAAN NEGARA HARI INI........

antaranya:

1. Perkhidmatan awam (95%)
2. Pengangkutan awam keretapi (KTM), laut (MISC) udara (MAS) lebuhraya (UEM)
3. Pembekalan awam tenaga (TNB)
4. telekomunikasi (TM) air (SPAN), pos (GLC)
5. Perniagaan bank (4 terbesar semua GLC, Maybank,CIMB,RHB)
6. Perladangan (Felda, Sime Darby),
7. Balak (krjn negeri),
8. Kenderaan (Proton)
9. Pelabur terbesar M'sia ASB dan PNB.
10. Syarikat terbesar di M'sia (Petronas)

Telus or tak nie.....? kenapa rmai yg masih xmerasa hasil penguasaan yg kita ada skrg....? org tertentu yg bkn kategori golongan susah shj je ke layak utk rasa....?

TEKA TEKI 05

soklannye...

'kotak ape yg ko x larat nk angkat?'

Halal Itu Bukan Hanya Persoalan Makanan...

Akta Halal ke Parlimen

KUALA LUMPUR: Rang undang-undang Akta Halal bertujuan memperkemas, menguatkuasa dan mempertingkatkan keberkesanan dalam melaksanakan peraturan halal akan dibentangkan di Parlimen pertengahan tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata draf itu kini di peringkat akhir kajian sebelum diserahkan kepada Peguam Negara untuk diperhalusi untuk dibentangkan di Parlimen pada sesi Jun atau Julai ini. Beliau berkata,

Peguam Negara akan meneliti dan mengkaji aspek perundangan dan peraturan berkaitan akta itu bagi menentukan bentuk hukuman, peraturan, denda dan prosedur lain yang boleh dikenakan terhadap pihak yang cuba mempermainkan aspek halal dan mereka yang gagal mematuhinya. “Selepas diluluskan, akta itu juga akan memastikan tidak ada pihak yang menyalahguna logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sumber : Berita Harian

Ulasan:


Umat Islam nampaknya semakin buruk pemahaman mereka terhadap Islam apabila hanya melihat persoalan halal itu dalam konteks makanan semata-mata. Mengapa persoalan halal dan haram yang lain diketepikan?

Oleh itu seorang Muslim wajib membicarakan persoalan halal dan persoalan haram. Arak itu haram. Judi itu haram. Riba itu haram. Demokrasi itu haram. Ashobiyyah itu haram. Membuka aurat di khalayak awam itu haram.

Membuat hukum itu hanyalah milik Allah SWT sahaja tanpa ada sebarang campur tangan dari pihak luar.

Sumber:HTM

Hanya Khalifah sebagai pelindung


Hari ini, tidak ada seorang pun pemimpin umat Islam yang mampu menimbulkankan kegentaran dan ketakutan ke dalam sanubari kaum kuffar sehingga mereka begitu berani melakukan sewenang-wenangnya terhadap kemuliaan Islam.

Sesungguhnya apa yang ditakuti oleh Barat adalah Khilafah dan hanya Khilafah sahaja akan mengajar mereka.

Untuk benar-benar memberhentikan perbuatan kurang ajar pihak kuffar barat ini, tindakan yang paling utama masa kini adalah menegakkan semula Sistem Khilafah bagi melontarkan ketakutan dan kegentaran di dalam jiwa-jiwa kaum kuffar!!

Mengembalikan Kehidupan Islam

"Kemudian akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian...." [Hadis Riwayat Ahmad]

Subsidi petrol kini 45 sen seliter


KUALA LUMPUR 12 Mac – Kerajaan terpaksa menanggung subsidi 45 sen bagi satu liter petrol berikutan minyak mentah di pasaran antarabangsa kini didagangkan pada harga AS$82 (RM271) setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu melebihi 15 sen subsidi yang sepatutnya ditanggung oleh kerajaan iaitu 30 sen bagi satu liter petrol.

‘‘Mengikut formula yang digunakan, kerajaan sepatutnya hanya menanggung subsidi petrol sebanyak 30 sen dan bakinya iaitu 15 sen perlu ditanggung oleh pengguna.
‘‘Bagaimanapun perkara subsidi ini belum diputuskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang bermesyuarat setiap minggu,’’ katanya.

Sumber : Utusan 13/03/10

Ulasan:

Pemerintah sedang berkorban demi rakyat. 30 sen subsidi kerajaan tanggung, 15 sen pengguna tanggung.Apakah kerajaan ‘lupa’ lebih dari 70 % pendapatan negara yang dikatakan duit pemerintah, dikutip dari (cukai) rakyat?? Apakah 30 sen subsidi itu benar-benar ditanggung oleh pemerintah?

Nyata lah bahawa masalah subsidi ini tidak timbul! Rujuk sahaja kepada syariah Islam. Minyak (dan sumber galian yang jumlahnya banyak) adalah milik rakyat dan ini bererti juga milik rakyat. Ini bererti tidak timbul soal penswastaan, subsidi inisiatif, harga pasaran dunia, ikatan jaminan harga dan segala bentuk hambatan yang sebenarnya alat untuk merompak harta rakyat!

Apakah mereka (pemerintah) masih tidak meyakini Islam sebagai problem solver bagi seluruh permasalahan mereka? Apakah rakyat masih selesa berdiam diri membiarkan pemerintah taghut ini menghisap darah mereka dan darah generasi mendatang? Sampai bila mereka akan terus membiarkan diri dikurung tempurung kolonialisme kuffar Barat? Sampai bila mereka akan terus membiarkan hidup mereka tertindas tanpa pembelaan? Sampai bila umat ini akan terus membiarkan diri mereka terus terkebelakang?

[Sumber : HTM]

14 March 2010

TEKA TEKI 04

ada 10 budak itam... main tengah padang.
sorang budak itam bawa payung 'avon'...

... .depa suma 10 budak itam tu share 1 payung tu jaa tp langsung x basah


kenapa ....?

BUDAK COMEY



COMEY BUDAK NIE KAN...!!!!

13 March 2010

BANGSA VS AGAMA........PERJUANGAN MANA LEBIH RELEVEN N UNIVERSAL..?

Bangsa boleh disayangi tetapi bukan sebagai teras atau tonggak perjuangan kerna TERAS PERJUANGAN adalah ISLAM; yakni Kitabullah dan Assunnah bukan perkauman . Naik Islam maka naik secara otomatis bangsa yang mendukung Islam seperti bangsa Parsi yang digeruni Amerika ; mengusir thoghut Shah dan mustakbirin Amerika ! Bahkan digusari CIA dan KGB .

Ini bukti kehebatan Islam. Mana bangsa Arab .? diratahi yahudi dan nasoro kerna assobiyyah Arab yang ditegakkan; bukannya Islam sebagai ‘ Ad –Deen waddaulah ‘ dan ‘ Ad-Deen Wa Syariah “ dalam menegakkan agama dan panji-panji Islam dan memerintah dunia dengannya .

TEKA TEKI 03

apsal org myelam scuba diorg jtuh ke blakang ble diorg nk turun ke laut....??


kalo korg agk2 terer tu jwap lew... .huk3...

12 March 2010

SEKARANG SUDAH ADA TEMPAT UTK BUANG BAYI LUAR NIKAH - BAGUSLAH

Segera bina pusat bayi luar nikah - NGO

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong cadangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPKKN) membina sebuah pusat penempatan bayi luar nikah dan meminta supaya langkah itu disegerakan.

Pengurus Besar Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia (YBKMM), Datuk Sheeda Romliberkata, kerjasama daripada pelbagai pihak diperlukan bagi memastikan pusat itu mampu memainkan peranannya sebagai tempat perlindungan bayi luar nikah.

"Jika dilihat daripada sudut positif, cadangan ini sesuatu yang bagus kerana mampu menyelamatkan bayi tidak berdosa daripada dibuang di tempat yang tidak sepatutnya.

"Namun, daripada sudut negatifnya, ia seakan-akan menggalakkan gejala sosial ini lebih berleluasa dalam kalangan masyarakat kita," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, pihaknya merancang membina pusat itu untuk mengelak kemungkinan bayi mati akibat dibuang selain menangani gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi.

Sementara itu Pengerusi Yayasan Suara Wanita, Tan Sri Zaleha Ismail berkata, usaha membina penempatan itu perlu disegerakan bagi mengurangkan kes buang bayi.

"Penempatan ini dapat memberi perlindungan kerana dalam keadaan sebegitu, remaja hamil luar nikah tiada tempat untuk dituju akibat perselisihan dengan keluarga," katanya.

Beliau menambah, penempatan tersebut juga boleh memberi khidmat kaunseling dan pendidikan agama kepada mereka supaya kembali ke pangkal jalan.

Ditanya mengenai kebimbangan langkah membina penempatan itu akan menggalakkan lebih ramai wanita melahirkan anak luar nikah, Zaleha berkata, usaha menyelamatkan nyawa tidak berdosa lebih penting daripada melihat mereka dibuang atau dibunuh.

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah turut bersetuju dengan penyediaan perkhidmatan kaunseling di pusat itu, namun identiti pengadu perlu dirahsiakan.

Sumber: Utusan Malaysia 21/02/2010


Masalah sosial yang cukup menghinakan wujud dalam masyarakat kita yang majoritinya adalah orang Islam yang mengakui beriman kepada Allah sebagai Tuhan dan Muhammad sebagai utusan yang dilantik olehNya. Hakikatnya, dalam kehidupan Islam, hanya kesejahteraan dan kerahmatan yang meliputi dunia. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk membawa rahmat bagi sekalian alam”. [TMQ Al Anbiyaa' (21) : 107]. Di mana silapnya??!?

Maha benarlah Allah Yang Maha Agung di dalam firmanNya, “Itulah Dia Addeen yang lurus (Islam),tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. [TMQ ArRum(30): 30].

Akibat penolakan aturan hidup dari Allah, hidup kita di negara ini menjadi seperti keadaan di negara-negara Barat. Manusia dengan angkuh cuba menyelesaikan masalah hidup ini dengan kebijaksanaan yang mereka miliki, sedangkan hakikatnya, terlalu banyak perkara yang tidak mereka ketahui. Sebaliknya manusia terus engkar dan sombong terhadap ayat-ayat Allah.

Apakah manusia tidak pernah mendengar firman Allah SWT ini? "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". [TMQ Thaahaa (20) : 124].

Kehidupan yang sempit, susah dan hina inilah konsekuensi dari sikap manusia yang engkar dan sombong terhadap ayat-ayat TuhanNya.

Wallahua’lam.

Politik Agama

Parti-parti Islam yang memperjuangkan syariat Islam atau menegakkan kembali Negara Khilafah atau Daulah Islam sering dituduh melakukan ‘politik agama’, iaitu berpolitik atas nama agama atau mengheret agama ke dalam dunia politik. Sudah tentu tuduhan sebegini cukup mendukacitakan dan dikesalkan.

Memang benar, jika ‘politik agama’ diertikan sebagai penyalahgunaan agama untuk tujuan menjustifikasikan kepentingan politik tertentu, jelas ini tidak dibenarkan. Sebagai contoh, mempergunakan ayat Quran atau dalil tertentu dalam kempen pilihanraya untuk meraih undi dan menarik perhatian pengundi atau untuk menjauhkan para pengundi dari parti tertentu. Katakan parti A mempunyai lambang pohon pokok, lalu parti lawan B menggunakan ayat, “Janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.” (TMQ al-Baqarah (2) : 35). Ini jelas sama sekali tidak dibenarkan kerana menyalahgunakan ayat dan juga tidak kena pada tempatnya.

Akan tetapi, lain pula halnya jika politik agama ini difahami dengan maksud ‘berpolitik atas dasar agama’. Di sini kita perlu mengkaji secara kritis istilah ‘politik agama’ dalam erti yang sebenar kerana istilah itu boleh membawa virus ideologi tertentu yang perlu diawasi.

Sumber: HTI

BEZA PILIHANRAYA & DEMOKRASI

Yang pertama sekali, kita mestilah faham perbezaan di antara ‘pilihan raya’ dan ‘demokrasi’ itu sendiri. Pilihan raya tidak sama dengan demokrasi dan demokrasi tidak sama dengan pilihan raya. Pilihan raya hanyalah salah satu cara/uslub dalam sistem demokrasi untuk memilih wakil (bukan memilih pemimpin). Manakala demokrasi pula adalah sebuah sistem pemerintahan di mana hak membuat undang-undang berada di tangan manusia. Hukum pilihan raya adalah berbeza dengan hukum demokrasi. Hukum demokrasi jelas haram dalam Islam berdasarkan nas-nas yang qath’i.

SUARA MAJORITI

Seperkara lagi yang perlu difahami dan dibezakan adalah ‘suara majoriti’. Suara majoriti tidak sama dengan demokrasi dan tidak sama dengan pilihan raya. Suara majoriti tidak salah untuk diambil dalam membuat sesuatu keputusan yang bersifat mubah (harus), contohnya majoriti bersetuju melantik A sebagai pemimpin atau majoriti bersetuju untuk pergi ke suatu tempat dengan menaiki bas. Namun suara majoriti akan menjadi haram apabila yang disepakati adalah bertentangan dengan hukum syarak. Contohnya majoriti bersetuju untuk merejam penzina dengan 6 kali sebatan, atau majoriti bersetuju untuk memenjarakan seorang pencuri, atau majoriti bersetuju untuk menghalalkan sistem perbankan riba.

Dalam aspek menggubal undang-undang, suara majoriti juga menjadi haram walaupun yang dipersetujui (secara majoriti) adalah suatu yang bertepatan dengan hukum syarak. Contohnya majoriti bersetuju untuk gubal undang-undang bahawa solat itu wajib atau puasa itu wajib atau riba itu haram. Ini kerana kewajipan solat dan puasa dan keharaman riba adalah datang dari Allah sebagai Zat Pembuat undang-undang. Jadi, tidak kira sama ada majoriti bersetuju atau tidak, solat tetap wajib dan riba tetap haram. Ia bukan untuk disetujui atau diundi oleh manusia. Ia (hukum syarak) adalah untuk dilaksanakan oleh manusia. Manusia tidak ada sebesar zarah pun hak untuk mencadangkan, apatah lagi menggubal dan mengundi hukum Allah untuk diluluskan secara majoriti.

PENGUBALAN UNDANG-UNDANG

Adapun mengenai penggubalan undang-undang, ia merupakan aktiviti yang tidak dibolehkan (haram) bagi seorang Muslim untuk melakukannya, tidak kira sama ada ia terlibat secara langsung dalam penggubalan ataupun terlibat dalam pengundian (sokong atau tidak), meskipun undang-undang yang digubal itu ‘selari’ dengan hukum Islam yang mulia (sebagaimana dijelaskan di atas). Ini adalah kerana, ketika hukum Islam diambil dan dirujuk, ia didasari dengan dalil syarak yang terpancar dari aqidah Islam yang diwahyukan Allah. Seseorang Muslim tidak dibolehkan membuat undang-undang, tetapi kewajiban mereka hanyalah untuk menerima dan menerapkan syariat Allah sahaja dan bukan yang lain, tidak kira sama ada ia dipersetujui secara majoriti atau tidak. Hukum Allah (apatah lagi hukum kufur) bukan untuk dibuat, diundi dan diluluskan dengan majoriti. Oleh itu, hak untuk membuat undang-undang (hukum) hanyalah terletak pada Allah semata-mata. Tidak ada sesiapapun yang berhak meletakkan dirinya setara dengan Allah ‘Azza wa Jalla dalam membuat undang-undang. Allah berfirman:

“…hanya Allah jualah yang menetapkan hukum…..”
[TMQ Al-an’aam (6) :57]

Undang-undang kufur ingin disamakan dengan Islam?

Jika jalan raya di kawasan pedalaman dinaikkan tarafnya, maka ia merupakan suatu usaha yang amat besar faedahnya untuk rakyat kerana jalan raya merupakan kemudahan yang paling penting menghubungkan manusia sesamanya. Maka kita akan setuju dengan hal tersebut biarpun tertera dipapan tanda 'Satu lagi projek oleh Kerajaan Barisan Nasional'.

Begitu juga kalau jambatan yang sudah lama nak runtuh dan dibiarkan oleh kerajaan Barisan Nasional, kemudian mereka ingin membina jambatan baru dan tertera dengan angkuhnya ‘Satu lagi projek oleh kerajaan Barisan Nasional’, maka kita akan bersetuju dengan projek ini jika dilakukan untuk kemudahan rakyat, walaupun setelah lama kita sakit hati.

Begitu pula mekanisme sistem-sistem jentera pentadbiran negara, terutamanya dalam sektor pengurusan, jika dinaikkan tarafnya hingga menjadi yang paling efisyen di dunia maka faedahnya juga memberi impak yang besar kepada rakyat dan negara. Dan di dalam akhbar atau media massa tertulis, 'Satu lagi projek oleh Kerajaan Barisan Nasional' maka kita mungkin setuju kerana hal ini adalah tugas dan tanggungjawab negara.

Tetapi bila timbul ‘projek’ menaiktarafkan perundangan syari'ah agar setaraf dengan undang-undang kufur (sivil), maka kita sama sekali tidak bersetuju dan akan menentang sepenuhnya. Kerana apa? Kerana syari'ah itu memang yang tertinggi dan teratas dari segala undang-undang kufur yang ada. Undang-undang syariah adalah wajib diterapkan sepenuhnya dan undang-undang sivil/kufur wajib dihapuskan sepenuhnya. Keduanya sama sekali tidak boleh digandingkan, apatah lagi ingin di sama tarafkan. Apakah hak manusia atau menteri mana sekalipun ingin menyamatarafkan undang-undang Allah dengan undang-undang kufur buatan manusia? Ia merupakan usaha yang paling hina dalam sejarah peradaban Islam di mana hak dan batil ingin disamatarafkan. Firman Allah SWT,

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedang kamu mengetahui” [TMQ al-Baqarah (2):42].

Denda Dan Konsep Pemakaian Islam




Isu berkaitan cara berpakaian di kalangan wanita Islam timbul semula selepas Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB – BRI) menguatkuasakan Kod Etika Pakaian dengan mengenakan kompaun sebanyak RM500 ke atas pekerja wanita Islam di premis-premis perniagaan yang tidak berpakaian menutup aurat, manakala yang bukan Islam disyaratkan berpakaian sopan. Peraturan tersebut mula dikuatkuasakan memandangkan nasihat yang diberikan oleh MPKB sejak 10 tahun yang lalu tidak diendahkan [harakahdaily 25 Disember 2006].

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Haji Takiyuddin Hassan, mengatakan bahawa setiap wanita Islam hendaklah menutup aurat kecuali apa yang biasa ternampak iaitu muka dan tapak tangan dan lelaki Islam pula diantara pusat dan lutut. Walaubagaimanapun wanita bukan Islam dikehendaki berpakaian sopan. Sehingga kini, seramai lebih kurang 160 wanita Islam yang tidak memakai tudung ketika bekerja dikenakan kompaun oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sejak Januari lalu.

[Sumber: Utusan Malaysia 9/9/2006]

Tindakan MPKB itu telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan barisan pemimpin negara. Ini termasuklah daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan:"We are already facing problems in terms of interpretation on what constitutes indecent dressing. This (move) will only create uneasiness and unhappiness among certain quarters or groups.They (the council) should not get overly excited to act based on their own interpretation”. [NSTP] (Kita sedang menghadapi masaalah dalam menafsirkan apa yang dimaksudkan dengan pakaian bersopan. Pendekatan ini hanya menyebabkan keresahan dan tidakpuas hati pihak dan kelompok lain. Mereka tidak sepatutnya bersikap gopoh dan bertindak mengikut pentafsiran sendiri)

Dr. Rozaidah dari kelab penyokong BN yang juga merupakan MP bahagian Ampang menyatakan:That it was a person’s right to dress as she pleased and no one had the right to dictate the person’s way of dressing. By imposing fines, it only shows the shallow-mindedness of the council [NSTP] ( Seseorang itu berhak menentukan bagaimanakah cara dia hendak berpakaian dan orang lain tidak berhak mencampuri urusan pakaian seseorang itu. Dengan mengenakan denda, ia hanya membuktikan pemikiran sempit majlis(MPKB))

Menteri Besar Kelantan pula memberi justifikasi terhadap pendekatan MPKB memandangkan masalah rogol dan keruntuhan akhlak semakin banyak dan berkembang, bukannya semakin berkurang. Kerana itu, Islam awal-awal lagi menetapkan peraturan berpakaian yang kita panggil menutup aurat sebagai langkah mencegah perkara tidak bermoral dalam masyarakat. [Harakah]

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil pula mendakwa peraturan tersebut telah menyebabkan golongan wanita tidak dapat menentukan pilihan mereka dalam berpakaian, sebaliknya ditentukan oleh Kerajaan Negeri.

Islam Mengatur Kehidupan Manusia.

Hukum berpakaian yang telah ditentukan oleh Islam bukanlah mencegah seseorang wanita itu untuk memakai pakaian yang disukainya. Perundangan Islam diturunkan oleh Allah SWT bertujuan untuk mengatur kehidupan manusia agar sesuai dengan fitrah mereka, tidak sama sekali menyekat semua aktiviti. Hukum berpakaian di dalam Islam berkait rapat dengan sistem pergaulan di antara lelaki dan wanita. Maka apabila seorang lelaki mukmin berinteraksi dengan wanita muslim atau bukan, mereka hanya berhak memandang bahagian-bahagian wanita yang dibenarkan, iaitu muka dan dua tapak tangan.

Tidak ada kebebasan mutlak di dalam Islam. Seorang muslim wajib untuk terikat dengan hukum syara' yang telah diturunkan oleh Allah SWT. Ini termasuklah di dalam bab hukum tentang pemakaian. Firman Allah SWT :

“Katakanlah kepada laki-laki mukmin, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemahuannya, sikap demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui atas apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita mukmin, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya” [TMQ An-Nur:30-31]

Sistem Ekonomi Kapitalis Semakin Rapuh




Dunia sedang menghadapi krisis ekonomi. Pasaran kewangan dunia yang tidak menentu sejak kebelakangan ini merupakan penunjuk jelas ke arah itu. Ia menjadi isu yang dominan di dalam ruangan-ruangan media baik media tempatan mahupun luar negara. Faktor utama yang mempengaruhi adalah masalah yang dihadapi Amerika Syarikat (AS) iaitu mengenai masalah gadai janji subprima dalam pasaran perumahan. Gadai janji subprima adalah pinjaman perumahan yang diberi kepada para peminjam yang tidak memiliki latar belakang kewangan yang kukuh dengan kadar faedah yang lebih tinggi.

Sistem ekonomi kapitalisme bukan sahaja rapuh malah bersifat self-destructive atau makna langsungnya bermaksud menghancurkan diri sendiri. Inilah realiti wajah dari sistem yang terbit daripada aqidah sekular yang pasti tidak akan pernah menyelesaikan permasalahan manusia, malah menimbulkan lagi perbagai masalah yang bukan alang-kepalang kepada dunia seperti kemiskinan, jurang yang semakin melebar di antara golongan kaya dan miskin, kerosakan merata (collateral damage), hilang sifat kemanusiaan, bahkan perang dan penindasan di mana-mana.

Apabila diteliti lebih mendalam terdapat dua faktor utama yang menyebabkan sistem ini bersifat self-destructive. Pertama, persoalan mata wang yang mana mata wang suatu negara pada saat ini terikat pada mata wang lain (contohnya ringgit terhadap dollar AS), tidak pada nilainya sendiri. Demikian itu nilai mata wang tersebut tidak akan stabil, kerana sekiranya nilai mata wang tertentu bergejolak, pasti akan mempengaruhi kestabilan mata wang tersebut. Maka apabila nilai mata wang tidak stabil, maka kegiatan ekonomi secara keseluruhan akan terganggu kerana mata wang itu ibarat lokomotif yang menggerakkan gerbang kegiatan ekonomi. Kedua, kenyataannya sekarang ini, wang itu tidak lagi sekadar medium pertukaran untuk mendapat barang atau jasa perkhidmatan dalam sektor realiti, tetapi juga sebagai komoditi dalam sektor non-real iaitu diniagakan (dalam bursa mata wang dunia), diperjudikan (dalam bursa saham dan kegiatan yang sejenis) dan ditarik keuntungan (melalui interest atau dengan kata lain bunga atau riba dalam perbankan) dari setiap transaksi atau penyimpanan wang.

PENYELESAIAN

Maka penyelesaian kepada permasalahan kepada krisis ekonomi dunia adalah dengan membakul sampahkan sistem ekonomi kapitalisme, dan menerapkan sistem ekonomi yang berlandaskan syarak iaitu meletakkan halal dan haram sebagai teras kepada aktiviti ekonomi masyarakat secara keseluruhan.

Dalam hal keewangan, sistem Islam membezakan antara wang dan modal. Wang adalah public goods manakala modal adalah private goods. Wang adalah milik masyarakat (public goods), maka kerana itu, Islam melarang melakukan penimbunan wang kerana pasti akan mengurangi jumlah wang yang beredar di dalam pasaran. Semakin cepat wang berputar dalam masyarakat maka semakin baik ekonomi masyarakat. Kalau tidak, sebagai private goods, dana itu akan dilaburkan dalam bentuk syirkah (kerjasama bisnes), dishadaqahkan atau dipinjamkan (qard) tanpa riba, dikeluarkan zakat.

Wang juga dikembalikan fungsinya iaitu sebagai medium pertukaran dalam sektor realiti lantas mata wang dibuat dengan sandaran emas(dinar) dan perak(dirham). Dengan dinar dan dirham, nilai nominal dan nilai intrinsik daripada penggunaannya akan bersatu. Ertinya nilai nominal mata wang akan dijaga oleh nilai intrinsiknya, bukannya olah daya tukar terhadap mata wang lain. Tidak akan ada sektor non-real dalam sistem ekonomi Islam, ekonomi akan betul-betul digerakkan oleh sektor realiti sahaja.

Ketakutan Barat Terhadap Tegaknya Khilafah Semakin Nyata



Baru-baru ini Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush kembali menyerang idea Khilafah. Bush berjanji untuk menentang habis-habisan kepada siapa sahaja yang mencuba untuk mengembalikan Khilafah. Dia menganggap ianya adalah sebahagian daripada kempen war on terror. Pernyataan Bush tersebut adalah merupakan respon pertama darinya selepas Khilafah Konferens yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir. Antara pemimpin barat yang turut memberikan komen berkenaan pergerakan mengembalikan khilafah ialah Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, dimana Sarkozy mengaitkan aktiviti pengembalikan khilafah dengan sebahagian dari aktiviti Al-Qaeda.Pada pernyataan Bush di American Legion Convention pada 28 Ogos 2007, Bush mengaitkan aktiviti-aktiviti untuk menegakkan semula Khilafah sebagai sebahagian dari aktiviti terorrisme.

Ini kerana barat telah menyedari usaha mereka untuk membius umat islam dari terus melupakan Khilafah di dalam diri mereka terbukti sia-sia. Seruan umat Islam di seluruh dunia terus kuat bergema dari hari ke hari untuk mengembalikan semula Khilafah. Kini barat menggunakan taktik dengan mengaitkan usaha menegakkan Khilafah sebagai aktiviti eksremis dan mempunyai hubungkait dengan aktiviti Al-Qaeda. Panggilan gerakan Islam terhadap umat Islam seluruh dunia untuk menegakkan kembali khilafah ini benar-benar membimbangkan pihak barat. Mereka cuba melakukan perancangan-perancangan untuk mengaitkan perjuangan menegakkan Khilafah dengan kekerasan, namun itu juga adalah perkara sia-sia kerana umat Islam menyedari hal ini dan ketakutan serta kebencian mereka terhadap Islam benar-benar terserlah melalui ucapan dari mulut-mulut mereka dan lebih dari itu.

“Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” [TMQ Ali Imran (3):118]

Muslihat Amerika Di sebalik Cita-cita Nuklear Iran

Baru-baru ini ketegangan politik nuklear Iran telah kembali memanas. Ucapan George W Bush di satu sidang media, “Saya telah menyatakan sekiranya anda ingin mengelak daripada Perang Dunia Ketiga, ini bermakna anda seharusnya berminat untuk menghalang mereka (Iran) daripada memiliki pengetahuan yang diperlukan untuk membuat senjata nuklear.” Kemudian, Tony Blair pula mengisytiharkan apabila berucap mengenai ‘ideologi kemusnahan’ ekstremis Islam, “Ideologi ini, pada ketika ini mempunyai sebuah negara, iaitu Iran,yang kembali bersedia dan membiayai keganasan dalam usaha mengganggu kestabilan negara-negara yang ingin hidup aman.” Timbalan Presiden Cheney juga berkata merujuk kepada cita-cita nuklear Iran, “Negara kita, dan seluruh komuniti antarabangsa, tidak boleh melihat sahaja sebuah negara penaja keganasan memenuhi cita-cita terbesarnya.”

Saban kali isu nuklear Iran sering menjadi isu ulangan utama di media-media massa utama barat terutamanya Amerika. Setelah dilakukan propaganda hebat di media sebagai mana selalunya oleh rejim Amerika, maka akan berlaku rundingan demi rundingan, kemudian rundingan-rundingan menemui jalan buntu dan seterusnya berakhir dengan ketegangan dengan mengheret isu ini ke Majlis Keselamatan PBB yang disudahi dengan resolusi sekatan ekonomi sekiranya Iran tidak memenuhi tuntutan resolusi tersebut dalam masa yang ditetapkan.


Kemungkinan Amerika menyerang Iran amat tipis


Peluang Amerika untuk menyerang Iran amatlah tipis untuk menyelesaikan konflik tersebut dan tidak mungkin kerana terdapat beberapa faktor yang menghalang. Situasi dalaman Amerika selepas kemenangan Demokrat, peningkatan bilangan tentera Amerika yang mati di Iraq dengan lebih banyak mayat dibawa pulang, situasi serantau (keadaan yang memalukan di Afghanistan dan Iraq) dan global yang menghalang untuk menyerang Iraq adalah antara halangan-halangan utama. Malah, keupayaan Iran sekarang juga mampu menyerang kepentingan-kepentingan Amerika di Timur Tengah. Kenyataan-kenyataan rasmi Amerika jelas menguatkan lagi pendapat ini.

Soal Jawab Berkenaan Harga Minyak

Apakah yang menyebabkan harga minyak melambung tinggi?

Terdapat pelbagai sebab mengapa harga minyak melambung tinggi. Pengaruhnya mengikut turutan adalah:

1. Spekulasi
2. Kapasiti penapisan minyak
3. Kadar penggunaan minyak yang semakin meningkat
4. Kemuncak minyak (Oil Peak) – sumber minyak dunia semakin berkurangan..
5. Suasana geopolitik dan situasi ekonomi AS

TEKA TEKI 02

soklannye~

bilekah kancil boleh bertukar jd babi?'

BURJ KHALIFA




Sejak tiga hari pertama selepas Menara Dubai atau Burj Khalifa dibuka kepada masyarakat umum, kira-kira sepuluh ribu enam ratus orang telah menaiki lif untuk sampai ke menara peninjau di tingkat ke-124. Jumlah bayaran yang terkumpul adalah sekitar USD280,000.

Di sekeliling menara tersebut, hari demi hari, ribuan pengunjung bersesak berebut tempat untuk bergambar di hadapan kilauan menara setinggi 818 meter itu. Mereka bersukaria dan terpesona dengan keberanian Dubai membangunkan Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia ketika ini.

Menara itu merupakan rangka kedegilan Dubai dalam menarik pelaburan, sedangkan negara ini sebenarnya sedang mengalamai kemelesetan ekonomi. “Bangunan ini menunjukkan bagaimana kekayaan sedang bergerak dari Barat ke Timur,” kata Prajash Kelkar, yang sudah sebelas tahun tinggal di Dubai. Tanpa merasa khuatir tentang situasi kewangan, dia pun berkata, “Inilah kebanggaan Dubai.”

TEKA TEKI 01

Siapa yg rasa dia terror matematik tu boleh cuba jawab...
Sekarang si ibu 21 tahun lebih tua dari anaknya. 6 tahun kemudian, umur ibunya adalah 5 kali ganda umur anaknya.

SOALANNYA: Bapanya sekarang berada di mana ? Silakan berpikir dan menjawab secara ilmiah/matematik, sila buktikan bahawa kamu punya kemampuan untuk berpikir secara wajar...


SUATU ZAMAN KELAK





"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"........


MANIK URAI & JAMBATANNYA

Kabarnya jambatan berharga antara RM7 hingga RM10 juta yang dijanji Muhyiddin untuk didirikan di Manek Urai telah diterbangkan semula ke Kuala Lumpur malam ini dengan semua skru-skrunya sekali. Sebaik sahaja berita BN tewas di Manek Urai, Muhyiddin diberitakan mengerahkan petugas-petugas BN untuk memasukkan semua bahan binaan jambatan itu ke dalam helikopternya untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur.

SPR

Walaupun banyak pihak yang mengemukakan saksi dan bukti, tapi SPR tetap kata tiada saksi dan bukti. Apa nak dihairankan, kerana bukankah SPR itu sendiri salah satu komponen parti dalam BN?

SUBSIDI PETROL

khuatir apa yang jadi dengan beberapa pemberian subsidi dan bantuan itu ini sebelum ini berulang dalam pemberian subsidi petrol yang bakal dilaksanakan itu. Seperti cerita baja subsidi, yang banyak dapat ialah penyokong parti cap dacing, penyokong parti cap-cap bukan dacing atau tak ada cap dinafikan hak mereka, walaupun menepati syarat. Begitu juga rumah PPRT, projek jalan kampung, bantuan niaga dan sebagainya, kumpulan sasaran cap dacing saja yang banyak mendapatnya. Malah mereka yang bukan dalam kumpulan sasaran, asalkan penyokong cap dacing tiba-tiba tersasar dan layak menerima segala kemudahan itu.

11 March 2010

MASJID PUTRAJAYA & MASJID NEGARA

Satu lagi yang memusykilkan saya ialah beberapa masjid besar seperti Masjid Negara, Masjid Putrajaya dan beberapa Masjid Negeri boleh dikunjungi oleh orang bukan Islam, termasuk wanita dengan syarat mereka menutup aurat ketika memasuki masjid. Jika Masjid Negara dan Masjid Putrajaya boleh dikunjungi oleh mereka yang bukan Islam, mengapa Masjid Seri Andalas tidak boleh? Adakah kerana Masjid Seri Andalas cuma sebuah masjid yang tidak sebesar mana maka ia harus diberi layanan berbeza dengan masjid-masjid besar seperti Masjid Negara dan Masjid Putrajaya yang diketuai oleh Imam Besar gred 54?

Atau Masjid Negara dan Masjid Putrajaya boleh dimasuki oleh orang bukan Islam kerana ia bukan masjid dalam erti kata sebenar?

HARGA GULA NAIK

Malam tadi gerhana bulan menyelubungi negara. Mulai awal pagi tadi harga gula dan roti sudah naik. Dan pagi-pagi tadi penjual kuih sudah naikkan sedikit harga kuih kerana katanya harga gula naik. Jika kuih-kuih yang manis naik harga tidak apa, tapi bila karipap, cucur badak, cucur udang dan pulut udang pun naik harga, itu sudah kerja gila!!

PETRONAS, F1 & ENJIN JET PEJUANG

Ternyata Petronas lebih menyedari adalah lebih berbaloi menaja Pasukan Mercedes GP Petronas berbanding pasukan Formula 1Malaysia.

Mungkinkah kerajaan terpaksa menggeluarkan belanja dari duit rakyat untuk menjadi penaja pasukan Formula 1Malaysia.?Lebih-lebih lagi dalam kegawatan ekonomi pastinya syarikat-syarikat besar akan lebih berhati-hati dalam pelaburan mereka.

Jika itu berlaku maka pembaziran dan kerugian ratusan juta duit rakyat akan berlaku. Kecualilah Pasukan Formula 1Malaysia menggunakan enjin pesawat pejuang F5E yang hilang itu!

ni kerana, kes ini melibatkan kehilangan dua unit enjin Jet yang besar bukannya kehilangan dua biji telur ayam atau gula-gula Hacks.

KEDAH hot

Cuaca pula memang panas, panas dan sangat panas, dari tengahari hingga malam panas...panas...dan panas. 34 darjah celcius, 35 darjah celcius, 36 darjah celcius....panaih betoiiii....Panas sungguh hingga ramai yang dulu cuma pakai kipas sudah membeli penghawa dingin untuk dipasang di rumah. Kata peniaga, jualan penghawa dingin di Kedah sudah naik 4 kali ganda, panas pun rezeki Allah juga. Guna penghawa dingin, tidoq malam memang best....cuma tak bestnya hujung bulan bil elektrik naik menyacak.....adoooi.....

Kesian pak cik dan mak cik itu kerana tidak dapat solat kerana ketiadaan air. Lebih kesian kerana wartawan yang mewawancara kedua warga tua itu tidak teringat untuk bertanya dua warga emas itu sama ada mereka sedar atau tidak , jika sudah tiada air langsung mereka juga boleh berwuduk menerusi tayamum. Mungkin wartawan itu terlupa menanyakan soalan itu atau dia fikir mencari debu suci bagi mengerjakan tayamum juga sukar diperolehi di Kedah ini?

aspiration

simbolic of malaysian aspirations....its aspire a future generations to believe in their of ablilities.....