15 March 2010

Halal Itu Bukan Hanya Persoalan Makanan...

Akta Halal ke Parlimen

KUALA LUMPUR: Rang undang-undang Akta Halal bertujuan memperkemas, menguatkuasa dan mempertingkatkan keberkesanan dalam melaksanakan peraturan halal akan dibentangkan di Parlimen pertengahan tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata draf itu kini di peringkat akhir kajian sebelum diserahkan kepada Peguam Negara untuk diperhalusi untuk dibentangkan di Parlimen pada sesi Jun atau Julai ini. Beliau berkata,

Peguam Negara akan meneliti dan mengkaji aspek perundangan dan peraturan berkaitan akta itu bagi menentukan bentuk hukuman, peraturan, denda dan prosedur lain yang boleh dikenakan terhadap pihak yang cuba mempermainkan aspek halal dan mereka yang gagal mematuhinya. “Selepas diluluskan, akta itu juga akan memastikan tidak ada pihak yang menyalahguna logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sumber : Berita Harian

Ulasan:


Umat Islam nampaknya semakin buruk pemahaman mereka terhadap Islam apabila hanya melihat persoalan halal itu dalam konteks makanan semata-mata. Mengapa persoalan halal dan haram yang lain diketepikan?

Oleh itu seorang Muslim wajib membicarakan persoalan halal dan persoalan haram. Arak itu haram. Judi itu haram. Riba itu haram. Demokrasi itu haram. Ashobiyyah itu haram. Membuka aurat di khalayak awam itu haram.

Membuat hukum itu hanyalah milik Allah SWT sahaja tanpa ada sebarang campur tangan dari pihak luar.

Sumber:HTM

No comments:

Post a Comment