Baru-baru ini ketegangan politik nuklear Iran telah kembali memanas. Ucapan George W Bush di satu sidang media, “Saya telah menyatakan sekiranya anda ingin mengelak daripada Perang Dunia Ketiga, ini bermakna anda seharusnya berminat untuk menghalang mereka (Iran) daripada memiliki pengetahuan yang diperlukan untuk membuat senjata nuklear.” Kemudian, Tony Blair pula mengisytiharkan apabila berucap mengenai ‘ideologi kemusnahan’ ekstremis Islam, “Ideologi ini, pada ketika ini mempunyai sebuah negara, iaitu Iran,yang kembali bersedia dan membiayai keganasan dalam usaha mengganggu kestabilan negara-negara yang ingin hidup aman.” Timbalan Presiden Cheney juga berkata merujuk kepada cita-cita nuklear Iran, “Negara kita, dan seluruh komuniti antarabangsa, tidak boleh melihat sahaja sebuah negara penaja keganasan memenuhi cita-cita terbesarnya.”
Saban kali isu nuklear Iran sering menjadi isu ulangan utama di media-media massa utama barat terutamanya Amerika. Setelah dilakukan propaganda hebat di media sebagai mana selalunya oleh rejim Amerika, maka akan berlaku rundingan demi rundingan, kemudian rundingan-rundingan menemui jalan buntu dan seterusnya berakhir dengan ketegangan dengan mengheret isu ini ke Majlis Keselamatan PBB yang disudahi dengan resolusi sekatan ekonomi sekiranya Iran tidak memenuhi tuntutan resolusi tersebut dalam masa yang ditetapkan.
Kemungkinan Amerika menyerang Iran amat tipis
Peluang Amerika untuk menyerang Iran amatlah tipis untuk menyelesaikan konflik tersebut dan tidak mungkin kerana terdapat beberapa faktor yang menghalang. Situasi dalaman Amerika selepas kemenangan Demokrat, peningkatan bilangan tentera Amerika yang mati di Iraq dengan lebih banyak mayat dibawa pulang, situasi serantau (keadaan yang memalukan di Afghanistan dan Iraq) dan global yang menghalang untuk menyerang Iraq adalah antara halangan-halangan utama. Malah, keupayaan Iran sekarang juga mampu menyerang kepentingan-kepentingan Amerika di Timur Tengah. Kenyataan-kenyataan rasmi Amerika jelas menguatkan lagi pendapat ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment