31 May 2010

baca lah entry terpanjang : “One World Government”





Dunia sudah hampir sampai ke penghabisannya.Mahu percaya atau tidak,bumi pasti akan musnah.Sama ada anda sekular pekat yang membenci nasihat agama atau anda kaki masjid yang tegar,akhir bagi segala cerita sudah semakin hampir kini.Semua kebanggaan dunia akan musnah dan hancur lebur sehancur-hancurnya.Tanda-tandanya sudah berjalan dan sedang berjalan,sesuai dengan apa yang dijadualkan.Bagaimana kita tahu tentang perkara ini?


Selain tanda-tanda yang telah dikhabarkan di dalam AlQuran dan Hadis Nabi,terdapat tanda-tanda lain yang dapat kita kesan,menunjukkan bahawa dunia sudah hampir kiamat!Apakah tanda-tanda itu?


Sedar tidak sedar,para Elit The Hidden Hand semakin terdesak mengatur rancangan berusaha untuk menguasai dunia sebelum tibanya ‘End Game’.JIka terlambat maka sudah tentu mereka gagal dalam misi untuk mengalahkan Allah,Tuhan yang dikatakan merampas kuasa dari Lucifer.Jika mereka berjaya sebelum ketibaan EndGame,maka mereka berjaya merebut kuasa memerintah bumi dan mengembalikan kuasa Lucifer untuk memerintah alam semesta.Semua perancangan dilakukan dengan mengira tarikh-tarikh tertentu,pergerakan bintang-bintang dan planet,nombor-nombor keramat dan ramalan-ramalan sihir.Iblis telah mengajarkan kepada para Elit ini supaya percaya kepadanya dan jika mereka berjaya menawan bumi dan berjaya mempengaruhi seluruh umat manusia supaya mengikut mereka,Allah pasti akan dikalahkan dan terpaksa menyerahkan kuasa-Nya kepada Iblis (Lucifer).Tuhan Lucifer pasti akan mengurniakan kekayaan dan hidup kekal abadi kepada para Elit.


Para Elit ini kini menguasai pelbagai industri dari pembuatan makanan hinggalah kepada pembuatan jentera berat.Media,pendidikan,hiburan dan telekomunikasi juga dikuasai oleh mereka.Namun ini adalah asas kepada usaha mereka untuk menguasai dunia.Ketika para goyyim (manusia biasa yang tidak tahu apa-apa atau tidak mahu ambil tahu) hidup dalam dunia mereka sendiri,ada sekelompok manusia yang benar-benar merancang untuk menguasai dunia.Mereka merancang satu demi satu pelbagai strategi untuk menguasai dunia secara perlahan-lahan.


‘One World Government’(OWG) adalah istilah yang merujuk satu sub-operasi mereka yang terpenting di bawah ‘New World Order’.SEbelum mewujudkan OWG,terlebih dahulu perlu untuk mewujudkan TIGA paksi terbesar yang akan mendokong cita-cita OWG.

1-Kuasa Tentera
2-Kuasa Ekonomi
3-Kuasa Politik

Kuasa Tentera boleh berkait rapat dengan politik namun tidak semua tujuan politik boleh dibereskan dengan kuasa tentera.Adakalanya cara kekerasan tidak perlu,jadi strategi politik boleh dimanipulasi untuk tujuan menguasai sesuatu negara.Kuasa Ekonomi merangkumi semua jentera ekonomi,empayar industri dan koridor-koridornya.Media,pembuatan,perkhidmatan dan pemasaran berserta nilai-nilai komersilnya adalah termasuk dalam aktiviti ekonomi.Bank,pasaran saham dan naik turun harga komoditi juga adalah paksi Kuasa Ekonomi.Jadi tiga Kuasa ini perlu dikuasai sebelum benar-benar mampu mewujudkan apa yang dinamakan ‘One World Government’.


Jika dahulu imperialisme menggunakan Kuasa Tentera,namun pada hari ini imperialisme masuk melalui caranya yang lain;siasah politik.Strategi pertama pada masa dahulu selepas imperialisme melalui Kuasa Tentera ialah cuba menempatkan seberapa banyak boneka yang mampu meneruskan idea politik The Hidden Hand.Sebab itu selepas imperialisme,HUKUM ALLAH YANG TERANG-TERANG TERMAKTUB DI DALAM ALQURAN tidak popular di kalangan nasionalisme untuk digubal sebagai undang-undang negara.Jangan cakap negara-negara Arab,di sini,di negara kita juga,Hukum Allah Azza Wa Jalla bagaikan tisu tandas yang dilapkan dipunggung kemudian dicampakkan ke tong sampah.Amat beratlah tanggungjawab seorang pemimpin sesebuah negara itu di akhirat kelak,nanti dia akan ditanya satu-persatu,sehelai demi sehelai,apakah yang menghalang dia dari berusaha menegakkan Hukum Allah di dalam AlQuran.Bukan sahaja pemimpin,malah rakyat juga,APAKAH ADA USAHA WALAUPUN SEDIKIT,UNTUK MEMASTIKAN HUKUM ALLAH BERDAULAT DI ATAS MUKA BUMI.


Strategi The Hidden Hand ialah,jika sesebuah negara dihalang untuk menjalankan Hukum Allah,maka amat senang bagi mereka untuk memasang (install) ideologi-ideologi sekularisme dan gaya hidup hippies yang gemar berhibur 24 jam.Setiap negara (Islam terutamanya) akan dipaksa mengikut ‘standard’ yang digunapakai oleh mereka.Sesiapa yang cuba untuk ‘reinstall’ kembali Hukum Allah ke dalam sistem perundangan,maka akan diganggu dan diancam.Pemimpinnya akan dipanggil untuk diadakan perbincangan tertutup.Di dalam perbincangan itu (selalunya diiklankan sebagai ‘dialog’ atau ‘lawatan’),pemimpin yang disyaki cuba untuk melaksanakan Hukum Allah akan diberi kata dua.


Sesebuah negara akan disumbatkan dengan ejen-ejen The Hidden Hand untuk melaporkan suasana politik atau sosial kepada proksi-proksi The Antichrist.Dalam kes ini yang paling terkenal ialah ‘ejen CIA’.Mereka amat bijak dan berperawakan menarik.Mereka adakalanya amat fasih bercakap dalam bahasa tempatan (mereka terpaksa belajar).Namun amat bagus jika ejen-ejen ini di kalangan rakyat tempatan.’Ejen CIA’ dikalangan rakyat tempatan adalah manusia yang amat tidak boleh dipercayai.Mereka telah ditawarkan habuan yang amat banyak,dan jika apa-apa terjadi kepada mereka atau rahsia mereka terbongkar,maka mereka akan disokong untuk lari keluar negara.Apabila negara musnah akibat perbuatannya,maka dia akan angkat kaki segera dengan disediakan tempat tinggal dan elaun sara hidup di luar negara.Dia tidak peduli apakah anak bangsa atau agamanya akan dikeroyok oleh musuh-musuh mereka.Yang penting ialah perut dan nafsunya semata-mata.Ini adalah modus operandi biasa The Hidden Hand ke atas ejen-ejennya.Jika ejen-ejen ini mampu menyelinap ke dalam pentadbiran negara sebagai salah satu pemimpin,MAKA INI ADALAH BONUS BESAR bagi proksi-proksi The Elite yang menjadi hamba kepada The Hidden Hand.Ejen ini akan disokong dan dibantu bagi menjayakan cita-cita politik mereka.Kejayaan politik mereka adalah kejayaan politik bagi The Hidden Hand.


Satu lagi strategi The Hidden Hand ialah setiap pemimpin negara mesti menghantar anak-anak mereka untuk belajar di luar negara bagi memastikan mereka didoktrinkan secara senyap sebagai boneka mereka.Tanya diri sendiri,berapa kerat pemimpin negara yang menghantar anak-anak mereka belajar di Maahad Tahfiz atau belajar perundangan Islam?Anak-anak pemimpin negara dipastikan supaya mengikut gaya hidup Barat,mengabaikan solat lima waktu dan bersosial sehabis-habisnya.Arak adalah minuman kelas pertama yang harus dihidangkan kepada mereka.Biarlah mereka menghirup keenakkan air kencing syaitan itu supaya mereka mampu didoktrin menjadi tentera-tentera syaitan melawan kekuasaan Allah Azza Wa Jalla.Akhirnya apabila bapa mereka berundur,mereka pula akan mewarisi karakter bapa mereka tanpa mahu disuruh-suruh lagi.


Ini adalah PUTARAN GANAS sistem karakter Dajjal The Antichrist ke atas hegemoni bonekanya supaya Hukum Allah kekal tidak mampu dilaksanakan oleh manusia di Bumi.Sukar untuk keluar dari Putaran Ganas Sistem boneka Dajjal ini,kecuali yang terpilih mendapat hidayah Allah,namun ramai di antara mereka memilih untuk hidup di dalam Putaran Ganas Sistem supaya mampu memenuhkan ken nafsu selagi hidup di dunia walaupun di akhirat untung nasib mereka benar-benar berisiko tinggi.


Salah satu instrument yang amat penting bagi The Hidden Hand ialah media.Televisyen adalah perkakasnya yang sudah teruji kehebatannya sebagai alat ‘mindcontol’ paling hebat sepanjang zaman.Setiap rumah tidak boleh tidak pasti ada perkakas ‘mata’ Dajal ini.Tahukah anda,di samping propaganda-propaganda sedar yang ditayangkan di televisyen,sebenarnya terdapat gelombang-gelombang bawah sedar yang turut dipancarkan sama ketika menonton televisyen.Frekuensi gelombang televisyen disetkan pada kadar tertentu supaya mampu menghantar mesej bawah sedar ke dalam minda manusia.Apabila sekelompok manusia menonton televisyen setiap hari,maka mereka telah di’brainwash’ berkali-kali.Namun ini memakan masa panjang.Inilah sebab mengapa semakin lama semakin degil manusia-manusia goyyim ini mahu menerima Hukum Tuhan sebagai undang-undang yang mengawal dan melindungi manusia.Satu ‘clue’ dalam program ‘mindcontrol’ melalui televisyen ialah dalam filem Batman Forever di mana watak The Riddler lakonan Jim Carrey dalam satu adegannya telah mencipta satu alat seakan televisyen yang digunakan untuk mengawal minda manusia dan menyedut ‘IQ’ mereka.Ini adalah pembayangnya,di mana sebenarnya ia benar-benar berlaku di Amerika.Eksperimen telah dijalankan di Amerika lewat Perang Dunia Kedua,di mana sebelum frekuensi televisyen benar-benar dapat ditetapkan,para saintis mereka telah pun menemui bahawa jika sesuatu mesej disampaikan pada frekuensi yang bersamaan dengan frekuensi minda manusia,maka maksud mesej itu mampu dicerna kedalam fikiran!Terdapat satu eksperimen rahsia dimana frekuensi telah dipancarkan ke satu bandar dengan mesej-mesej pembunuhan.Akibatnya statistik pembunuhan telah meningkat dengan drastik.Namun cara kawalan minda secara frekuensi ini tidak mampu mempengaruhi orang-orang yang berzikir mengingati Allah kerana Allah melindungi orang yang selalu mengingatinya.

Firman Allah:

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.(Ar Ra’du:28)


Mengawal negara-negara melalui boneka atau proksi-proksi mereka adalah sudah semestinya,namun dengan gaya baru yang lebih maju.Meletakkan boneka setelah melanggar sesebuah negara tidak lagi menjadi pilihan kecuali beberapa kes tertentu seperti di Afghanistan dan Iraq.Ini kerana kedua-dua negara itu terletak dalam wilayah ‘Khurasan’ yang diramalkan di dalam hadis-hadis nabi.Ini wilayah ‘blacklist’ yang MESTI dikawal kerana pergerakan Mujadid agung diramalkan dikesan akan bergerak di sini.Jadi pelu untuk mengawal wilayah panas ini,supaya jika pergerakan Tentera Panji Hitam kononnya akan melalui wilayah ini,mereka dengan segera akan mampu dicantas pergerakannya dengan menghantar ‘air-strike’ atau peluru berpandu.Jadi kedua-dua negara itu perlu diletakkan segera boneka-boneka supaya tidak akan membantu pergerakan pejuang akhir zaman.Namun negara-negara lain seperti Arab Saudi misalnya,para pemimpin mereka ditaburkan kemewahan dan gaya hidup berfoya-foya supaya mampu menari mengikut rentak The Hidden Hand.Semua negara-negara Arab dididik supaya bersikap nafsi-nafsi supaya tidak mencampuri urusan negara-negara Islam lain terutamanya sekitar mereka yang ada masalah dengan Israel.INI SEMUA ADALAH SEBAHAGIAN PROGRAM MINDCONTROL tajaan Amerika-Israel terhadap pemimpin-pemimpin Arab yang dungu.


Syarikat Konsultan

Untuk memastikan bahawa program OWG berkesan dan berjalan lebih lancar,kini The Hidden Hand telah bergerak lebih efektif dengan menubuhkan syarikat-syarikat konsultan dalam perencanaan pentadbiran,sistem elektronik atau ekonomi.Syarikat-syarikat konsultan ini bertindak sebagai penasihat kepada pemimpin-pemimpin negara-negara yang menggunakan khidmat mereka.Dalam bidang ekonomi misalnya,badan-badan ekonomi seperti Bank Dunia dan IMF adalah instrumen Dajjal bagi memaksa ekonomi dunia mengikut telunjuk mereka.Semua ini adalah anak-cucu kepada Federal Reserve yang amat-amat berjaya di Amerika.Federal Reserve bukanlah badan ekonomi milik kerajaan Amerika,TETAPI KEPUNYAAN PENCACAI DAJJAL THE ANTICHRIST PALING DISAYANGI iaitu The House of Rothschild.Semua polisi kewangan Amerika dan matawang Dollar Amerika adalah di bawah telunjuk Rothschild.

“Biar aku keluar dan menguasai wang negara-negara dan aku tidak memperdulikan siapa sahaja yang menulis undang-undangnya” – Mayer Amschel Rothschild

“Ajar rakyat Amerika yang angkuh itu dan jajah mereka semula.” – Nathan Mayer Rothschild

Kini rakyat Amerika diperhambakan melalui ekonomi.Kita lihat dari segi zahirnya mereka banyak duit dan mewah namun kekayaan mereka itu adalah kosong dan ditentukan oleh The Hidden Hand.Kekayaan mereka hanyalah disandarkan kepada kertas-kertas dolar yang tidak bernilai.Apabila aliran ekonomi mengalami ‘crash’,merekalah yang terlebih dahulu menerima tempiasnya berbanding Pak Kassim yang menanam ubi keledek di belakang rumah.Simpanan mereka beribu-ribu di bank,namun apabila pasaran saham bertukar negatif,simpanan mereka bukan sahaja habis malah menjadi teramat negatif pula,menjana hutang berjuta-juta!


SEbab itu gaya hidup mereka,apabila mewah teramat mewah,namun sekali jatuh,mereka akan jatuh sejatuh-jatuhnya kerana sistem kewangan atau ekonomi tajaan Dajal bersifat tidak stabil dan sememangnya dirancang sebegitu.Mengapa?Kerana mudah mereka untuk menjalankan strategi P A N I C dan ‘Ordo Ab Chao’.

Bayangkan semua urusan perbankan dan ekonomi kita dikawal oleh satu syarikat swasta.Inilah yang berlaku di Amerika dan Eropah.


Bagaimana pula dengan bidang-bidang yang lain?Sistem data atau rangkaian juga telah diserahkan kepada syarikat-syarkat konsultan dari Israel-Amerika.Anda pernah dengar tentang sistem maklumat yang digunakan dalam institusi keselamatan negara ini,telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Israel?Jadi tujuannya adalah untuk menyimpan maklumat rakyat negara ini bagi kegunaan PENGECAMAN.Ramalan dari AlQuran dan Hadis semakin lama semakin terbukti,dan The Hidden Hand semakin terdesak untuk menyumbatkan segala strateginya di sini dan lain-lain kawasan di dunia sebelum mentari muncul di ufuk barat.


Bagaimana dengan dana kempen sesuatu parti politik?Pentadbiran Malaysia pernah meminta dana kempen politik dari sumber Amerika-Israel yang dirahsiakan walaupun surat mengenainya kononnya tersebar.Amerika sebenarnya telah lama membiayai kempen-kempen politik para bonekanya di Timur Tengah dan Pakistan.Amerika juga membiayai satu pertubuhan yang bergerak untuk menjaga demokrasi ala Amerika tetap tertegak di Bumi.Bagaimana dengan sebuah parti politik pecahan UMNO,yang juga mendapat bantuan The Hidden Hand?



Timur Tengah dan Pakistan adalah medan permainan yang membosankan bagi Amerika dan Israel.Semua misi-misi OWG telah berjaya walaupun mereka hanya bermain sebelah mata sahaja.Kini perhatian tertumpu kepada rantau sebelah sini.Negara-negara majoriti Islam di Asia Tenggara perlu ditundukkan supaya mematuhi ibupejabat OWG.Kaji apakah yang dibisikkan kepada Gus Dur (Allahyarham) oleh proksi-proksi Dajjal ketika beliau naik memerintah Indonesia satu ketika dahulu.Gus Dur adalah pemimpin kepada sebuah organasasi Islam yang besar dan adalah penting untuk mengawal beliau.Maka keluarlah kempen Islam Liberal antara yang terbesar dalam sejarah Indonesia sepanjang pemerintahannya.Bagaimana dengan 1Indonesia?


Mari kita lihat permainan catur The Hidden Hand di sini.Parti pemerintah telah dibiayai oleh satu entiti luar yang ada kaitan dengan Israel-Amerika.Sudah sekian lama kempen-kempen politik ditaja mereka secara senyap.Namun kini,sebuah parti politik pecahan parti pemerintah juga mendapat pembiayaan The Hidden Hand.Kedua-duanya adalah proksi mereka walaupun pada zahirnya bertentangan.Sebab itu pemimpin parti pecahan itu tahu tentang APCO,kerana ia adalah permainan parti pemerintah sekian lama.Mengapa ini terjadi dan apakah permainan The Hidden Hand kali ini?


SEMUANYA ADALAH UNTUK MENJALANKAN ‘DIVIDE AND RULE’ KE ATAS UNDI UMAT ISLAM KHASNYA MELAYU.


Hanya satu jalan untuk menguasai tampuk pemerintahan Malaysia yang majoritinya Melayu Islam.PECAHKAN UNDI MEREKA!

Setiap misi mereka,akan dibayar oleh bos-bos mereka.Namun adakalanya semua ini bukan lahir dari dalam hati mereka tetapi setelah diugut dan ditawarkan pelbagai janji dan kekayaan,maka iman pun terjelepuk di tapak kaki proksi The Antichrist.

Penubuhan parti baru dari pecahan parti pemerintah adalah taktik untuk menubuhkan vakum bahaya untuk satu parti berorientasikan agama.Kini parti ini tersepit di celah-celah Melayu Sekular dan ‘Racist-Socialist’.Perjuangan suci mereka terperangkap dalam vakum politik yang disediakan khas untuk mereka.Ini akan mengelirukan para pemimpin dan penyokong mereka.


Jadi kedua-duanya adalah rancangan proksi The Hidden Hand untuk mewujudkan pelan ‘One World Government’ bagi negara ini,sepertimana pelan asal 1Israel.Jadi kini para Sekular tidak lagi berdepan dengan topik paling membahayakan dalam pertempuran kerajaan-pembangkang;AGAMA.Kini para Sekular hanya berdepan dengan bayang-bayang Sekular yang memayungi golongan Rasis-Sosialis dan Agama.Para Sekular hanya bermain tahi dan lumpur sendiri.Kes yang paling terkenal adalah kisah Zahid Ibrahim.Kisah beliau dengan araknya adalah mukaddimah kepada amalan hidup para Elit Melayu yang menjadi ‘ruling class’ Malaysia.



21 May 2010

Perompak Hanya Beri Tol Percuma Selama 2 Bulan Sahaja?

Perompak Hanya Beri Tol Percuma Selama 2 Bulan Sahaja?

Nampaknya kerajaan sekular Kapitalisme bermurah hati kepada rakyatnya hanya selama 2 bulan sahaja. Selepas dari itu sekumpulan perompak berlesen ini akan diberikan lampu hijau oleh pihak kerajaan untuk merompak wang rakyat tanpa mengira waktu, masa dan lebih teruk lagi tanpa mengira apakah rakyat itu miskin ataupun kaya.

Begitu kejam dan ganas perompak di zaman pengswastaan ini. Apa lagi deskripsi yang lebih tepat kecuali menggelarkan kerajaan hari ini sebagai kerajaan yang merompak rakyatnya sendiri? Dalam dunia Kapitalisme keuntungan dan manfaat adalah piawai bagi setiap tindakan. Pihak kerajaan akan melakukan dan melaksanakan setiap tindakan itu jika ianya menguntungkan mereka!!

Wahai umat Islam! Inilah dasar Kapitalisme. Asas yang melahirkan tindakan ini adalah sekularisme - pemisahan agama dari kehidupan. Justeru itu sewajarnya umat Islam sedar bahawa mereka wajib mengubah keadaan ini dengan memperjuangkan Islam agar dapat diterapkan secara syumul atas kehidupan individu, masyarakat dan negara. Selagi sistem sekular Kapitalisme ini masih diterapkan maka selama itulah rakyat akan terus ditindas. Hanya segelintir golongan sahaja yang akan merasa manis ‘gula’ Kapitalisme ini. Majoriti rakyat akan hanya merasa kepahitannya.

Penderitaan, kesempitan dan bebanan kehidupan adalah lumrah dalam sistem kehidupan Kapitalisme. Inilah fakta dan realiti kesan dari penerapan sistem Kapitalisme. Oleh itu, sewajarnya seorang muslim itu bangkit untuk mengubah sistem kehidupan kufur ini dengan bergerak mengembalikan kehidupan Islam. Sudah saatnya Islam itu memimpin kehidupan manusia.

20 May 2010

bola sepak 2010

Dalam keghairahan rakyat Malaysia menyambut ketibaan kejohanan bolasepak Piala Dunia tidak lama lagi, rakyat, khususnya yang beragama Islam dikejutkan dengan satu ‘produk halal’ yang bakal muncul memeriahkan lagi temasya sukan empat tahun sekali itu.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan (judi) dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. “Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak,” ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen. Ramai yang terkejut dan beristighfar panjang dengan kenyataan ini, namun belum pun reda kejutan ini, dua hari lepas (12 Mei) akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya telah memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya. Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini. Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu [harakahdaily.net].


Nah, inilah hadiah dari seorang pemimpin 1Malaysia kepada rakyat, khususnya kepada tauke judi dan kaki-kaki judi seluruh negara! Ternyata cogankata “pencapaian diutamakan” bukanlah suatu yang sia-sia di mana mungkin ‘judi halal’ ini adalah salah satu pencapaian terbesar yang bakal diraih Malaysia yang tidak pernah di lakukan oleh negara-negara umat Islam lainnya.

03 May 2010

Plus Bergembira Di atas Kesengsaraan Rakyat

Plus Bergembira Di atas Kesengsaraan Rakyat

Inilah hasil “kejayaan” yang terserlah dari program pengswastaan yang telah diperkenalkan oleh Mahathir ketika beliau memegang pemerintahan Malaysia suatu masa dahulu dan ianya terus disambung oleh pengganti-penggantinya sehinggalah ke hari ini. Setiap tahun Plus mahupun syarikat konsesi lebuh raya lainnya akan terus berbangga dengan jumlah keuntungan yang mereka perolehi hasil dari “rompakan” berlesen yang mereka lakukan terhadap para pengguna yang menggunakan lebuhraya yang kononnya milik mereka.

Inilah kesengsaraan yang dirasai oleh rakyat dalam kehidupan dunia Kapitalisme yang sebenarnya sudah begitu memualkan baunya. Kerajaan yang memerintah dalam dunia Kapitalisme akan terus berniaga dengan rakyat dan orientasinya sudah pastilah berdasarkan keuntungan semata-mata.

Maka tidak hairanlah kadar tol akan terus meningkat dari masa ke masa. Secara congakan matematik, sudah pasti apabila kadar tol dinaikkan, yang akan bergembira adalah syarikat konsesi lebuh raya dan yang akan sengsara adalah rakyat secara umumnya.

Hanya manusia yang tidak waras sahaja yang akan bersetuju dengan kutipan tol yang dikenakan – ia adalah ibarat perbuatan merompak yang dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyatnya sendiri!!

01 May 2010


bahasa yg sopan digunakan utk sesuatu yg haram


1- ARAK = MINUMAN KERAS


2- ANAK ZINA = ANAK LUAR NIKAH

3- ZINA = SEKS BEBAS

4- RIBA = INTEREST,FAEDAH, DENDA LEWAT BAYAR,KOS PENGURUSAN

5- RASUAH = POLITIK WANG

6- JUDI = WANG PERTARUHAN

7- MENDEDAH AURAT = BERPAKAIAN TIDAK SOPAN

CERITA BRITISH -ISRAEL & TANAH MELAYU


YAHUDI


Sejak dahulu lagi, Yahudi adalah bangsa yang terkenal jahat dan khianat. Mereka telah beberapa kali mengkhianati perjanjian mereka dengan Rasulullah sehingga mereka dihalau oleh Rasul SAW dari bumi Madinah dan sekitarnya. Bangsa terlaknat ini seterusnya membawa diri beramai-ramai ke Utara (Syam). Khalifah Umar Al-Khattab ra juga pernah menghalau makhluk terkutuk ini dari bumi Syam yang menyebabkan mereka merempat di serata dunia. Di mana sahaja mereka bertempat tinggal, mereka akan menimbulkan kekacauan sehingga mereka terus dihalau dan dihalau.

Akhirnya muncullah seorang tokoh dan pemikir mereka yang bernama Theodore Herzl (1860-1904) yang berhasrat ingin menubuhkan sebuah negara bagi bangsa terhalau ini, lalu dia memilih Palestin sebagai sasaran. Dialah pengasas kepada gerakan Zionis dan usaha si Yahudi ini telah mendapat perhatian dan pembelaan serta pertolongan padu dari British si Nasrani. Ringkasnya, Britishlah negara yang telah membidani kelahiran Israel setelah mereka menghadiahkan ‘kemerdekaan’ kepada negara haram itu di bawah mandat PBB tepatnya pada 14 Mei 1948. Sejak lahir sehinggalah Israel ‘membesar’, Britishlah yang mengasuh dan menjaga anak haram ini, yang kini ‘dijaga’ pula oleh Amerika Syarikat.

MALAYSIA

Umum mengetahui bahawa Malaysia berada di bawah penjajahan British selama lebih 150 tahun sejak mula kemasukan negara kuffar itu ke Tanah Melayu pada 1796. Secara rasminya perundangan kufur British mula bertapak di bumi kita ini dengan pengenalan ‘the Royal Charter of Justice’ pada tahun 1807 dan sejak itu hingga kini, tunjang kepada sistem pemerintahan dan undang-undang di Malaysia adalah berasaskan dari apa yang telah ditanam dan diajar oleh kuffar penjajah ini.

British menghadiahkan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1957 setelah golongan kuffar itu meyakini bahawa pemimpin Tanah Melayu pada waktu itu hinggalah kepada generasi-generasi selepasnya akan terus berpegang teguh dengan sistem dan undang-undang kufur yang mereka bawa. Jika pada tahun 1948 British telah berjaya melahirkan Israel dengan ‘baik’ mengikut acuannya, pada 1957 pula British telah berjaya melahirkan Malaysia (Tanah Melayu) mengikut acuan yang sama.

Tidak berhenti setakat ‘melahirkan’ Malaysia, British turut menganugerahkan pula sebuah sistem pemerintahan untuk di‘imani’ oleh pemimpin dan rakyat negara ini yakni sebuah pemerintahan yang bergelar demokrasi! Inilah pemerintahan yang ‘diredhai’ oleh kaum Nasrani dan Yahudi tersebut! Justeru, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Israel dan Malaysia adalah ibarat dua kembar yang lahir dari ‘rahim’ yang sama, walaupun tidak seiras.