Dalam keghairahan rakyat Malaysia menyambut ketibaan kejohanan bolasepak Piala Dunia tidak lama lagi, rakyat, khususnya yang beragama Islam dikejutkan dengan satu ‘produk halal’ yang bakal muncul memeriahkan lagi temasya sukan empat tahun sekali itu.
Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan (judi) dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. “Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak,” ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen. Ramai yang terkejut dan beristighfar panjang dengan kenyataan ini, namun belum pun reda kejutan ini, dua hari lepas (12 Mei) akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya telah memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya. Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini. Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu [harakahdaily.net].
Nah, inilah hadiah dari seorang pemimpin 1Malaysia kepada rakyat, khususnya kepada tauke judi dan kaki-kaki judi seluruh negara! Ternyata cogankata “pencapaian diutamakan” bukanlah suatu yang sia-sia di mana mungkin ‘judi halal’ ini adalah salah satu pencapaian terbesar yang bakal diraih Malaysia yang tidak pernah di lakukan oleh negara-negara umat Islam lainnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment