Perompak Hanya Beri Tol Percuma Selama 2 Bulan Sahaja?
Nampaknya kerajaan sekular Kapitalisme bermurah hati kepada rakyatnya hanya selama 2 bulan sahaja. Selepas dari itu sekumpulan perompak berlesen ini akan diberikan lampu hijau oleh pihak kerajaan untuk merompak wang rakyat tanpa mengira waktu, masa dan lebih teruk lagi tanpa mengira apakah rakyat itu miskin ataupun kaya.
Begitu kejam dan ganas perompak di zaman pengswastaan ini. Apa lagi deskripsi yang lebih tepat kecuali menggelarkan kerajaan hari ini sebagai kerajaan yang merompak rakyatnya sendiri? Dalam dunia Kapitalisme keuntungan dan manfaat adalah piawai bagi setiap tindakan. Pihak kerajaan akan melakukan dan melaksanakan setiap tindakan itu jika ianya menguntungkan mereka!!
Wahai umat Islam! Inilah dasar Kapitalisme. Asas yang melahirkan tindakan ini adalah sekularisme - pemisahan agama dari kehidupan. Justeru itu sewajarnya umat Islam sedar bahawa mereka wajib mengubah keadaan ini dengan memperjuangkan Islam agar dapat diterapkan secara syumul atas kehidupan individu, masyarakat dan negara. Selagi sistem sekular Kapitalisme ini masih diterapkan maka selama itulah rakyat akan terus ditindas. Hanya segelintir golongan sahaja yang akan merasa manis ‘gula’ Kapitalisme ini. Majoriti rakyat akan hanya merasa kepahitannya.
Penderitaan, kesempitan dan bebanan kehidupan adalah lumrah dalam sistem kehidupan Kapitalisme. Inilah fakta dan realiti kesan dari penerapan sistem Kapitalisme. Oleh itu, sewajarnya seorang muslim itu bangkit untuk mengubah sistem kehidupan kufur ini dengan bergerak mengembalikan kehidupan Islam. Sudah saatnya Islam itu memimpin kehidupan manusia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment