30 October 2010

7 benda penting ajar kt anak





1. Mencuci pakaian sendiri - tujuan : mewujudkan rasa tanggungjawab padanya

2. Memasak yang sederhana - tujuan : mampu berdikari jika ada waktu sukar kelak

3. Mempunyai Wang Saku Hasil Keringat Sendiri - tujuan : melatih bersaving & tidak berbazir

4. Memilih teman yang baik - tujuan :supaya dia tahu membeza baik dan buruk sebab pasangan pertama akan mempengaruhi seorang remaja untuk seluruh hidupnya.

5. Mengajarkan anak tentang bertolak ansur & kompromi - tujuan : bijak menerima perbezaan yang tak sama dengan diri sendiri kelak.

6. Belajar etiket sosial dan penghargaan pada siapapun - tujuan :kelak masa dia susah ramai yang senang utk membantunya.

7. Belajar berkawan dan memiliki komunikasi yang baik - tujuan : untuk mengimbangi kepentingan diri dan org lain. Juga untuk dia tahu searching for good friendship & relationship pada masa depannya.

22 October 2010

perhimpunan assabiyyah Melayu terbesar

- dkt 90% berita utusan pasal perhimpunan tu kt PWTC...
- sekali2 buat la kt klcc ke...PICC ke or PTTC.....
- xkembangkn minda sbb bangsa bukan universal berbanding agama ISLAM
- boring sgt boring

- ada sbb terancang kenapa warga eropah dan barat terdahulu memulakan pengasingan agama2 mereka dgn cara hidup...

- mereka di sana tidak dikenali dgn agama mereka tetapi istilah WESTERN digunakan utk mggambarkan tentang fahaman mereka & apa jnis ideologi yg mereka anuti....

21 October 2010

Huh dahsyat sungguh ni...ape la...



Kita sering menuding jari kepada amerika dengan menyatakan bahawa AS adalah kepala pengganas dunia. AS berlagak sebagai polis dunia dalam misi untuk mengamankan dunia. Pemimpin- pemimpin negara Malaysia juga tidak terkecuali merujuk AS sebagai polis dunia. Kini polis dunia itu telah berusaha membersihkan imej Islam dengan mengikis islamophobia.

Usaha itu telah di sahut oleh Malaysia sendiri. Malaysia berusaha mengikis Islamophobia ini. Antara langkah awal Malaysia mengikis islamophobia ini ialah, menghantar “wakil” menuntut ilmu bagi memulihkan gejala sosial buang bayi ke Belgium.

Ini menunjukkan keterbukaan Malaysia merujuk Negara bukan Islam sebagai rujukan utama. Padahal semua ummat Islam sedia maklum bahawa Al-quran dan As-sunnah sebagai rujukan utama.

Sabda nabi “ aku telah tinggalkan dua perkara kepada kamu, kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang kepada kedu-duanya iaitu kitabullah dan sunnaturrasul”. Tetapi mengapa gejala sosial sering berlaku dalam Negara kita.

Kenapa gejala Islamophobia itu wujud? Kerana Malaysia sendiri tidak merujuk Al-quran dan As-sunnah. Mereka merujuk barat. Mereka merujuk Negara lain. Sepatutnya mereka merujuk Al-Quran terlebih dahulu. Adakah mereka tidak yakin Al-Quran itu sebagai penyelesai masalah? Adakah mereka menolak Al-Quran? Kitab mukjizat nabi Muhammad.

Jawapanya, mustahil mereka dapat merujuk Al-Quran sekiranya dasar parti mereka bercanggah dengan Islam. Beginikah pemimpin yang kita mahukan? Islamnya pada luaran, tapi perlaksanaan mengikut jahiliyyah.

Kini hasilnya di Malaysia lebih terbuka fikiran mereka. Rakyat berterima kasih banyak kerana telah membuka mata rakyat bahawa fesyen show Islam itu lebih terbuka dan lebih terdedah. Sangat hairan bagaimana seorang yang tidak berfesyen seperti garis- garis Islam dapat menganjurkan sebuah program diberi nama “ Islamic Fashion Show ”.

Sangat menarik dan sangat hebat. Rupa- rupanya, program tersebut menggayakan pelbagai fesyen. Fesyen yang menepati cita rasa penganjur. Hal ini ibarat menempah tiket ke neraka.

Terima kasih buat penganjur kerana membuka mata rakyat bahawa pemimpin Negara sekarang adalah bertambah kearah sekular. Program tersebut telah menghina nama dan imej islam. Inilah petanda- petanda bahawa kejahilan agama berleluasa. Kalau dia jahil sendiri tak apa tapi, sekarang ini, dia nak bagi semua orang jahil sama macam dia. Sesat orang-orang macam ini. Sama taraf macam ……..dan……..

Ramai- ramai kita bantah tindakan melampau menhina dan memfitnah Islam ini. Di mana golongan dan penasihat agama yang makan gaji hasil cukai rakyat ini....? Adakah mulut mereka di bisukan. Kenapa dibiarkan program menghina Islam berjalan. Kenapa? Persoalan yang sering di putarkan. Jika mereka masuk ke tangki najis, pasti najis tersebut akan terpalit. Pasti badan juga akan busuk.

Bantahan tetap bantahan. Kita tunjukkan nanti sebagai bantahan kepada penghina Islam. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

17 October 2010

cukai pkhidmatan naek dr 5% jd 6% plak....?

cukai pkhidmatan naek dr 5% jd 6% plak....?

1- dalam bil TM ade tax gov 5%....thn dpn jd 6% dah
2- dlm reset mkn mcd n kfc ade 5% gov tax...thun dpn dh jdi 6% plak
3- bil handphone n bil broadband pun akn jdi 6% pasni.....
4- ape2 servis yg di tax 5% sblm ni akn btukar 6%....hotel ke...foodcourt ke....tiket wayang ke....loan bank ke...pembelian properties ke.....tiket taman tema ke.....mcm2 lg.....

smua akan berbeza slpas ni....

tgk la




so hmpir setiap warga negara akan jd pembayar cukai.....akn mjana dari 5% to 6%....
semua akn menanggung kesan kenaikan.....tp yg dpt saguhati rm 500 hanya penjawat awam dan persara kerajaan shj.....

bleh ke cmtu...?


abis la...huhu



.................