03 May 2010

Plus Bergembira Di atas Kesengsaraan Rakyat

Plus Bergembira Di atas Kesengsaraan Rakyat

Inilah hasil “kejayaan” yang terserlah dari program pengswastaan yang telah diperkenalkan oleh Mahathir ketika beliau memegang pemerintahan Malaysia suatu masa dahulu dan ianya terus disambung oleh pengganti-penggantinya sehinggalah ke hari ini. Setiap tahun Plus mahupun syarikat konsesi lebuh raya lainnya akan terus berbangga dengan jumlah keuntungan yang mereka perolehi hasil dari “rompakan” berlesen yang mereka lakukan terhadap para pengguna yang menggunakan lebuhraya yang kononnya milik mereka.

Inilah kesengsaraan yang dirasai oleh rakyat dalam kehidupan dunia Kapitalisme yang sebenarnya sudah begitu memualkan baunya. Kerajaan yang memerintah dalam dunia Kapitalisme akan terus berniaga dengan rakyat dan orientasinya sudah pastilah berdasarkan keuntungan semata-mata.

Maka tidak hairanlah kadar tol akan terus meningkat dari masa ke masa. Secara congakan matematik, sudah pasti apabila kadar tol dinaikkan, yang akan bergembira adalah syarikat konsesi lebuh raya dan yang akan sengsara adalah rakyat secara umumnya.

Hanya manusia yang tidak waras sahaja yang akan bersetuju dengan kutipan tol yang dikenakan – ia adalah ibarat perbuatan merompak yang dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyatnya sendiri!!

No comments:

Post a Comment