
KUALA LUMPUR 12 Mac – Kerajaan terpaksa menanggung subsidi 45 sen bagi satu liter petrol berikutan minyak mentah di pasaran antarabangsa kini didagangkan pada harga AS$82 (RM271) setong.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu melebihi 15 sen subsidi yang sepatutnya ditanggung oleh kerajaan iaitu 30 sen bagi satu liter petrol.
‘‘Mengikut formula yang digunakan, kerajaan sepatutnya hanya menanggung subsidi petrol sebanyak 30 sen dan bakinya iaitu 15 sen perlu ditanggung oleh pengguna.
‘‘Bagaimanapun perkara subsidi ini belum diputuskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang bermesyuarat setiap minggu,’’ katanya.
Sumber : Utusan 13/03/10
Ulasan:
Pemerintah sedang berkorban demi rakyat. 30 sen subsidi kerajaan tanggung, 15 sen pengguna tanggung.Apakah kerajaan ‘lupa’ lebih dari 70 % pendapatan negara yang dikatakan duit pemerintah, dikutip dari (cukai) rakyat?? Apakah 30 sen subsidi itu benar-benar ditanggung oleh pemerintah?
Nyata lah bahawa masalah subsidi ini tidak timbul! Rujuk sahaja kepada syariah Islam. Minyak (dan sumber galian yang jumlahnya banyak) adalah milik rakyat dan ini bererti juga milik rakyat. Ini bererti tidak timbul soal penswastaan, subsidi inisiatif, harga pasaran dunia, ikatan jaminan harga dan segala bentuk hambatan yang sebenarnya alat untuk merompak harta rakyat!
Apakah mereka (pemerintah) masih tidak meyakini Islam sebagai problem solver bagi seluruh permasalahan mereka? Apakah rakyat masih selesa berdiam diri membiarkan pemerintah taghut ini menghisap darah mereka dan darah generasi mendatang? Sampai bila mereka akan terus membiarkan diri dikurung tempurung kolonialisme kuffar Barat? Sampai bila mereka akan terus membiarkan hidup mereka tertindas tanpa pembelaan? Sampai bila umat ini akan terus membiarkan diri mereka terus terkebelakang?
[Sumber : HTM]

No comments:
Post a Comment