12 March 2010

Politik Agama

Parti-parti Islam yang memperjuangkan syariat Islam atau menegakkan kembali Negara Khilafah atau Daulah Islam sering dituduh melakukan ‘politik agama’, iaitu berpolitik atas nama agama atau mengheret agama ke dalam dunia politik. Sudah tentu tuduhan sebegini cukup mendukacitakan dan dikesalkan.

Memang benar, jika ‘politik agama’ diertikan sebagai penyalahgunaan agama untuk tujuan menjustifikasikan kepentingan politik tertentu, jelas ini tidak dibenarkan. Sebagai contoh, mempergunakan ayat Quran atau dalil tertentu dalam kempen pilihanraya untuk meraih undi dan menarik perhatian pengundi atau untuk menjauhkan para pengundi dari parti tertentu. Katakan parti A mempunyai lambang pohon pokok, lalu parti lawan B menggunakan ayat, “Janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.” (TMQ al-Baqarah (2) : 35). Ini jelas sama sekali tidak dibenarkan kerana menyalahgunakan ayat dan juga tidak kena pada tempatnya.

Akan tetapi, lain pula halnya jika politik agama ini difahami dengan maksud ‘berpolitik atas dasar agama’. Di sini kita perlu mengkaji secara kritis istilah ‘politik agama’ dalam erti yang sebenar kerana istilah itu boleh membawa virus ideologi tertentu yang perlu diawasi.

Sumber: HTI

No comments:

Post a Comment