
Baru-baru ini Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush kembali menyerang idea Khilafah. Bush berjanji untuk menentang habis-habisan kepada siapa sahaja yang mencuba untuk mengembalikan Khilafah. Dia menganggap ianya adalah sebahagian daripada kempen war on terror. Pernyataan Bush tersebut adalah merupakan respon pertama darinya selepas Khilafah Konferens yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir. Antara pemimpin barat yang turut memberikan komen berkenaan pergerakan mengembalikan khilafah ialah Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, dimana Sarkozy mengaitkan aktiviti pengembalikan khilafah dengan sebahagian dari aktiviti Al-Qaeda.Pada pernyataan Bush di American Legion Convention pada 28 Ogos 2007, Bush mengaitkan aktiviti-aktiviti untuk menegakkan semula Khilafah sebagai sebahagian dari aktiviti terorrisme.
Ini kerana barat telah menyedari usaha mereka untuk membius umat islam dari terus melupakan Khilafah di dalam diri mereka terbukti sia-sia. Seruan umat Islam di seluruh dunia terus kuat bergema dari hari ke hari untuk mengembalikan semula Khilafah. Kini barat menggunakan taktik dengan mengaitkan usaha menegakkan Khilafah sebagai aktiviti eksremis dan mempunyai hubungkait dengan aktiviti Al-Qaeda. Panggilan gerakan Islam terhadap umat Islam seluruh dunia untuk menegakkan kembali khilafah ini benar-benar membimbangkan pihak barat. Mereka cuba melakukan perancangan-perancangan untuk mengaitkan perjuangan menegakkan Khilafah dengan kekerasan, namun itu juga adalah perkara sia-sia kerana umat Islam menyedari hal ini dan ketakutan serta kebencian mereka terhadap Islam benar-benar terserlah melalui ucapan dari mulut-mulut mereka dan lebih dari itu.
“Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” [TMQ Ali Imran (3):118]

No comments:
Post a Comment