23 July 2011

Sistem Kapitalisme Akan Pasti Melahirkan Masyarakat Yang Rosak

Telah terbukti bagaimana sistem kapitalisme yang diterapkan oleh pemerintah sekular hari ini gagal untuk melahirkan golongan remaja yang tahu akan jati dirinya sebagai seorang manusia, apatah lagi sebagai seorang Muslim jika remaja terbabit adalah seorang Islam. Statistik dan perangkaan data jenayah golongan remaja yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tahun 2009 dan 2010 di atas telah cukup untuk menunjukkan betapa rapuh dan rosaknya institusi masyarakat hari ini terutamanya di kalangan golongan remaja. Keadaan ini berlaku kerana sistem yang diguna pakai oleh pemerintah yang ada pada hari ini adalah sistem yang rosak, yang terpancar daripada akidah sekularisme iaitu suatu fahaman ideologi yang memisahkan agama daripada kehidupan. Hasilnya, sistem sosial, polisi pendidikan dan sistem-sistem lain yang berjalan pada hari ini telah jauh tersasar daripada Islam. Inilah hakikat pahit yang terpaksa diakui oleh semua pihak. Ajaran Islam hanya terhad untuk persoalan ibadat dan ruhiyah (spiritual) semata-mata. Islam yang ditempelkan sebagai agama rasmi negara pada hakikatnya telah lama dimandulkan oleh sistem kapitalisme yang diterapkan sepenuhnya oleh pemerintah hari ini.

Al-quran hanya diperdengarkan untuk dipertandingkan dan bukannya untuk diterapkan oleh pemerintah. Maka tidak hairanlah penyakit masyarakat terutamanya di kalangan golongan remaja kini semakin parah dan terus membarah.

Apakah penasihat agama yang berada di sekeliling pemerintah sedang nyenyak diulit mimpi dan tertipu dengan kehidupan dan kemewahan dunia yang sementara ini sehinggakan mereka “terlupa dan tertidur” untuk mengingatkan dan menegur pemerintah agar kembali kepada Islam dengan menerapkan sistem Islam secara kaffah di dalam kehidupan bermasyarakat dan negara. Ingatlah, hanya Islamlah satu-satunya sistem dan cara hidup yang dijamin oleh Allah SWT akan membawa rahmat ke sekalian alam, sama ada kepada kehidupan individu, masyarakat mahupun negara. Firman Allah SWT,


Justeru, permasalahan remaja pada hari ini akan hanya dapat diatasi sekiranya syariah diterapkan sepenuhnya dan bukannya dengan program-program yang bersifat kosmetik palsu seperti program “Remaja Bersatu, Memerangi Jenayah” di atas.

No comments:

Post a Comment