03 April 2010

Permainan Politik Amerika Dan Israel


Ketegangan’ hubungan antara Amerika-Israel baru-baru ini bukanlah satu harapan tetapi ianya adalah satu permainan yang hendak melalaikan kita daripada hal yang sebenar. Perkara yang sebenar mesti harus kita ketahui adalah hubungan Amerika-Israel tetap kukuh dan akan terus berkeadaan begitu atas beberapa sebab:

1) Sehingga saat ini, Israel masih menikmati USD 3 bilion bantuan dalam bentuk pakej ekonomi dan ketenteraan setiap tahun daripada Amerika. Para pemimpin dan aktivis Amerika yang sentiasa lantang mengkritik tatkala Amerika terlibat dengan aktiviti keganasan, tetapi di dalam hal ini mereka tetap berdiam diri. Padahal bantuan yang disalurkan itu dengan jelas diberikan kepada sebuah kerajaan negara haram yang saban hari melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin.

2) Mengapa negara kecil Israel yang keluasannya hanya lebih kurang 1/17 daripada keluasan Malaysia itu mendapat bantuan begitu banyak daripada Amerika? Ini disebabkan banyak kepentingan Amerika di rantau tersebut yang harus dilindungi. Maka, Amerika menggunakan Israel untuk tujuan itu dan sebagai balasannya, Amerika akan terus memberikan bantuan agar rakyat Israel akan terus menikmati taraf kehidupan yang tinggi dan kehidupan yang sejahtera.

3) Amerika akan memastikan dunia Arab terus berpecah-belah dengan menjadikan Israel sebagai punca kepada perpecahan tersebut. Amerika akan terus mempertahankan dasarnya yang sejak dari dahulu dengan matlamat menjadikan wilayah Palestin itu kepada 2-Negara (2 state solution) iaitu Israel dan Palestin. Perpecahan negara-negara umat Islam merupakan kunci utama kepada penguasaan Amerika di setiap negara Arab di dalam usahanya mengaut kekayaan yang ada di bumi umat Islam. Justeru, hubungan dengan Israel akan mewujudkan ’ancaman’ sehingga setiap negara Arab tidak boleh lari daripada campurtangan Amerika jika tidak, mereka pasti akan menerima nasib sepertimana yang menimpa Iraq.

4) Amerika akan terus memanfaatkan sikap biadap Israel untuk kepentingannya. Ini adalah kerana Israel sentiasa bercita-cita hendak menguasai wilayah Arab untuk kepentingan orang-orang Yahudi. Amerika sudah pun mengetahuinya dan ia telah dan akan terus mewujudkan halngan-halangan tertentu untuk mengagalkan usaha pengembangan negara Israel dan pengaruhnya ke wilayah Arab kerana jika Israel mampu melakukannya, sudah tentu penguasaan Amerika akan terancam. Antara halangan tersebut adalah dengan mengasingkan wilayah yang bergolak itu dengan negara Arab yang lain. Mendatangkan sejumlah pasukan pengaman di sepanjang sempadan wilayah Arab-Israel. Jadi ini diharapkan dapat ’mengasingkan’ Israel tetapi pada masa yang sama tetap menghadirkan ’momokan ancaman’ kepada negara-negara Arab.

No comments:

Post a Comment