27 January 2011

KES BIASA JE LA.....

1-Tergamak seorang cucu lelaki bersekongkol dengan tiga rakannya, termasuk seorang remaja perempuan merompak dan membunuh datuknya di sebuah rancangan Felda.

2-Di Raub, seorang ibu, 46 tahun, yang mahu mengejutkan anak perempuan tirinya, 16, pelajar tingkatan empat, untuk bersiap ke sekolah dilaporkan hampir pitam, apabila mendapati seorang remaja lelaki berusia 18 tahun tidur bersama pelajar terbabit.

3-Ampang, seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat ditahan polis selepas disyaki merogol rakan sekolahnya, pelajar perempuan berusia 13 tahun di rumah mangsa. Suspek sedang melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah pelajar perempuan apabila diserbu bapa dan bapa saudara mangsa, pada jam 1 tengah hari. "Pasangan itu mengaku sering menjalinkan hubungan haram di rumah pelajar perempuan itu ketika ibu bapa mangsa tiada di rumah,” kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya.

4-Ada guru disiplin di sebuah sekolah di ibu kota, melaporkan banyak kes sumbang mahram melibatkan pelajar perempuan dengan abang ipar yang tinggal serumah. Akhbar juga pernah melaporkan seorang budak perempuan berusia 12 tahun maut selepas terjatuh dari pangsapuri 6 tingkat kerana mengelak dicekup buat maksiat dengan tiga remaja lelaki.

5-UMNO Parti Islam? : Terkejut seluruh dunia jika membaca laporan Utusan Malaysia yang dengan bangganya memetik dan melaporkan kata-kata Duta Besar Iran ke Malaysia, Profesor Dr. Mohammed Mehdi Zahedi sebagai berkata bahawa "UMNO adalah parti Islam yang mempunyai kesinambungan kepimpinan dengan struktur yang jelas dan mampu mewujudkan suasana yang harmoni, bukan hanya di kalangan anggota beragama Islam, tetapi juga masyarakat keseluruhannya"

6-KUALA TERENGGANU: Seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu, dipercayai akibat pergaulan bebas terutama di kalangan wanita Islam.Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu kadar tertinggi dicatatkan pada Mei tahun lalu dengan 72 kelahiran, diikuti 60 kelahiran pada September.

7-SINGAPURA - Pengasas Singapura, Lee Kuan Yew menggesa masyarakat Islam di negara itu supaya menjadi kurang tegas dalam hal pematuhan ajaran agama demi meningkatkan integrasi dan proses pembangunan negara bangsa. Kuan Yew sering menekankan mengenai pentingnya keharmonian kaum. "Saya ingin menyatakan pada hari ini, kita boleh mengintegrasikan semua agama dan kaum kecuali Islam," kata Kuan Yew dalam bukunya yang bertajuk Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going. "Saya fikir masyarakat Islam secara sosialnya tidak menimbulkan sebarang masalah, tetapi mereka berbeza dan terpisah," kata Kuan Yew yang menggesa komuniti Islam untuk menjadi kurang tegas dalam mematuhi Islam.


8-KAHERAH: Penunjuk perasaan di tiga negara, Mesir, Mauritania dan Algeria, bertindak meniru pencetus revolusi Tunisia dengan membakar diri sebagai bantahan terhadap keadaan politik di negara masing-masing.Penganalisis berkata, walaupun kejadian bunuh diri kelmarin itu masih dianggap terpencil, ia memberi gambaran perasaan tidak puas hati rakyat terhadap rejim pemerintah di dunia Arab yang enggan melaksanakan pembaharuan.

9-Di Mesir, seorang pemilik restoran kecil berusia 48 tahun membakar dirinya di luar bangunan Parlimen kelmarin, selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan dasar kerajaan melarang pemilik restoran membeli roti subsidi. Dia bagaimanapun terselamat dengan kecederaan ringan di leher, muka dan kaki. Insiden terbabit dirakam perakam video amatur dan pengguna telefon bimbit sebelum dikirim ke internet. Lelaki itu dikenali sebagai Abdou Abdel-Monaam Hamadah, bapa kepada empat anak yang kerap bertengkar dengan pegawai kerajaan membabitkan isu harga roti.


10-PERKASA Seru Semangat Ashobiyyah : UKM, UiTM gelanggang perkasa jati diri bumiputera - Ibrahim; Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) perlu menjadikan universiti mereka sebagai gelanggang memperkasakan jati diri dan semangat patriotisme Melayu bumiputera serta orang Islam. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan dua universiti itu mempunyai sejarah tersendiri yang ada kena mengena dengan perjuangan air mata orang Melayu dalam mengisi kemerdekaan.


11-Arak: Kekeliruan Dalam Menanganinya:KUALA LUMPUR, 14 Jan: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong pandangan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang mahukan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menguatkasakan larangan umat Islam bekerja di premis menjual arak.Dalam hal ini, katanya DPPWP merasa kagum terhadap Hasan Ali yang bertegas dengan prinsip Islam.


12-Mohon maaf salah faham isu azan :Berakhirnya Suatu Sandiwara Yang Menyerlahkan Heronya-KUALA LUMPUR 17 Jan. – Peguam yang menimbulkan kontroversi kerana mempertikaikan azan, Ng Kian Nam hari ini memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini di atas kesilapannya itu. Katanya, perkara itu terjadi kerana beliau sebenarnya tidak tahu membezakan antara laungan azan dengan ceramah ataupun kuliah subuh.

13- PROGRAM SUBUR : TUMPAT, 27 Jan: Mungkin ramai tidak lupa program Subsidi Beras Untuk Rakyat Miskin (Subur) yang diuar-uarkan kerajaan pusat pada 2009. Sekarang apa dah jadi dengan program itu.Ada menteri bercakap pembahagian beras super special tempatan akan dilaksanakan melalui pembahagian kupon bermula 1 Disember 2009.Hari ini tanggal 27 Januari 2011. Ini bermakna sudah hampir 14 bulan berlalu tidak kedengaran pun program itu menjadi kenyataan.

1 comment:

  1. fakta ke 13 : sudah terlupa ttg janji2...sbb kerajaan x akan tabur janji kosong...terlupa la tu...(omg)

    ReplyDelete