Selepas lebih 1,500 tahun, jahiliah moden meliputi kembali. Wanita bersedia menjadikan dirinya baha pemuas nafsu. Yang diiklankan kereta model baharu tetapi wanita berkain nipis dan jarang yang ditonjolkan. Pertandingan lumba kereta tetapi wanita tak cukup kain yang memegang payung. Filem seram tetapi aksi mandi basah yang kamera fokuskan. Berumahtangga tetapi isteri dijadikan sasaran dera dan melepas geram. Maruah wanita lebih murah dari barangan di pasar malam. Wanita membiarkan diri, tubuh dan maruah dieksploit oleh mereka yang tiada taqwa. Salah siapa?
Islam tidak menunggu Hari Wanita untuk berbicara tentang wanita. Al-Quran dan hadis membicarakan wanita sepanjang masa. Surah an-Nisa’, an-Nur, at-Talaq dan lain-lain menggambarkan keprihatinan Islam terhadap martabat wanita. Perjuangan menegakkan Islam dalam bentuknya yang syumul termasuklah keinginan memartabatkan wanita dengan ertikata sebenar, bukan dalam bidang pendidikan, kerjaya, sains dan teknologi sahaja.

No comments:
Post a Comment