04 August 2011

CUEPACS

Laporan akhbar bahawa 8,196 kakitangan awam tidak hadir bertugas dikenakan hukuman pada 1 Julai baru-baru ini seharusnya mendapat perhatian tertinggi CUEPACS.

CUEPACS juga wajar meminta penjawat awam agar menepati masa kerja mereka, memberikan khidmat dengan senyuman, tidak berehat melebihi masa, menyiapkan segala tugasan, tidak balik awal, tidak menyalahgunakan khidmat Internet di pejabat, malah tidak menggunakan masa kerja untuk berniaga. Belum pernah saya dengar CUEPACS memperjuangkan hal-hal sebegini.

No comments:

Post a Comment