13 November 2010

GUNUNG MERAPI DI JAWA TENGAH.....

Gunung Merapi adalah sebuah gunung berapi di Jawa Tengah, Indonesia.



Ia merupakan gunung berapi yang paling aktif di Indonesia dan telah meletus sebanyak 68 kali semenjak 1548.




dan baru-baru ini telah meletus lagi.....




mengeluarkan isi dalamnya yang tersimpan tanpa berlengah



asap,debu dan pasir panas......



yang merosakan harta benda






dan nyawa-nyawa....




terdahsyat




bumi sudah mnengeluarkan asapnya.....maka apa yg semakin menghampiri kita...?

USM....




USM telah ditubuhkan pada 1969 sebagai "Universiti Pulau Pinang" dan merupakan universiti kedua di Malaysia. Kampus Kesihatan mula beroperasi sebagai Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian pada Ogos 1983, manakala Kampus Kejuruteraan berpindah ke Tronoh, Perak sebelum ke Nibong Tebal pada 1997.


Kampus utamanya terletak di Minden, Pulau Pinang. Terdapat dua kampus lain iaitu Kampus Kejuruteraan di Nibong Tebal, Seberang Perai dan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan. Selain itu, USM bakal membuka kampus baru di Uttar Pradesh, India bagi kursus sains perubatan. USM mempunyai jumlah pelajar sekitar 29,789 orang pada 2006.


soalannya :


So knape kah USM ini sanggup dipindahkan untuk digantikan dengan UTP (Universiti Teknologi Petronas ) di tronoh, perak ?

AMERIKA DITATANG, ISLAM DITENTANG!

Setelah menangguhkan lawatannya sebanyak dua kali, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama akhirnya tiba jua ke Indonesia pada 9 November lepas. Sebelum kedatangannya, Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) telah melancarkan kempen besar-besaran untuk menolak kehadiran presiden negara penjajah itu.

HTI telah menyelenggarakan perhimpunan ulama di kota-kota utama di Indonesia di mana ribuan ulama telah bersepakat untuk menolak kehadiran Obama kerana ia bertentangan dengan Islam. “Obama adalah presiden negara kafir muharibah fi’lan (negara yang sedang berperang dengan umat Islam) dan tidak layak diterima sebagai tetamu”, demikian ujar Ustaz Ismail Yusanto, jurucakap rasmi HTI.

Kemuncak kepada usaha untuk menekan presiden Susilo Bambang Yudhoyono agar tidak menerima kehadiran rakan sejawatnya dari AS itu adalah demonstrasi besar-besaran yang dilakukan oleh HTI pada 7 November

Di Malaysia, lebih kurang seminggu sebelumnya, Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton telah melakukan lawatan ke sini.

Sungguh aneh dengan lawatan Hillary ke Malaysia kerana akhbar-akhbar utama seperti menyembunyikan tarikh tepat lawatannya. Laporan rasmi akhbar hanya menyebut bahawa Hillary ‘akan melawat’ Malaysia dan dalam jadualnya akan menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertemuan Hillary-Anwar juga adalah suatu yang janggal kerana biasanya lawatan rasmi seseorang wakil negara hanyalah untuk berjumpa dengan ketua negara yang dilawati. Namun, hal ini dapat difahami kerana Anwar sememangnya ada hubungan rapat dengan AS. Namun apabila tiba di Malaysia, Hillary tiba-tiba membatalkan pertemuannya dengan Anwar tanpa sebab. Walaupun sekali pandang hal ini seolah-olah perkara biasa sahaja, namun bagi mereka yang celik politik tentunya dapat membaca bahawa parti pembangkang Malaysia sebenarnya telah terperangkap dengan kelicikan Hillary.

Dengan tidak menghebahkan tarikh tepat kedatangannya dan dengan ‘mengisytiharkan’ jadualnya untuk bertemu Anwar, ternyata Hillary telah berjaya mengelak ‘protes’ dari umat Islam di Malaysia pada lawatannya ini. Harapan kita untuk menyaksikan parti Islam terbesar Malaysia mengadakan demonstrasi besar-besaran menolak Hillary (sebagaimana lawatan Condoleeza Rice dahulu), tidak kesampaian, hanya kerana kelicikan Hillary yang mengatakan ingin bertemu dengan Anwar selaku ketua kepada pakatan pembangkang.

Walaupun kita yakin bahawa sebahagian besar umat Islam menolak kehadiran pemimpin penjajah kuffar di negara ini, namun nampaknya kerajaan Malaysia (dan Indonesia) telah berjaya membawa mereka ke sini! Malah para menteri begitu bangga dengan lawatan musuh Allah ini dan menyifatkannya sebagai penambahbaikan hubungan dua hala dengan negara super power itu.

Begitulah hinanya para pemimpin umat Islam sekarang yang tanpa segan silu dan tanpa merasa bersalah sedikit pun, malah sebaliknya berbangga menyambut kedatangan ketua teroris dan syaitan besar ke negara ini. Pemimpin umat Islam ini sudah buta mata hatinya sehingga sanggup berbaik dengan AS yang sudah terang lagi bersuluh merupakan musuh Allah yang wajib diperangi.

Para pemimpin ini sebaliknya memuja dan menatang AS umpama menatang minyak yang penuh, manakala hukum Islam mengenai jihad ditentang habis-habisan dan umat Islam yang ingin menegakkan Islam dilabel sebagai teroris ataupun ekstremis.

Inilah hakikatnya dengan pemimpin umat Islam, sebagaimana diucap sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang menggesa golongan sederhana (moderat) supaya bersatu bergerak secara jemaah untuk menghalang mana-mana kumpulan ekstremis baik di dalam atau di luar negara.

Beliau berkata, sepanjang sejarah, agama Islam tidak pernah dibina atau disebarkan melalui tindakan agresif, kekerasan atau terorisme. “Jika pendapat itu diterima, secara tidak langsung kita terpengaruh dengan dakyah bahawa Islam berkembang melalui perang dan pedang seperti juga penipuan fakta yang didakwa golongan ekstremis ini.

Sebaliknya, Islam tersebar luas ke seluruh dunia termasuk ke negara kita secara dakwah berasaskan sunah Rasulullah SAW seperti penampilan akhlak terpuji dan mulia, perasaan kasih sayang, hormat menghormati, integriti dan kesederhanaan,” katanya [UM 07/11/10].

10 November 2010

PAKEJ RIBA TERBAEK...

Pemerintah kita sememangnya jahat dan tidak takut akan azab Allah. Mereka begitu berani menerapkan sistem riba di dalam pemerintahan negara, malah mereka dengan bersungguh-sungguh mempertahankan kewujudan sistem kufur ini.

Begitu juga dengan para Kapitalis dan mereka yang bekerja di sektor perbankan sekarang yang berlumba-lumba menawarkan pakej riba yang terbaik untuk pelanggan, yang nampaknya langsung tidak menghiraukan azab Allah yang bakal menimpa mereka.


Walaupun riba telah dinyatakan haram secara qat’ie di dalam Al-Quran dan Al-Hadis, malah dengan ancaman neraka yang begitu nyata dari Allah, namun sungguh pelik kerana sebahagian besar dari umat Islam masih mempraktikkan riba.


Riba diamalkan dengan begitu berleluasa oleh umat Islam seolah-olah tiada apa-apa kesalahan langsung dengannya. Merajalelanya riba dalam sistem Jahiliyyah pada hari ini menyebabkan masyarakat sudah sebati dan terlalu lali dengannya, sehingga jika ada orang yang tidak mengamalkan riba, orang itulah yang dianggap asing, malah kadang-kadang orang itu dianggap sebagai ekstrem atau bodoh.

Selain kejahatan pemerintah sekular yang mengamal dan menghalalkan riba di dalam pemerintahan, sebab lain kenapa umat Islam terlalu mudah mempraktikkan riba adalah kerana adanya fatwa dari ulama’ su’ (buruk) dan dari golongan agamawan yang mementingkan dunia, bahawa riba itu halal sekiranya darurat.


Mereka dengan begitu mudah memfatwakan bahawa umat Islam sekarang berada dalam keadaan darurat di mana kita perlu memiliki rumah, kereta dan sebagainya manakala tidak ada cara lain (tidak ada pilihan) untuk mendapatkan semua itu kecuali dengan jalan riba. Maka hal ini diperbolehkan.


Mereka menambah bahawa seseorang itu tidak berdosa kerana pemerintahlah yang menanggung dosa dalam hal ini.

SERI PERDANA



Setiap kali tukar Perdana Menteri, berlaku pengubahsuaian.Bajet 2011 peruntukannya sebanyak RM65j



Seri Perdana di Putrajaya mula dibina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya.




Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005 yang menelan belanja hampir RM6 juta.





Tapi kenapa sampai RM65j....?


................
selamat beramal...

08 November 2010

NAKHEEL TOWER : kiamat dah dekat tapi masih nk buat tinggi2.....




Ia dikatakan mencecah tinggi 1400 meter.



Nakheel Tower dikatakan akan dibina pula di Dubai setelah mereka berjaya membina Burj Khalifa. Wah banyak sungguh duit pak arab ni.



nie la binaan-binaan yg mempercepatkan kiamat....




menara warisan kt dataran merdeka nnt camne plak.....? pasti lebih tggi kot.....hahahaha



Banyak tul diorg punye duit kertas.....



huhu.....

penemuan baru plg dahsyat nie.....3 = 1




Selalunya orang beli nescafe 3 in 1 mesti dalam pack dan lepas buka pack, plastiknya akan dibuang. Namun gambar di bawah menunjukkan nascafe 3 in 1 yang baru. Serbuknya diletakkan dalam bekas straw dan selepas dimasukkan serbuk berkenaan, straw boleh dijadikan sebagau pengacau bagi menggantikan sudu dan sebegai penyedut air. Ini bukan lagi 3 in 1, tapi 5 in 1.

07 November 2010

sediakan ssuatu b4 mati...



❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :1. Sedekah/amal jariahnya.2. Doa anak²nya yang soleh.3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


so cmne nk prepare 3 perkara kt atas tu.....? camni lah caranya :

1- jgn lupe sedekah...g masjid bg duit...duit syiling pun xpe....
2- nk anak yg soleh, kena la kwen dulu.....tu je
3- sampaikan lah ilmu wp 1 ayat....bkn ssh... ajar bnde baek kt org...suruh dia bt ulang2....msti dpt bonus berganda wp kte sudah mati......

igt bumi sudah mengeluarkan asap2..dulu di ireland...skrg di merapi indon plak...maka cepat lah kiamat..... prepared la cpt2 perkara di atas....