10 November 2010

PAKEJ RIBA TERBAEK...

Pemerintah kita sememangnya jahat dan tidak takut akan azab Allah. Mereka begitu berani menerapkan sistem riba di dalam pemerintahan negara, malah mereka dengan bersungguh-sungguh mempertahankan kewujudan sistem kufur ini.

Begitu juga dengan para Kapitalis dan mereka yang bekerja di sektor perbankan sekarang yang berlumba-lumba menawarkan pakej riba yang terbaik untuk pelanggan, yang nampaknya langsung tidak menghiraukan azab Allah yang bakal menimpa mereka.


Walaupun riba telah dinyatakan haram secara qat’ie di dalam Al-Quran dan Al-Hadis, malah dengan ancaman neraka yang begitu nyata dari Allah, namun sungguh pelik kerana sebahagian besar dari umat Islam masih mempraktikkan riba.


Riba diamalkan dengan begitu berleluasa oleh umat Islam seolah-olah tiada apa-apa kesalahan langsung dengannya. Merajalelanya riba dalam sistem Jahiliyyah pada hari ini menyebabkan masyarakat sudah sebati dan terlalu lali dengannya, sehingga jika ada orang yang tidak mengamalkan riba, orang itulah yang dianggap asing, malah kadang-kadang orang itu dianggap sebagai ekstrem atau bodoh.

Selain kejahatan pemerintah sekular yang mengamal dan menghalalkan riba di dalam pemerintahan, sebab lain kenapa umat Islam terlalu mudah mempraktikkan riba adalah kerana adanya fatwa dari ulama’ su’ (buruk) dan dari golongan agamawan yang mementingkan dunia, bahawa riba itu halal sekiranya darurat.


Mereka dengan begitu mudah memfatwakan bahawa umat Islam sekarang berada dalam keadaan darurat di mana kita perlu memiliki rumah, kereta dan sebagainya manakala tidak ada cara lain (tidak ada pilihan) untuk mendapatkan semua itu kecuali dengan jalan riba. Maka hal ini diperbolehkan.


Mereka menambah bahawa seseorang itu tidak berdosa kerana pemerintahlah yang menanggung dosa dalam hal ini.

No comments:

Post a Comment