Walaupun pemerintah mengetahui tarikh sambutan di negara lain berbeza dan terbukti mereka berdasarkan dalil dan nas yang jelas, namun pemerintah enggan mengikutinya walaupun perbezaan masa dengan negara lain itu tidak sampai pun 5 jam.
Mengapa hal ini terjadi? Ini sudah tentulah disebabkan perasaan ashobiyyah yang masih menebal dan mengongkongi sebahagian besar umat Islam terutamanya para pemimpin mereka.
Di manakah peranan para ulama negara ini? Mereka berdiam diri terhadap keputusan pemerintah yang dengan terang dan nyata telah melanggar hukum syara’? Adakah mereka takut kehilangan jawatan dan kekayaan? Mereka tidak berani menegur pemerintah kerana golongan ulama ini lebih suka mengambil jalan “lunak” apabila mereka berurusan dengan pemerintah sedangkan hakikatnya belum pasti mereka akan merasa “enak” apabila berhadapan dengan Allah SWT di hari pembalasan kelak.
Kesimpulannya, penentuan 'Eiduladha ditetapkan berdasarkan rukyatul hilal dan bukannya hisab. Rukyah yang diutamakan adalah rukyah dari penguasa Makkah. Kecuali jika penguasa Makkah tidak berhasil dalam melakukan rukyah, maka barulah dibuat rukyah di negeri-negeri yang lain. Wallahu a’lam.
Apakah kita masih mengharapkan pemerintah sekular hari ini akan berubah? Jawabnya mungkin ada yang sudah jelas tetapi apa yang belum jelas ialah bilakah langkah pertama menuju Khilafah itu akan diambil?
24 November 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment