30 November 2010
KAPITALISME IDEOLOGI TERAKHIR?
Setelah runtuhnya Komunisme, Kapitalisme merupakan satu-satunya ideologi yang masih berkuasa di dunia. Ketika itu tiada pesaing ideologi lain yang kelihatan akan muncul pada masa akan datang. Francis Fukuyama dengan yakin mengatakan bahawa Kapitalisme adalah penghujung evolusi ideologi manusia, atau bentuk sistem pemerintahan manusia yang terakhir, di mana beliau menggelarkannya sebagai ‘the end of history’ - tidak ada ideologi lain akan muncul setelah itu. Dengan tanggapan ini maka tamatlah peluang bagi ideologi lain untuk bangun semula. Namun hakikatnya, adalah terlalu awal bagi Fukuyama untuk berkesimpulan begitu. Sekiranya beliau menunggu beberapa dekad lagi mungkin beliau tidak akan membuat pernyataan yang memalukan itu.
Hari ini, kita boleh menyaksikan betapa umat manusia secara umumnya telah menolak ideologi Kapitalisme. Yang terbaru, kira-kira 20,000 penentang Bush dan APEC menunjuk perasaan di Seoul bagi membantah kehadiran pemimpin negara ekonomi terbesar itu. Mereka menentang globalisasi dan melihat APEC sebagai platform bagi meneruskan agenda Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja. Sebelum itu, 100 ketua kesatuan berkata, mereka akan membantah APEC dan kehadiran Bush. Malah di mana saja Bush berada, umat manusia akan mengadakan demonstrasi, memanifestasikan kebencian mereka terhadap polisi-polisi kapitalis Bush dan dunia Barat secara umum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment