21 November 2010

Kijang emas yg dulu...

Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu.




Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082.

Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.

KELUARBIASAAN HAMPIR DITERIMA.....

Untuk pengetahuan umum, AS masih lagi sebuah negara yang tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis. Namun lima negeri iaitu :

• Connecticut,
• Iowa,
• Massachusetts,
• New Hampshire,
• Vermont, dan
• Washington

telah mengiktiraf perkahwinan sejenis namun ia tidak diktiraf di peringkat kerajaan pusat.

Namun lima negeri ini berjaya menguatkuasakan undang-undang songsang itu ketika berada di bawah kerusi Demokrat.

Perjuangan kumpulan ini untuk menguatkuasa hak mereka ini sudah dilihat semakin berjaya namun masih agak terkebelakang dengan negara-negara di Eropah yang sudah menerima pakai undang-undang karut ini.

16 November 2010

apabila sekular lebih menguasai....

sistem majoriti dlm sekular adalah tidak diboleh kan




ini kerana...yg benar tetap tidak dapat ditegakkan jika majoriti bersekongkol memilih yg batil....

maka rujukan terhadap al-quran dan sunnah mesti lah di atas dan melebihi daripada pilihan yg dtg dari majoriti....

itu shj yg membolehkan kebenaran akan menaungi kita selepas ini.....

15 November 2010

penyelesaian yang merugikan.......

Seketika dahulu heboh mengenai remaja lepak, rempit, maka di kemukakan Program Rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang memberi projek segera kepada kroni





Kemudian, 'buat-buat bising' pula mengenai pencapaian lemah pelajar dalam Bahasa Inggeris, sehingga mngemukakan cadangan agar pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris.






Namun projek-projek tersebut akhirnya hanya merugikan wang rakyat namun tiada kesan besar yang boleh dibanggakan.

Dan sekarang pulak….

Mahu melaksanakan pendidikan seks bermula sekolah rendah pada tahun hadapan, KERANA mahu mengatasi masalah buang bayi.

Ia semacam lebih kepada orientasi perniagaan tanpa menyelesaikan puncanya…

Tindakan yg sepatutnya dibuat bagi mengawal gejala pembuangan bayi ialah dengan menyekat punca berlaku perzinaan seperti mengawal penyiaran televisyen, iklan, filem, majalah lucah yang menjadi penyumbang kepada gejala perzinaan.

Itu sahaja yg perlu di dulu kan…….bukannya terus mahu by-pass ke step yg lain

Lagi kajian tentang 95......




semenjak gunakan RON 95 ni..ade perbezaan sedikit tentang dia punye sifat meruap die... sebelum ni bile kite gunakan RON 97 .. bile kite buke tempat isi petrol kete kite.. bunyi "angin" aka gas die x begitu kuat berbanding RON 95 yang skang nih.. ape kaitan dengan mudah terbakar ialah... bile die cepat meruap, that means Volatile Organic Compound (Voc) die tinggi.. dan "flash point" (titik suhu dimana suatu bahan boleh terbakar) jadi rendah.. dalam pendek kata... lebih mudah terbakar la kalu dah achieve suhu yang sesuai..tp ,sy x pasti la mende ni yang menyebabkan kebakaran enjin kenderaan... kalau nak katekan model kereta kite yang terbaru... xbole jgk coz byk kali jgk sy tgk ade kete yang model lame turut terbakar.. sedangkan dulu jarang wujud kes kes seperti ini.. ok...

kalu RON95 punye komposisi VOC tinggi dan "flash point" die rendah.. antara kesan yang mungkin adalah... lebih mudah terbakar, cecair RON95 mudah jadi gas, minyak cepat abis... tp dari segi enjin, mungkin lebih ok sebab x byk rangkaian Carbon yg complex yg akhirnye boleh sebabkan jelaga pada enjin... kalu tgk minyak ptronas PRIMAX atau shell V-power..ptrol ni dikatakan dapat memberikan kuasa pecutan kepada enijn... dan disamping itu jgk..minyak ni kalu kite isi... akan cepat abis..

SO kesimpulan awal..kemungkinan minyak ini mmpunyai kandungan VOC yg tinggi.. dan mudah meruap.. srta terbakar... ade beberapa jgk pemerhatian sy la... antara PTRONAS / shell / bhp / etc... sy nampak minyak petronas lebih banyak mengeluarkan gas bile kite buka penutup ptrol kete kite.. jd untuk langkah berhati2...pakai la shell / yg len...




P/S : Kalau buat kaji tentang pompuan lagi bagus..tlg kaji apasal hati pompuan cepat terbakar dan titik2 melenting dia tak sama. Apsal separuh awek tu "flash point" dia rendah sgt... susah arr nak couple2....

RON 95 Mampu bawa anda lebih jauh hingga ke alam lain....dgn setiap titisan...

So far belum ada engineering prove yang mengatakan RON95 menyebabkan kebakaran kereta. Insiden kebarkan kereta ni sebelum wujud RON95 di Malaysia lagi sudah berlaku khususnya bagi kereta continental yang banyak modifikasi pendawaian.

Nasihat percuma saya, kepada pemain kereta continental, khususnya yang masih menggunakan sistem standard, elakkan hantar kereta kepada bengkel yang tak mahir buat pendawaian profesional. Especially dalam bab penambahan accessories. Selalunya kedai accessories banyak membuat pendawaian yang tak senonoh dan menggunakan kabel yang tak sesuai.

Sistem continental car sejak dulu lagi sangat complicated dan sistematik. Salah penggunaan kabel pun boleh menyebabkan kebakaran. Contohnya BMW 525 hampir terbakar bila bengkel yang menukar altenator mengantikan kabel rosak dengan kabel baru yang lebih kecil tanpa pengetahuan .

So, jangan cuba jadi engineer atau yakin dengan orang kedai yang cakap macam engineer. Sebab itu juga tidak hairan ramai orang cina berhabis wang membuat sistem audio kereta hingga berpuluh ribu malah mempunyai bateri khas untuk sistem audio mereka. Sebab mereka tahu bahaya modifikasi kepada nyawa dan harta mereka.

Ini adalah rating tidak rasmi

Dalam isu minyak mana yang paling bagus:

1- Techron - Caltex
2-Primax - Petronas
3- Infinity - BHP
4- V Power - Shell
5- Synergy - Esso/Mobil

Kebanyakan kereta continental, lebih mesra dengan minyak berikut

1- Synergy - Esso/Mobil
2- V Power - Shell
3- Techron - Caltex
4- Primax - Petronas
5- Infinity -BHP

Kebanyakan kereta tempatan dan Jepun mesra dengan minyak berikut

1- Primax - Petronas
2- Techron - Caltex
3- Infinity - BHP
4 - V power - Shell
5- Synergy - Esso/Mobil

Dari segi penjimatan

1- Primax - Petronas
2-Infinity - BHP
3 Techron - Caltex
4 Synergy -Esso/Mobil
5 V Power - Shell

14 November 2010