24 November 2010

Propaganda Secara Terancang

1. Memberikan Label Negatif -Sebagai contoh, Saddam Hussain diberi gelaran ‘Pengganas dari Baghdad’. Selama Perang Teluk II, media massa AS menyebut Presiden Iraq ini dengan sebutan ‘Binatang Buas’ (Mary McGroriy, Washington Post, 7/8/90) atau ‘Monster’ (Newsweek, 20/8/90).

2. Istilah Palsu -Istilah ‘dunia bebas’, ‘dunia beradab’, atau ‘dunia yang makmur’ adalah pandangan umum yang paling disukai oleh Barat untuk mendukung idea kapitalismenya.

3. Persepsi Songsang-Misalnya Khilafah Islamiyah atau negara Islam diberi istilah yang negatif sebagai ‘negara zaman batu’, ‘sistem abad kegelapan’, ‘dunia jumud dan tidak beradab’, ‘sistem uthopia’, ‘sistem penuh darah’, serta gelaran-gelaran negatif lainnya.

4. ‘Menggunakan Tokoh Tempatan’. -Setiap penyebar propaganda sedar bahawa bukan mudah untuk menyebarkan propagandanya kepada rakyat sesebuah negara jika mereka melihatnya sebagai ’orang asing’. Kerana itu, mereka berusaha untuk menyamarkan diri sehingga boleh meniru nilai dan gaya hidup kelompok sasaran (rakyat)

5. Memanfaatkan Pakar Rujuk - Contohnya, penyebar propaganda menggunakan sumber/individu yang diberi gelaran ‘pakar’, ‘ahli’, ‘ilmuan’, ‘yang berpengalaman’, atau ‘saksi langsung’ untuk menambah keyakinan para pendengarnya.

6. Menyembunyikan Fakta - Hampir semua propaganda biasanya menggunakan fakta terpilih; walaupun ia benar, namun ia tidak menggambarkan keadaan sebenar. Di dalam kaedah ini, penyiar propaganda menggunakan ‘fakta-fakta’ yang diperlukan saja untuk membuktikan tujuan yang telah ditetapkan terlebih dulu.

7. Mengikut Suara Majoriti - Propaganda AS dan sekutunya selalu menggunakan ungkapan ‘masyarakat antarabangsa’,Padahal kebenaran sesuatu itu tidak boleh berdasarkan kepada pandangan majoriti tetapi berdasarkan hujah dan dalil.

8. Kambing Hitam - ropaganda kapitalis seringkali menuduh pengganas sebagai menggugat kemakmuran dunia, mereka dikatakan menjadi punca kepada kemelaratan dan kemiskinan, dan mengancam kebebasan dunia dan demokrasi. Padahal semua kerosakkan itu adalah akibat daripada penerapan sistem kapitalisme itu sendiri.

9. Peranan Media Massa - Hubungankait di antara propaganda, media massa dan para intelektual adalah suatu kemestian. Kerajaan AS juga memanfaatkan bidang kewartawanan di dalam melakukan kerja-kerja perisikan. Disebabkan itulah ia melantik agen-agennya daripada kalangan wartawan.

10.Para Intelektual Pengkhianat - Kaum intelektual Islam juga digunakan sebagai alat propaganda AS, samada mereka sedar maupun tidak. Di sinilah muslihat sifat pemurah AS di dalam memberikan biasiswa kepada para pelajar daripada seluruh dunia. Tidak ketinggalan para intelektual pengkhianat yang terdiri daripada pembawa idea liberalisme yang ingin menghancurkan aqidah umat dan syariat Islam.

OK14


KENAPA BERBEZA EIDUL ADHA.....?

Walaupun pemerintah mengetahui tarikh sambutan di negara lain berbeza dan terbukti mereka berdasarkan dalil dan nas yang jelas, namun pemerintah enggan mengikutinya walaupun perbezaan masa dengan negara lain itu tidak sampai pun 5 jam.

Mengapa hal ini terjadi? Ini sudah tentulah disebabkan perasaan ashobiyyah yang masih menebal dan mengongkongi sebahagian besar umat Islam terutamanya para pemimpin mereka.


Di manakah peranan para ulama negara ini? Mereka berdiam diri terhadap keputusan pemerintah yang dengan terang dan nyata telah melanggar hukum syara’? Adakah mereka takut kehilangan jawatan dan kekayaan? Mereka tidak berani menegur pemerintah kerana golongan ulama ini lebih suka mengambil jalan “lunak” apabila mereka berurusan dengan pemerintah sedangkan hakikatnya belum pasti mereka akan merasa “enak” apabila berhadapan dengan Allah SWT di hari pembalasan kelak.

Kesimpulannya, penentuan 'Eiduladha ditetapkan berdasarkan rukyatul hilal dan bukannya hisab. Rukyah yang diutamakan adalah rukyah dari penguasa Makkah. Kecuali jika penguasa Makkah tidak berhasil dalam melakukan rukyah, maka barulah dibuat rukyah di negeri-negeri yang lain. Wallahu a’lam.


Apakah kita masih mengharapkan pemerintah sekular hari ini akan berubah? Jawabnya mungkin ada yang sudah jelas tetapi apa yang belum jelas ialah bilakah langkah pertama menuju Khilafah itu akan diambil?

23 November 2010

nk menangkap pencuri, perlu jadi pencuri....




KUALA LUMPUR - Polis telah mewujudkan makmal kasino atau mock casino yang didirikan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras di sini bagi melatih pegawai dan anggotanya supaya menjadi pakar dalam menangani jenayah perjudian. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, mock casino tersebut didirikan dengan peruntukan RM198,000 manakala peralatan dan kelengkapan perjudian bernilai RM110,000 disumbangkan oleh Genting Malaysia Berhad. Menurut beliau, penubuhan makmal yang mirip kasino sebenar itu yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan perjudian seperti roullette, mesin slot dan cip bertujuan melatih pegawai JSJ menjadi pakar dalam judi. "Ibarat untuk menangkap pencuri, perlu jadi pencuri," ujar Ismail.

Kata Ismail, sejak tahun 2000 sehingga 2009, seramai 318 pegawai telah dihantar menjalani kursus di makmal tersebut dan mereka telah diiktiraf sebagai pakar judi. Ismail berkata demikian di Maktab PDRM ketika beliau memperkenalkan tiga inisiatif baru PDRM bagi memperkasakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam penyiasatan dan membanteras kegiatan jenayah. Selain mock casino, dua lagi inisiatif baru yang diumumkan oleh Ismail ialah penerbitan buku manual Prosedur Operasi Standard (SOP) siasatan jenayah berat dan laman Portal JSJ Update.

Sumber: Kosmo 20/11/10

21 November 2010

Kijang emas yg dulu...

Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu.




Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082.

Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.

KELUARBIASAAN HAMPIR DITERIMA.....

Untuk pengetahuan umum, AS masih lagi sebuah negara yang tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis. Namun lima negeri iaitu :

• Connecticut,
• Iowa,
• Massachusetts,
• New Hampshire,
• Vermont, dan
• Washington

telah mengiktiraf perkahwinan sejenis namun ia tidak diktiraf di peringkat kerajaan pusat.

Namun lima negeri ini berjaya menguatkuasakan undang-undang songsang itu ketika berada di bawah kerusi Demokrat.

Perjuangan kumpulan ini untuk menguatkuasa hak mereka ini sudah dilihat semakin berjaya namun masih agak terkebelakang dengan negara-negara di Eropah yang sudah menerima pakai undang-undang karut ini.

16 November 2010

apabila sekular lebih menguasai....

sistem majoriti dlm sekular adalah tidak diboleh kan




ini kerana...yg benar tetap tidak dapat ditegakkan jika majoriti bersekongkol memilih yg batil....

maka rujukan terhadap al-quran dan sunnah mesti lah di atas dan melebihi daripada pilihan yg dtg dari majoriti....

itu shj yg membolehkan kebenaran akan menaungi kita selepas ini.....

15 November 2010

penyelesaian yang merugikan.......

Seketika dahulu heboh mengenai remaja lepak, rempit, maka di kemukakan Program Rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang memberi projek segera kepada kroni





Kemudian, 'buat-buat bising' pula mengenai pencapaian lemah pelajar dalam Bahasa Inggeris, sehingga mngemukakan cadangan agar pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris.






Namun projek-projek tersebut akhirnya hanya merugikan wang rakyat namun tiada kesan besar yang boleh dibanggakan.

Dan sekarang pulak….

Mahu melaksanakan pendidikan seks bermula sekolah rendah pada tahun hadapan, KERANA mahu mengatasi masalah buang bayi.

Ia semacam lebih kepada orientasi perniagaan tanpa menyelesaikan puncanya…

Tindakan yg sepatutnya dibuat bagi mengawal gejala pembuangan bayi ialah dengan menyekat punca berlaku perzinaan seperti mengawal penyiaran televisyen, iklan, filem, majalah lucah yang menjadi penyumbang kepada gejala perzinaan.

Itu sahaja yg perlu di dulu kan…….bukannya terus mahu by-pass ke step yg lain