06 December 2010

03 December 2010

tren terpantas.... 486 KMJ




A Chinese passenger train hit a record speed of 302 miles per hour (486 kilometers per hour) Friday during a test run of a yet-to-be opened link between Beijing and Shanghai



China already has the world's longest high-speed rail network, and it plans to cover 8,125 miles (13,000 kilometers) by 2012 and 10,000 miles (16,000 kilometers) by 2020.

30 November 2010

KAPITALISME IDEOLOGI TERAKHIR?


Setelah runtuhnya Komunisme, Kapitalisme merupakan satu-satunya ideologi yang masih berkuasa di dunia. Ketika itu tiada pesaing ideologi lain yang kelihatan akan muncul pada masa akan datang. Francis Fukuyama dengan yakin mengatakan bahawa Kapitalisme adalah penghujung evolusi ideologi manusia, atau bentuk sistem pemerintahan manusia yang terakhir, di mana beliau menggelarkannya sebagai ‘the end of history’ - tidak ada ideologi lain akan muncul setelah itu. Dengan tanggapan ini maka tamatlah peluang bagi ideologi lain untuk bangun semula. Namun hakikatnya, adalah terlalu awal bagi Fukuyama untuk berkesimpulan begitu. Sekiranya beliau menunggu beberapa dekad lagi mungkin beliau tidak akan membuat pernyataan yang memalukan itu.


Hari ini, kita boleh menyaksikan betapa umat manusia secara umumnya telah menolak ideologi Kapitalisme. Yang terbaru, kira-kira 20,000 penentang Bush dan APEC menunjuk perasaan di Seoul bagi membantah kehadiran pemimpin negara ekonomi terbesar itu. Mereka menentang globalisasi dan melihat APEC sebagai platform bagi meneruskan agenda Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja. Sebelum itu, 100 ketua kesatuan berkata, mereka akan membantah APEC dan kehadiran Bush. Malah di mana saja Bush berada, umat manusia akan mengadakan demonstrasi, memanifestasikan kebencian mereka terhadap polisi-polisi kapitalis Bush dan dunia Barat secara umum.


Air sWasta.....best giler....

Empat konsesi air di Selangor, tiga yang merawat, satu yang mengagih. Puncak Niaga, Splash dan Abbas yang mengagih dan Syabas yang merawat air manakala empat konsesi ini menanggung hutang RM6.4 bilion.

Kerajaan plak terpaksa sama ada membayar pampasan dan subsidi dengan mengorbankan wang rakyat untuk mengelak kenaikan tidak berguna ini utk rakyatnya...

ade ke patut...?

so better hentikan penswastaan...air adalah hak umat...TIDAK BOLEH diniagakan dgn tujuan peroleh untung....malah sumbernya wajib dikembalikn kepada umat.....


P/S :selain air, pendidikan, lebuhraya dan petroleum juga xleh diperniagakan yg berasaskan keuntungan

29 November 2010

Mari Belajar: Bagaimana kapal selam beroperasi?




Bergerak di bawah permukaan air, kenderaan yang dikenali sebagai kapal selam biasanya digunakan untuk tujuan ketenteraan atau kajian yang melibatkan aktiviti sains laut.

Boleh dkatakan banyak negara yang mempunyai angkatan tentera laut pasti akan menggunakan perkhidmatan kapal selam dalam operasi ketenteraan mereka.

Rekaan kapal selam yang berbentuk cerut mengambil idea daripada badan ikan paus. Ia berfungsi mengurangkan geseran air dan badan kapal selam untuk membenarkannya bergerak dengan lebih pantas.

Kapal selam moden yang mempunyai sokongan kuasa reaktor nuklear membolehkannya kekal berada di bawah permukaan air hampir sepenuh masa dan timbul hanya apabila diperlukan.

Menara pada bahagian atas kapal selam dilengkapi dengan pelbagai peralatan seperti periskop dan layar elektronik termasuk radio, radar dan pelbagai sistem sokongan lain.

Kapal selam moden menggunakan teknologi pemanduan terbantu menerusi sokongan alat sistem penentu kedudukan global

Pengendalian kenderaan tersebut biasanya mengaplikasikan sistem radio secara senyap untuk mengelakkannya daripada dikesan ketika bergerak.


Sudah faham semua?

Sekarang tiba masa menjawab soalan.

1- Apakah nama kapal selam yang tidak boleh menyelam?

2- Negara manakah yang memiliki kapal jenis tidak menyelam itu?

3- Siapakah yang buat keputusan beli kapal selam itu?

4- Kenapakah dia beli kapal selam itu?

5- Untungkah negara yang memiliki kapal selam tersebut?

27 November 2010

DUBAI

bermula dengan hanya padang pasir....




muncul menjadi tempat manusia mendiami......





sehingga wujud binaan tertinggi di sini....





dan menjadi sebuah bandaraya mega antara terbesar di bumi...





namun tak mustahil tamadun ini akan hancur hanya dalam SATU MALAM saja...

tunggu la....


......................

24 November 2010

Propaganda Secara Terancang

1. Memberikan Label Negatif -Sebagai contoh, Saddam Hussain diberi gelaran ‘Pengganas dari Baghdad’. Selama Perang Teluk II, media massa AS menyebut Presiden Iraq ini dengan sebutan ‘Binatang Buas’ (Mary McGroriy, Washington Post, 7/8/90) atau ‘Monster’ (Newsweek, 20/8/90).

2. Istilah Palsu -Istilah ‘dunia bebas’, ‘dunia beradab’, atau ‘dunia yang makmur’ adalah pandangan umum yang paling disukai oleh Barat untuk mendukung idea kapitalismenya.

3. Persepsi Songsang-Misalnya Khilafah Islamiyah atau negara Islam diberi istilah yang negatif sebagai ‘negara zaman batu’, ‘sistem abad kegelapan’, ‘dunia jumud dan tidak beradab’, ‘sistem uthopia’, ‘sistem penuh darah’, serta gelaran-gelaran negatif lainnya.

4. ‘Menggunakan Tokoh Tempatan’. -Setiap penyebar propaganda sedar bahawa bukan mudah untuk menyebarkan propagandanya kepada rakyat sesebuah negara jika mereka melihatnya sebagai ’orang asing’. Kerana itu, mereka berusaha untuk menyamarkan diri sehingga boleh meniru nilai dan gaya hidup kelompok sasaran (rakyat)

5. Memanfaatkan Pakar Rujuk - Contohnya, penyebar propaganda menggunakan sumber/individu yang diberi gelaran ‘pakar’, ‘ahli’, ‘ilmuan’, ‘yang berpengalaman’, atau ‘saksi langsung’ untuk menambah keyakinan para pendengarnya.

6. Menyembunyikan Fakta - Hampir semua propaganda biasanya menggunakan fakta terpilih; walaupun ia benar, namun ia tidak menggambarkan keadaan sebenar. Di dalam kaedah ini, penyiar propaganda menggunakan ‘fakta-fakta’ yang diperlukan saja untuk membuktikan tujuan yang telah ditetapkan terlebih dulu.

7. Mengikut Suara Majoriti - Propaganda AS dan sekutunya selalu menggunakan ungkapan ‘masyarakat antarabangsa’,Padahal kebenaran sesuatu itu tidak boleh berdasarkan kepada pandangan majoriti tetapi berdasarkan hujah dan dalil.

8. Kambing Hitam - ropaganda kapitalis seringkali menuduh pengganas sebagai menggugat kemakmuran dunia, mereka dikatakan menjadi punca kepada kemelaratan dan kemiskinan, dan mengancam kebebasan dunia dan demokrasi. Padahal semua kerosakkan itu adalah akibat daripada penerapan sistem kapitalisme itu sendiri.

9. Peranan Media Massa - Hubungankait di antara propaganda, media massa dan para intelektual adalah suatu kemestian. Kerajaan AS juga memanfaatkan bidang kewartawanan di dalam melakukan kerja-kerja perisikan. Disebabkan itulah ia melantik agen-agennya daripada kalangan wartawan.

10.Para Intelektual Pengkhianat - Kaum intelektual Islam juga digunakan sebagai alat propaganda AS, samada mereka sedar maupun tidak. Di sinilah muslihat sifat pemurah AS di dalam memberikan biasiswa kepada para pelajar daripada seluruh dunia. Tidak ketinggalan para intelektual pengkhianat yang terdiri daripada pembawa idea liberalisme yang ingin menghancurkan aqidah umat dan syariat Islam.

OK14