Melaka makin 'kreatif' dan 'canggih'
Anugerah gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan. Kalau tak silap lokasi kampung filem yang dibina di kawasan Melaka Pindah kini setaraf dengan Bollywood dan kurang sedikit dari Hollywood hasil sumbangan Shah Rukh Khan yang mendapat gelaran Datuk.Filem lakonan Shah Rukh Khan di Melaka khabarnya telah mencapai Box office dan masuk senarai pecah panggung.
Roda Eye On Malaysia yang dibawa ke Melaka kini menjadi antara besi buruk yang termahal di dunia hasil kebijaksanaan Melaka diurus.
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka yang dinaik taraf di Batu Berendam yang menelan kos lebih RM 120 juta kini pula menjadi antara lapangan terbang yang paling sibuk di dunia sebagai tempat persinggahan burung-burung dan unggas.
Sekolah Murid Mengandung pula hampir menjadi kenyataan di daerah Jasin Melaka. Sudahkan nama- nama bakal pengetua di situ telah disenarai pendek...?
Manakala budak-budak perempuan bawah umur di Melaka sehari dua ini melompat gembira kerana dikahwinkan mereka secara percuma. Maka selepas ini mengeluh lah cikgu di sekolah kerana ramai anak murid ambil cuti dua bulan.
Melaka di sini segalanya bermula, apa yang tak ada di Malaysia semua ada di Melaka!
penyelesaian dangkal...langsung tak mahu merujuk / mengunapakai hukum Allah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment