06 August 2010

PENGALAMAN

Bila tarikh pilihanraya umum ke-13 akan diadakan? Perkara ini terus menjadi teka teki dalam persekitaran politik negara hari ini. Kuasa membubarkan Parlimen dan DUN ada di tangan Perdana Menteri dan Menteri Besar/Ketua Menteri. Malah kuasa Sultan dan Yang Dipertua Negeri tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja.


Pengalaman sebelum ini telah berlaku. Yang terbaru adalah keengganan Sultan Perak membubarkan DUN selepas pilihanraya umum ke-12 lalu, bila Menteri Besar Perak ketika itu, Ir Nizar Jamaluddin memohon perkenan membubarkan DUN bila 3 ADUN Pakatan Rakyat mengistiharkan diri menjadi ADUN bebas.


Begitu juga dengan kemelut politik Sabah pada tahun 1994, apabila Pairin Kitingan memohon membubarkan DUN sekali lagi setelah beberapa ADUN Parti Bersatu Sabah (PBS) melompat menyebabkan kerajaannya yang baru dibentuk menjadi minoriti di DUN Sabah.

No comments:

Post a Comment