15 November 2010

Lagi kajian tentang 95......




semenjak gunakan RON 95 ni..ade perbezaan sedikit tentang dia punye sifat meruap die... sebelum ni bile kite gunakan RON 97 .. bile kite buke tempat isi petrol kete kite.. bunyi "angin" aka gas die x begitu kuat berbanding RON 95 yang skang nih.. ape kaitan dengan mudah terbakar ialah... bile die cepat meruap, that means Volatile Organic Compound (Voc) die tinggi.. dan "flash point" (titik suhu dimana suatu bahan boleh terbakar) jadi rendah.. dalam pendek kata... lebih mudah terbakar la kalu dah achieve suhu yang sesuai..tp ,sy x pasti la mende ni yang menyebabkan kebakaran enjin kenderaan... kalau nak katekan model kereta kite yang terbaru... xbole jgk coz byk kali jgk sy tgk ade kete yang model lame turut terbakar.. sedangkan dulu jarang wujud kes kes seperti ini.. ok...

kalu RON95 punye komposisi VOC tinggi dan "flash point" die rendah.. antara kesan yang mungkin adalah... lebih mudah terbakar, cecair RON95 mudah jadi gas, minyak cepat abis... tp dari segi enjin, mungkin lebih ok sebab x byk rangkaian Carbon yg complex yg akhirnye boleh sebabkan jelaga pada enjin... kalu tgk minyak ptronas PRIMAX atau shell V-power..ptrol ni dikatakan dapat memberikan kuasa pecutan kepada enijn... dan disamping itu jgk..minyak ni kalu kite isi... akan cepat abis..

SO kesimpulan awal..kemungkinan minyak ini mmpunyai kandungan VOC yg tinggi.. dan mudah meruap.. srta terbakar... ade beberapa jgk pemerhatian sy la... antara PTRONAS / shell / bhp / etc... sy nampak minyak petronas lebih banyak mengeluarkan gas bile kite buka penutup ptrol kete kite.. jd untuk langkah berhati2...pakai la shell / yg len...




P/S : Kalau buat kaji tentang pompuan lagi bagus..tlg kaji apasal hati pompuan cepat terbakar dan titik2 melenting dia tak sama. Apsal separuh awek tu "flash point" dia rendah sgt... susah arr nak couple2....

RON 95 Mampu bawa anda lebih jauh hingga ke alam lain....dgn setiap titisan...

So far belum ada engineering prove yang mengatakan RON95 menyebabkan kebakaran kereta. Insiden kebarkan kereta ni sebelum wujud RON95 di Malaysia lagi sudah berlaku khususnya bagi kereta continental yang banyak modifikasi pendawaian.

Nasihat percuma saya, kepada pemain kereta continental, khususnya yang masih menggunakan sistem standard, elakkan hantar kereta kepada bengkel yang tak mahir buat pendawaian profesional. Especially dalam bab penambahan accessories. Selalunya kedai accessories banyak membuat pendawaian yang tak senonoh dan menggunakan kabel yang tak sesuai.

Sistem continental car sejak dulu lagi sangat complicated dan sistematik. Salah penggunaan kabel pun boleh menyebabkan kebakaran. Contohnya BMW 525 hampir terbakar bila bengkel yang menukar altenator mengantikan kabel rosak dengan kabel baru yang lebih kecil tanpa pengetahuan .

So, jangan cuba jadi engineer atau yakin dengan orang kedai yang cakap macam engineer. Sebab itu juga tidak hairan ramai orang cina berhabis wang membuat sistem audio kereta hingga berpuluh ribu malah mempunyai bateri khas untuk sistem audio mereka. Sebab mereka tahu bahaya modifikasi kepada nyawa dan harta mereka.

Ini adalah rating tidak rasmi

Dalam isu minyak mana yang paling bagus:

1- Techron - Caltex
2-Primax - Petronas
3- Infinity - BHP
4- V Power - Shell
5- Synergy - Esso/Mobil

Kebanyakan kereta continental, lebih mesra dengan minyak berikut

1- Synergy - Esso/Mobil
2- V Power - Shell
3- Techron - Caltex
4- Primax - Petronas
5- Infinity -BHP

Kebanyakan kereta tempatan dan Jepun mesra dengan minyak berikut

1- Primax - Petronas
2- Techron - Caltex
3- Infinity - BHP
4 - V power - Shell
5- Synergy - Esso/Mobil

Dari segi penjimatan

1- Primax - Petronas
2-Infinity - BHP
3 Techron - Caltex
4 Synergy -Esso/Mobil
5 V Power - Shell

14 November 2010

13 November 2010

GUNUNG MERAPI DI JAWA TENGAH.....

Gunung Merapi adalah sebuah gunung berapi di Jawa Tengah, Indonesia.



Ia merupakan gunung berapi yang paling aktif di Indonesia dan telah meletus sebanyak 68 kali semenjak 1548.




dan baru-baru ini telah meletus lagi.....




mengeluarkan isi dalamnya yang tersimpan tanpa berlengah



asap,debu dan pasir panas......



yang merosakan harta benda






dan nyawa-nyawa....




terdahsyat




bumi sudah mnengeluarkan asapnya.....maka apa yg semakin menghampiri kita...?

USM....




USM telah ditubuhkan pada 1969 sebagai "Universiti Pulau Pinang" dan merupakan universiti kedua di Malaysia. Kampus Kesihatan mula beroperasi sebagai Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian pada Ogos 1983, manakala Kampus Kejuruteraan berpindah ke Tronoh, Perak sebelum ke Nibong Tebal pada 1997.


Kampus utamanya terletak di Minden, Pulau Pinang. Terdapat dua kampus lain iaitu Kampus Kejuruteraan di Nibong Tebal, Seberang Perai dan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan. Selain itu, USM bakal membuka kampus baru di Uttar Pradesh, India bagi kursus sains perubatan. USM mempunyai jumlah pelajar sekitar 29,789 orang pada 2006.


soalannya :


So knape kah USM ini sanggup dipindahkan untuk digantikan dengan UTP (Universiti Teknologi Petronas ) di tronoh, perak ?

AMERIKA DITATANG, ISLAM DITENTANG!

Setelah menangguhkan lawatannya sebanyak dua kali, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama akhirnya tiba jua ke Indonesia pada 9 November lepas. Sebelum kedatangannya, Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) telah melancarkan kempen besar-besaran untuk menolak kehadiran presiden negara penjajah itu.

HTI telah menyelenggarakan perhimpunan ulama di kota-kota utama di Indonesia di mana ribuan ulama telah bersepakat untuk menolak kehadiran Obama kerana ia bertentangan dengan Islam. “Obama adalah presiden negara kafir muharibah fi’lan (negara yang sedang berperang dengan umat Islam) dan tidak layak diterima sebagai tetamu”, demikian ujar Ustaz Ismail Yusanto, jurucakap rasmi HTI.

Kemuncak kepada usaha untuk menekan presiden Susilo Bambang Yudhoyono agar tidak menerima kehadiran rakan sejawatnya dari AS itu adalah demonstrasi besar-besaran yang dilakukan oleh HTI pada 7 November

Di Malaysia, lebih kurang seminggu sebelumnya, Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton telah melakukan lawatan ke sini.

Sungguh aneh dengan lawatan Hillary ke Malaysia kerana akhbar-akhbar utama seperti menyembunyikan tarikh tepat lawatannya. Laporan rasmi akhbar hanya menyebut bahawa Hillary ‘akan melawat’ Malaysia dan dalam jadualnya akan menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertemuan Hillary-Anwar juga adalah suatu yang janggal kerana biasanya lawatan rasmi seseorang wakil negara hanyalah untuk berjumpa dengan ketua negara yang dilawati. Namun, hal ini dapat difahami kerana Anwar sememangnya ada hubungan rapat dengan AS. Namun apabila tiba di Malaysia, Hillary tiba-tiba membatalkan pertemuannya dengan Anwar tanpa sebab. Walaupun sekali pandang hal ini seolah-olah perkara biasa sahaja, namun bagi mereka yang celik politik tentunya dapat membaca bahawa parti pembangkang Malaysia sebenarnya telah terperangkap dengan kelicikan Hillary.

Dengan tidak menghebahkan tarikh tepat kedatangannya dan dengan ‘mengisytiharkan’ jadualnya untuk bertemu Anwar, ternyata Hillary telah berjaya mengelak ‘protes’ dari umat Islam di Malaysia pada lawatannya ini. Harapan kita untuk menyaksikan parti Islam terbesar Malaysia mengadakan demonstrasi besar-besaran menolak Hillary (sebagaimana lawatan Condoleeza Rice dahulu), tidak kesampaian, hanya kerana kelicikan Hillary yang mengatakan ingin bertemu dengan Anwar selaku ketua kepada pakatan pembangkang.

Walaupun kita yakin bahawa sebahagian besar umat Islam menolak kehadiran pemimpin penjajah kuffar di negara ini, namun nampaknya kerajaan Malaysia (dan Indonesia) telah berjaya membawa mereka ke sini! Malah para menteri begitu bangga dengan lawatan musuh Allah ini dan menyifatkannya sebagai penambahbaikan hubungan dua hala dengan negara super power itu.

Begitulah hinanya para pemimpin umat Islam sekarang yang tanpa segan silu dan tanpa merasa bersalah sedikit pun, malah sebaliknya berbangga menyambut kedatangan ketua teroris dan syaitan besar ke negara ini. Pemimpin umat Islam ini sudah buta mata hatinya sehingga sanggup berbaik dengan AS yang sudah terang lagi bersuluh merupakan musuh Allah yang wajib diperangi.

Para pemimpin ini sebaliknya memuja dan menatang AS umpama menatang minyak yang penuh, manakala hukum Islam mengenai jihad ditentang habis-habisan dan umat Islam yang ingin menegakkan Islam dilabel sebagai teroris ataupun ekstremis.

Inilah hakikatnya dengan pemimpin umat Islam, sebagaimana diucap sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang menggesa golongan sederhana (moderat) supaya bersatu bergerak secara jemaah untuk menghalang mana-mana kumpulan ekstremis baik di dalam atau di luar negara.

Beliau berkata, sepanjang sejarah, agama Islam tidak pernah dibina atau disebarkan melalui tindakan agresif, kekerasan atau terorisme. “Jika pendapat itu diterima, secara tidak langsung kita terpengaruh dengan dakyah bahawa Islam berkembang melalui perang dan pedang seperti juga penipuan fakta yang didakwa golongan ekstremis ini.

Sebaliknya, Islam tersebar luas ke seluruh dunia termasuk ke negara kita secara dakwah berasaskan sunah Rasulullah SAW seperti penampilan akhlak terpuji dan mulia, perasaan kasih sayang, hormat menghormati, integriti dan kesederhanaan,” katanya [UM 07/11/10].

10 November 2010

PAKEJ RIBA TERBAEK...

Pemerintah kita sememangnya jahat dan tidak takut akan azab Allah. Mereka begitu berani menerapkan sistem riba di dalam pemerintahan negara, malah mereka dengan bersungguh-sungguh mempertahankan kewujudan sistem kufur ini.

Begitu juga dengan para Kapitalis dan mereka yang bekerja di sektor perbankan sekarang yang berlumba-lumba menawarkan pakej riba yang terbaik untuk pelanggan, yang nampaknya langsung tidak menghiraukan azab Allah yang bakal menimpa mereka.


Walaupun riba telah dinyatakan haram secara qat’ie di dalam Al-Quran dan Al-Hadis, malah dengan ancaman neraka yang begitu nyata dari Allah, namun sungguh pelik kerana sebahagian besar dari umat Islam masih mempraktikkan riba.


Riba diamalkan dengan begitu berleluasa oleh umat Islam seolah-olah tiada apa-apa kesalahan langsung dengannya. Merajalelanya riba dalam sistem Jahiliyyah pada hari ini menyebabkan masyarakat sudah sebati dan terlalu lali dengannya, sehingga jika ada orang yang tidak mengamalkan riba, orang itulah yang dianggap asing, malah kadang-kadang orang itu dianggap sebagai ekstrem atau bodoh.

Selain kejahatan pemerintah sekular yang mengamal dan menghalalkan riba di dalam pemerintahan, sebab lain kenapa umat Islam terlalu mudah mempraktikkan riba adalah kerana adanya fatwa dari ulama’ su’ (buruk) dan dari golongan agamawan yang mementingkan dunia, bahawa riba itu halal sekiranya darurat.


Mereka dengan begitu mudah memfatwakan bahawa umat Islam sekarang berada dalam keadaan darurat di mana kita perlu memiliki rumah, kereta dan sebagainya manakala tidak ada cara lain (tidak ada pilihan) untuk mendapatkan semua itu kecuali dengan jalan riba. Maka hal ini diperbolehkan.


Mereka menambah bahawa seseorang itu tidak berdosa kerana pemerintahlah yang menanggung dosa dalam hal ini.