Bagi hukuman hudud atas penzina, sekurang-kurangnya ada 10 lapisan amalan Islam yang perlu diperhatikan sebelum hukuman ini layak dijalankan atas seseorang itu:
1-Lapisan pertama - keimanan
Bagi seseorang yang mempercayai azab api neraka nescaya ia akan takut untuk melakukan maksiat. Namun, masih lagi ramai orang yang tetap melakukan maksiat. Nafsu serakah begitu membara hingga menenggelamkan keimanan. Lantas perlu ada lapisan kedua
2-Lapisan ke-2-menundukkan pandangan
Menundukkan pandangan terutama ketika bertemu dengan lawan sejenis yang bukan mahramnya. Namun tetap sahaja pandangan lainnya masih menarik apalagi kalau dikelilingi ramai yang auratnya terdedah.
3-Lapisan ke-3 - menutup aurat
Harapannya adalah dengan tertutupnya aurat maka tertutuplah pintu zina. Akan tetapi syaitan tidak pernah berhenti menggoda. Zina masih boleh berlaku. Oleh itu, lapisan larangan ikhtilat amatlah perlu.
4-Lapisan ke-4 - pergaulan lelaki dan wanita yang tidak syar’ie
Negaralah yang paling sesuai memegang peranan ini. Persoalannya, apakah ini sudah cukup?
5-Lapisan ke-5 -larangan pornografi
Bahan lucah boleh didapati dengan terlalu mudah masa kini sehingga mudah menjadi punca rangsangan nafsu syahwat yang akhirnya akan dilepaskan dengan cara yang haram. Namun apakah ini sudah memadai?
6-Lapisan ke-6 - sistem pendidikan Islam wajar dilaksanakan
Masih terlalu ramai yang tidak memahami Islam. Sistem pendidikan Islam wajar dilaksanakan oleh institusi pemerintah. Tidak akan ada lagi yang memberi alasan tidak tahu atau tidak faham hukum ini selepas melalui sistem pendidikan Islam yang lengkap.Apakah zina masih boleh berlaku selepas enam lapisan ini? Mungkin.
7-Lapisan ke-7 - kemudahan untuk bernikah
Kemudahan untuk bernikah perlu dijalankan. Kalau pernikahan boleh dipermudahkan, dengan mahar yang murah dan syarat yang tidak berat sebelah, maka pasti syahwat akan dapat disalurkan dengan jalan yang halal.
8-Lapisan ke-8 - sistem ekonomi Islam yang lengkap perlu diterapkan
Ini bagi memastikan zina hampir mustahil berlaku.ana tidaknya, kemerosotan ekonomi boleh sahaja menyebabkan ramai wanita menjadi pelacur dengan alasan untuk menyara hidup yang penuh kemiskinan. InsyaAllah dengan sistem ekonomi ini, bukan hanya pelacuran dapat dibenteras, malah kehidupan secara keseluruhannya akan menjadi lebih baik.
9-Lapisan ke-9 - membenteras zina - poligami
Berpoligami untuk mencegah penzinaan.
10-Lapisan ke-10 - dikenakan HUDUD
Akhirnya, setelah semua sembilan lapisan ini terpampang di hadapan seseorang yang menghalang mereka dari berzina, namun mereka tetap berzina, maka Islam menyediakan hukuman hudud ke atas penzina. Hukuman ini hendaklah dilaksanakan di khalayak ramai.Adanya perintah untuk mempertontonkan hukuman tersebut di khalayak umum adalah sebagai pengajaran kepada mereka yang beriman.
Namun harus diketahui, segala lapisan yang telah disebut tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna selagi tidak tertegaknya Daulah Khilafah sebagai pemelihara aqidah umat Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

mintak tolong terangkan maksud daulah khilafah :D
ReplyDelete